Kitab Riyadhus Solihin Hadith Ke 104
Sayyidina Anas bin Malik رَضِيَ ٱللَّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan
bahawa Rasulullah صَلَّى ٱللَّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
يَتْبَعُ المَيْتَ ثَلَاثَةٌ: أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ،
“3 perkara akan mengiringi jenazah,
1. Keluarga
2. Harta
3. Dan Amalannya
فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ: يَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ، وَيَبْقَى عَمَلُهُ .
dua akan kembali dan satu akan tinggal bersamanya.
Yang akan kembali ialah keluarga dan hartanya dan yang tinggal bersamanya ialah amalannya.”
[HR Riwayat Bukhari 6514 & Muslim 2960]