Kesusahan Mak Ayah Pendorong Terhebat Wanita Ini Bina Bisnes Chocodap’s Hingga Capai Sales RM4.6 Juta

Kesusahan mak ayah adalah pendorong terhebat anak-anak untuk jadi hebat. Baca kisah kejayaan wanita ni sampai habis!

Kalau sebut bab mak ayah je, mesti semua orang sensitif. Ye lah mak ayah yang jaga kita dari kecik sampailah dah besar panjang. Tapi ada pulak yang tak pernah hargai mak ayah mereka. Kesian tau. Korang hargailah mereka selagi mereka masih ada. Jangan sia-siakan mereka. Korang tak tahu susah payah mereka membesarkan kita.

Sebut pasal mak ayah ni, salah seorang ahli Titanium, May Sarah Nadiah Meor Mohamed yang menjalankan bisnes Chocodap’s, Revolusi Coklat Online ni sejak kecil dah tahu perit jerih mak ayah dia.

Cuba korang bayangkan sejak kecil mak ayah dia berniaga kedai makan. Sakit-sakit pun tetap bukak kedai. Kalau tak buka kedai, macam mana nak survive? Siapa nak tanggung makan pakai anak-anak?

“Ketika inilah baru saya sedar betapa strugglenya mereka dalam membesarkan kami 3 beradik. Mereka terpaksa bekerja walaupun tidak sihat sebab kalau tak masuk kedai maka tak ada lah pendapatan mereka.”

“Saya melihat betapa sukarnya mereka membesarkan kami. Mereka bangun setiap hari seawal 4 pagi dan pulang ke rumah jam 6 petang seterusnya jam 9.00 malam sudah mula buat persiapan bahan-bahan untuk dimasak pada awal pagi keesokan harinya.”

Namun pendapatan ni masih lagi tak cukup sampaikan ayah dia terpaksa buat bayaran guna kad kredit untuk tampung pendidikan dia dan adik beradiknya walaupun dia sedar yang ayahnya tu tak ada duit.

Kesian kan kalau mak ayah korang bersusah payah macam ni, cari rezeki untuk korang. Disebabkan pengorbanan mak dan ayahnya ni lah menjadikan dia nekad untuk bantu mereka sejurus tamat pengajian.

Dia cuba menjual pelbagai produk seperti coklat homemade, tudung, kuih raya, produk kecantikan, produk kesihatan, emas dan macam-macam lagi tapi dalam masa yang sama dia masih bekerja fulltime sebagai seorang guru.

Bila dia dah berkahwin dia sangat teruja apabila keluarga mertuanya turut berbisnes dengan buka tadika. Masa ni semangat berkobar-kobar. Kononnya belajar sebab nak buka bisnes tadika jugak. Tapi masa suaminya ke program IMKK untuk bantu bisnes maknya tapi tak menjadi. Sebabnya mak dia masih lagi nak gunakan cara lama.

“Di sinilah turning point kami bermula di mana suami cuba buktikan yang ilmu yang dipelajari itu berkesan. Masa IMKK pertama inilah yang memberi perubahan 360° cara berfikir tentang bisnes yang mana dia dapat banyak inspirasi dari mereka yang masih muda tapi dah berjaya membuat jualan jutaan ringgit. Di sini datangnya keyakinannya untuk berniaga dengan bersungguh-sungguh.”

Bila dah tak menjadi bukak bisnes tadika, mereka pun cuba produk coklat. Ni pun sebab kawan mereka yang kenalkan. Bila dah rasa coklat tu jatuh cinta lah pulak.

So bermulalah bisnes coklat ni. Mula-mula memang ramai betul orang mintak. Jual pada kawan-kawan ofis je. Hampir berpuluh-puluh paket dijual. Tak payah cakap berjela-jela pun untuk yakinkan pelanggan. Cukup dengan memberi ‘sample’ mereka sendiri boleh rasa perbezaan kualiti produk kami berbanding pasaran luar.

Tapi langit tu tak selalunya cerah. Tahun 2016 mulalah onak dan duri dalam berbisnes ni. Tahun ni jugalah Allah betul-betul nak duga.

“Bayangkan la, pada ketika itu kami ada dua orang anak, sorang berumur 2 tahun, dan sorang lagi baru 3 bulan. Kadang-kadang saya dukung anak, suami dok angkat coklat naik tangga tingkat 8. Ya Allah perit sangat time ni.”

Masa ni dia masih lagi bekerja fulltime tapi dalam masa yang sama dia teruskan juga jual produk kecantikan dan pada yang sama uruskan produk dengan suami.

Dengan anak yang masih kecil ketika tu memang betul menguji mental untuk buat semua benda tapi mengingatkan BIG WHY dia yang sangat besar iaitu bantu ringankan beban kewangan mak dan ayah, dia tekad teruskan semua ni.

Ada satu hari tu, suami dia buat keputusan nak ke kelas marketing, Millionaire Marketing Mastery (MMM). Masa ni dia tak follow lagi. Dari kelas ni juga suami dia dah mula faham strategi marketing.

Daripada 200 strategi yang diajar dalam program tu, mereka guna satu jer teknik. Dan Alhamdulilah, menjadi. Masa tahun 2016 kami dah berjaya cecah RM30 ribu sebulan.

Gila kan? Tu baru sikit. Kali ni dia dan suami ke IMKK. ni lah program pertama yang dia pergi. Kali ni memang betul-betul allign dengan suami dan mulakan sistem baru dalam Chocodap’s iaitu sistem Ejen.

“Alhamdulillah, pada tahun tu jualan kami meningkat dari RM30 ribu sebulan bertambah dan terus bertambah sehingga mencecah ke RM100 ribu sebulan pada hujung tahun 2017.”

Dari tahun ke tahun bisnesnya semakin berkembang. Team ejen pun turut berkembang, staf makin bertambah dan mereka dah ada 2 kedai. Satu persatu Allah permudahkan untuk mereka ketika itu.

“Dari sini, saya tekad untuk fulltime buat bisnes bersama suami. Sebab saya perlukan fokus untuk kembangkan bisnes dan apa yang paling saya nak adalah masa untuk saya pergi ke kelas-kelas bisnes ini sehinggalah saya apply program Mentoring, Titanium semasa kelas GYB10X dari RichWorks.”

“Saya nampak cara pemikiran Dr Azizan Osman yang luar biasa dan lain dari yang lain. Energy Doc sangat strong, dan Doc memang mampu mengubah cara pemikiran orang. Saya perlukan ilmu Doc untuk saya bantu team saya berkembang lebih cepat!”

Kalau korang nak tahu, dari program ni juga, dia berjaya capai sales 2019 RM4.6 juta berbanding 2018, RM3 juta. Cuba korang bayangkan, hanya jual coklat sahaja dah boleh capai sales kaw-kaw macam ni. Dan bukan tu je, dia jugak dapat bantu mak ayah dia.

Segala kesusahan yang mak ayah dia hadap dulu dah dapat dibalas oleh dia hanya dengan komited dan bersungguh-sungguh belajar. Kalau tak ada ilmu bisnes memang takkan menjadi bisnes tu. Gembirakanlah mak ayah korang selagi mereka masih bernyawa.

Jadi, korang jangan baca je kisah orang berjaya ni. Korang masih ada masa untuk membalas jasa baik mereka. Korang pun boleh berjaya dan jadi jutawan kerana #JutawanIsReal!

Jom mulakan langkah awal korang dengan contact dengan team kami.

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply