Daripada Abi Bakrah RA berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?.” Rasulullah SAW menjawab:
مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
“Seseorang yang panjang usianya dan baik amalannya.”
[HR Tirmidzi (2330)]
Setiap manusia yang lahir Allah SWT telah menentukan umur mereka, dan hanya Allah yang mengetahui bilakah kematiannya
Maka, beruntunglah orang yang Allah SWT panjangkan usianya, lalu dia gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melakukan perkara-perkara yang disukai Allah
Allah SWT telah berfirman:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ
“Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.”
al-Fatir:37
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka (yang Allah panjangkan) itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Tafsir al-Wasith, 352/11]
Mengambil pengajaran dari ayat dan hadith diatas, marilah setiap dari kita menjadikan setiap detik dan saat dari kehidupan kita dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan untuk dunia dan akhirat kita.
3 Comments
In Shaa Allaah. Terima kasih atas sharing👍
Terima kasih di atas perkongsian peringatan ini.
Terima kasih diatas ingatan…memang bnyk yg lalai ingatan untuk diri sendiri..