Perubahan bukannya mudah, tapi ia perlu dilakukan untuk memastikan survival atau kelangsungan hidup sesebuah bisnes ketika krisis ekonomi. Suka atau tidak, sesuatu perubahan mesti dilakukan untuk sesuaikan dengan keadaan semasa ketika ini.
Banyak bisnes terjejas terutama pada sektor yang kurang permintaan antara sektor yang paling terkesan adalah sektor pelancongan dan penerbangan penumpang susulan impak Covid-19.
Hal ini berlaku disebabkan pergerakan yang terbatas, perubahan tingkah laku pengguna dengan norma baharu dan sebagainya. Justeru itu, untuk meneruskan bisnes dalam keadaan ketika ini memerlukan bisnes berubah dari segi penstrukturan mahupun model perniagaan.
Contoh yang jelas, jika anda perasaan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah pun mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan bagi menyokong operasi mereka.
Pada April lalu, Restoran Santan dan T&Co yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia membuka peluang kepada pekerja syarikat penerbangan itu yang terjejas untuk menjadi penghantar makanan dan menghantar makanan yang dihasilkan syarikatnya.
Mereka juga membangunkan airasia food yang bermula Jun lalu, merupakan platform penghantaran makanan baharu online bagi menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.
Bahkan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood. Beliau sendiri turun padang untuk mempromosikan kepada orang ramai tentang platform baharu, airasia food.
“Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulis dalam akaun Instagram beliau pada Khamis lalu.
Ketika tempoh krisis ini, sesuatu perubahan dan tindakan luar biasa perlu dilakukan untuk survival bisnes. Jika tidak bersedialah bisnes anda akan diubah dan lebih parah terpaksa dihentikan operasi. Tidak tahu caranya, anda boleh mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada mereka yang pakar dan berpengalaman seperti disediakan oleh RichWorks International.
7 tips untuk usahawan dalam tempoh sukar ini :
- Ketahui di mana bisnes anda berada
- Tiada bisnes yang dapat bergerak ke depan jika tidak ada kejelasan di mana dia berada ketika ini. Dalam tempoh inilah peluang sama ada untuk anda dapat berkembang atau sebaliknya.
2. Buat perancangan baru
- Lihat keutamaan anda dan buat perancangan untuk 3 bulan akan datang. Selain itu, mengurangkan kos bisnes dengan melihat apa yang boleh sangat diperlukan dan apa yang boleh diketepikan buat masa ini. Perancangan ini juga perlu memasukkan perubahan model bisnes seperti menawarkan produk atau perkhidmatan baru ataupun menumpukan dalam digital.
- Tidak lupa, anda juga perlu mempunyai pelan kecemasan untuk kemungkinan bila mengalami kerugian ataupun bila ada pekerja yang sudah tidak bekerja.
3. Mempunyai tunai ditangan
- Setiap wang yang dapat dijimatkan dapat membantu anda untuk mendapatkan keuntungan ataupun dapat balik modal agar dapat terus bertahan atau berkembang lagi.
4. Fokus pada pelanggan-pelanggan
- Fikirkan macam mana anda dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan sedia ada ataupun bakal pelanggan anda. Ramai orang menghadapi kesukaran di luar sana. Sebab tu, mereka akan ingat bisnes mana yang berhubung dan membantunya.
5. Fokus kepada sales & marketing
- Sales & marketing anda yang akan membantu untuk anda dapat berhubung dengan pelanggan-pelanggan. Tidak ada salahnya anda buat sales ketika ini selagi anda sememangnya buat yang terbaik untuk bantu selesaikan masalah dihadapi pelanggan berkenaan.
6. Kepimpinan kepada team anda
- Satukan team bisnes anda, beri sokongan, berterus-terang dan beritahu apa situasi yang dialami syarikat. Jangan biarkan mereka rasa mengalah dan melibatkan mereka sebolehnya dalam pelan-pelan yang dirancang.
7. Berikan yang sebaiknya
- Buat yang sebaik-baiknya. Berikan komitmen terbaik anda apa yang perlu dilakukan ketika ini. Anda sebagai usahawan boleh melakukannya untuk bisnes, team anda dan pelanggan-pelanggan mengharungi tempoh mencabar ini.
6 Comments
terima kasih richworks yang tak putus putus membantu kami usahawan dalam keadaan ini,masalah yang dihadapi jua ada lah harga cos pun naik yg dengan kerana itu kami teepaksa menaikan juga harga jualan yang berpatutan.
Sama-sama, diharap agar masalah yang dihadapi cik puan dapat diatasi dalam tempoh mencabar ini.
Tips yg sgt membantu tq team richworks
Alhamdulillah, semoga bermanfaat! Nantikan perkongsian kami selepas ini.
Good information, welldone team richworks
[…] Perubahan bukannya mudah, namun sebagai usahawan, kita perlu bersedia untuk berubah mengikut keperluan dan situasi ketika itu. Seperti pada Mac tahun lalu, kalau usahawan yang sebelum ini hanya tumpukan kedai fizikal adakah mereka dapat bertahan apabila diarahkan untuk menutup pejabat dan berada di rumah? […]