Dalam dunia perniagaan, cabaran adalah situasi yang menghalang atau menggagalkan usaha untuk mencapai kejayaan. Setiap bidang bisnes mempunyai cabaran tersendiri dan ini adalah perkara biasa dalam kalangan syarikat dan organisasi yang berbeza.
Semua perniagaan berusaha untuk memastikan jenama mereka kekal relevan dan pekerja gembira. Menghadapi dan mengatasi sebarang halangan yang timbul itulah yang membezakan perniagaan yang baik daripada pesaingnya.
Cabaran perniagaan
Berikut adalah cabaran yang biasa dihadapi oleh perniagaan hari ini dan cara menanganinya. Adakah anda sedang hadapi cabaran-cabaran ini?
1. Cabaran mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan
Jika anda telah mengenali pelanggan anda selama bertahun-tahun, mempunyai hubungan yang baik mungkin bukan satu cabaran bagi anda. Walau bagaimanapun, kadangkala ia memerlukan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.
Dengan pengiklanan di media sosial atau kelebihan beli-belah dalam talian tidak menjamin mereka kembali membeli dengan anda. Untuk mengekalkan hubungan yang berkualiti dengan pelanggan, anda perlu menarik perhatian mereka dengan lebih dekat seperti beri email atau Whatsapp secara peribadi.
Jika perlu, hubungi mereka untuk bertanya khabar sebelum menawarkan produk atau servis baru keluaran syarikat anda.
2. Cabaran memenuhi keperluan pelanggan
Mengekalkan perhubungan dengan pelanggan juga melibatkan dalam memenuhi keperluan pelanggan. Tahu apa yang pelanggan cari dan bagaimana mereka ingin mendapatkannya adalah penting untuk perniagaan yang berjaya.
Apabila perniagaan berkembang, adalah penting untuk terus mengutamakan keperluan pelanggan. Memenuhi keperluan pelanggan termasuk meminta maklum balas pelanggan dan tambah baik mengikut komen yang diberikan.
Jika perlu tukar atau kemas kini produk dan servis untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka, mengapa tidak? Pelanggan lebih cenderung untuk mengesyorkan bisnes anda kepada kenalan mereka. Sebab itu keutamaan pelanggan penting untuk bisnes anda.
3. Cabaran memelihara reputasi yang baik
Zaman teknologi kini, review dari pelanggan sangat mudah tersebar melalui media sosial. Kalau review yang baik, alhamdulillah. Review yang tidak baik akan memburukkan reputasi perniagaan anda. Dan lebih teruk lagi jika ada yang menyebarkan keburukan palsu tentang jenama anda.
Berjaga-jaga
Terdapat banyak platform di mana orang boleh berkongsi review tentang pengalaman mereka. Sentiasa berjaga-jaga dari segi memastikan produk anda berkualiti serta berikan layanan mesra pelanggan agar tiada ruang untuk terima review yang negatif.
Responsif
Pastikan anda responsif terhadap komen positif mahupun negatif. Jika mereka gembira, berterima kasih kepada mereka. Dan jika mereka tidak berpuas hati, anda mungkin perlu meminta maaf atau menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bakal pelanggan yang membaca respon anda mungkin kagum dengan respon serta layanan yang mesra walau hanya di ruangan review atau komen. Usaha yang anda tunjukkan kepada pelanggan yang tidak berpuas hati boleh meningkatkan reputasi awam anda.
Promosikan jenama anda
Jika anda tahu bahawa pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan anda, minta mereka meninggalkan review yang baik pada platform media sosial anda atau di google review.
Selain itu, jika anda menerima ulasan yang hebat, anda boleh mengukuhkan hubungan dengan berterima kasih kepada mereka secara terbuka. Dengan ini anda membuat pelanggan merasa dihargai, dan mungkin mengesyorkan kualiti perniagaan anda kepada circle yang lebih luas.
