Bergelar pemimpin mungkin satu gelaran yang diinginkan oleh ramai orang, tapi tak semua mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sebaiknya.
Sebelum menjadi pemimpin kepada satu kumpulan, kita seharusnya jadi pemimpin kepada diri sendiri terlebih dahulu. Tapi kalau diri sendiri pun kita tak mampu nak pimpin, macam mana nak pimpin satu kumpulan yang lebih besar?
Usahawan juga adalah seorang pemimpin. Anda mungkin tak perasan perkara ini tapi anda perlu akui hakikatnya. Anda yang akan ‘lead’ bisnes dan bawanya ke destinasi yang hendak dituju. Jika anda ada team, anda perlu ‘lead’ mereka untuk sama-sama bergerak ke arah yang sama dengan anda.
Pemimpin sebenarnya adalah orang yang mampu melihat beberapa perkara yang tak mampu orang lain lihat, atau dipandang tak penting oleh orang lain.
‘Leadership’ bukan semata-mata bergantung kepada pangkat, gelaran atau tahap pendidikan tapi ia terlahir secara semulajadi dan jika dibentuk sebaiknya ianya akan jadi lebih baik.
Kami nak share dengan anda 5 perkara asas yang boleh menyinarkan sikap kepimpinan dalam diri anda.
- Dahulukan Orang Lain
Orang biasa-biasa mudah untuk bersikap pentingkan diri dan dahulukan diri sendiri. Setiap tugasan yang dibuat adalah untuk dapat kredit kepada diri sendiri.
Tapi pemimpin sebenar akan lebih mendahulukan orang lain dalam pelbagai aspek dan ‘they don’t take the credit’ kerana bagi mereka apa yang penting ialah tugas dan tanggungjawab yang diberikan telah selesai…mereka tak ada masalah ‘low self-esteem’ dan tak perlukan pujian untuk terus tunjukkan kredibiliti dan kemahiran mereka.
2. Buat Apa Yang Anda Kata Nak Buat
Ramai orang lebih suka menabur janji. Atau untuk memberikan harapan yang tinggi kepada orang lain, mereka sanggup mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan sesuatu tugas malangnya mereka tak akan menghabiskannya terutama bila ada masalah.
Bagi mereka yang ada sifat kepimpinan ini, mereka akan lebih suka ‘deliver the task’ dari bercakap kosong je.
3. Fokus Kepada Hasil
Dalam menyiapkan setiap tugasan, leaders akan fokus lebih kepada hasil dan results dan bukan semata-mata kepada proses. Mereka tak akan merungut bila ada halangan dan cabaran sebab mereka sangat jelas apa yang mereka nak capai. Mereka bukan buat setakat ‘cuba dulu’ tapi mereka buat sampai jadi.
4. Lebih Banyak Mendengar Dan Beri Perhatian
Di sekeliling kita sekarang terlalu banyak ‘distraction’ atau gangguan yang kadang-kadang membuatkan kita tak dapat nak berikan perhatian sebaiknya kepada orang yang ada di hadapan kita, tak kiralah sama ada mereka keluarga, kakitangan, sahabat atau sesiapa sahaja, kemahiran untuk mendengar dan beri perhatian kepada orang ramai adalah satu ciri leadership yang tak ramai orang ada.
5. Tak Bermuka Ketat!
Orang selalu melabelkan orang atasan seperti boss dan pemimpin sebagai seorang yang susah nak senyum, sentiasa ada banyak masalah dan sukar nak didekati dan nak bertegur sapa.
Nak jadi pemimpin yang bagus, anda boleh mulakan dengan senyum, ramah mesra dengan orang keliling dan mudah didekati. Anda bukan pemimpin zaman kuno seperti Firaun yang ditakuti. Anda adalah pemimpin yang berbeza.
Gelaran pemimpin memang gah dan besar…tapi untuk menjadi pemimpin yang baik anda boleh mulakan dengan 5 perkara ini terlebih dahulu.
Kami percaya sekiranya anda mempunyai 5 perkara ini, anda akan menjadi seorang leader yang dihormati dan dapat membawa syarikat anda ke arah kejayaan yang lebih hebat!