Daripada Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
ู ููู ุตููููู ุนูููููู ุตูููุงุฉู ููุงุญูุฏูุฉู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ุนูุดูุฑู ุตูููููุงุชู ููุญูุทููุชู ุนููููู ุนูุดูุฑู ุฎูุทููุฆูุงุชู ููุฑูููุนูุชู ูููู ุนูุดูุฑู ุฏูุฑูุฌูุงุชู
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali,
1๏ธโฃ maka Allah akan mengurniakan kepadanya sepuluh rahmat,
2๏ธโฃ dihapuskan darinya sepuluh kesalahan,
3๏ธโฃ dan ia diangkat sepuluh darjat untuknya.”
(HR An-Nasa’i No:1280)
Bahkan dituntut untuk memperbanyakkan selawat pada hari jumaat.
SABDA RASULULLAH SAW:
“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat keatasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah mengurniakan kita taufiq dan kekuatan untuk memperbanyakkan selawat pada penghulu segala hari ini.
1 Comment
In Syaa Allaah. Aamiin Ya Allaah Ya Mujib