Hargai pekerja anda
Selain ulasan tetap tentang jenama, produk dan perkhidmatan anda, terdapat juga potensi untuk review dari staf anda sendiri. Sama ada masih bekerja atau tidak dengan syarikat anda, mereka mungkin bercakap dengan rakan mereka, berkongsi baik buruk tentang syarikat anda atau menyiarkan tentang pekerjaan mereka di media sosial.
Mereka juga boleh meninggalkan ulasan di website cari pekerjaan. Cara mereka memberi review terhadap bisnes anda bergantung pada cara mereka dilayan di tempat kerja.
4. Cabaran mengekalkan pekerja
Matlamat pengambilan pekerja untuk perniagaan adalah untuk mencari yang sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Selepas pekerja diambil bekerja, syarikat mesti berusaha untuk mengekalkan pekerja tersebut.
Mengambil, melatih dan mendidik pekerja memerlukan masa dan sumber. Pekerja yang baik adalah pelaburan yang bernilai. Pekerja cenderung bertukar kerja jika tidak mendapat layanan yang sepatutnya.
Untuk mengekalkan team yang berkualiti, penting untuk menghargai kerja mereka, membekalkan faedah yang menarik dan menawarkan gaji yang kompetitif mengikut kelayakan jawatan dan kerja mereka.
5. Cabaran mencari jenama yang berkesan
Penjenamaan adalah bahagian penting dalam dunia perniagaan hari ini. Jenama anda perlu dikenali ramai dan anda perlu mendapatkan kepercayaan mereka. Berikut ialah beberapa langkah untuk penjenamaan yang baik:
6. Cabaran pemasaran dah tak relevan
Apabila maklumat semakin mudah didapati, anda perlu memasarkan secara strategik untuk menarik bakal pelanggan dengan jenama yang unik dan berkesan. Contohnya jika pemasaran melalui video, ini bermakna anda perlu menyampaikan mesej dalam tajuk atau dalam beberapa saat pertama video.
Jadilah kreatif
Jangan teragak-agak untuk menjadi inovatif dan berani dengan strategi anda. Dapatkan perhatian dan kemudian terangkan mesej anda secara ringkas tetapi akan diingati. Kadangkala anda boleh mencipta rasa ingin tahu melalui kaedah unik dengan mendorong penonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang anda.
Rakam video
Pertimbangkan sama ada seseorang lebih suka membaca mesej, melihat gambar atau menonton mesej video. Video boleh memberi kesan visual serta-merta yang mungkin tidak semestinya anda perolehi melalui salinan mahupun foto.
Membeli iklan televisyen, menggunakan laman web perkongsian video dan menyiarkan klip pada platform media sosial adalah contoh yang boleh menggunakan video untuk meneruskan strategi pemasaran anda.
Seruan untuk bertindak
Sebaik sahaja anda mendapat perhatian penonton, pastikan mereka tahu apa langkah yang seterusnya. Gunakan bahasa, seperti “Klik di sini untuk muat turun percuma”, “Layari website kami untuk mendapatkan maklumat lanjut”, “Beli hari ini dengan kod promosi ini dan dapatkan penghantaran percuma” dan sebagainya.
Arahan seperti ini bukan sahaja menggalakkan penonton untuk terus melihat kandungan anda, tetapi ia juga boleh menghasilkan hasil yang boleh diukur seperti akaun baharu, peningkatan interaksi pelanggan dan pelanggan baharu.
Bisnes sentiasa ada cabaran
Cara anda menerima serta berusaha untuk mengatasi cabaran bakal menentukan hasil di kemudian hari. Sentiasa belajar untuk dapatkan ilmu-ilmu bisnes yang terkini agar tak stuck di tempat yang sama atau jatuh tersungkur.
Nak tahu banyak lagi tentang ilmu bisnes? Jom ke program 10X Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks bersama Media Prima pada 2 & 3 September 2023 di IDCC, Shah Alam dengan layari www.binabisnesberjaya.com.