Lambakan gergasi pakaian fesyen pantas (fast fashion) yang tidak digunakan di Gurun Atacama, Chile kini boleh dilihat dengan jelas oleh satelit.
‘Gunung’ pakaian terbuang atau tidak dipakai yang sedang bertambah ketinggiannya itu dipenuhi dengan longgokan pakaian yang tidak terjual di pasaran menurut Agence France-Presse (AFP).
Pakaian ini kebiasaannya akan dikilangkan di Bangladesh atau China dan dihantar ke kedai runcit di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia sebelum dibawa ke Chile apabila ia tidak terjual.
Sekurang-kurangnya 39,000 tan pakaian itu terkumpul di tapak pelupusan sampah di Gurun Atacama ketika ditinjau pada 2021.
Pada 10 Mei yang lalu, gambar satelit resolusi tinggi yang memapaparkan gunung pakaian terbuang itu telah disiarkan dalam blog oleh SkyFi, pembangun aplikasi foto dan video satelit.
“Imej resolusi 50 cm yang diklasifikasikan sebagai Resolusi Sangat Tinggi itu diambil menggunakan satelit dan ia menunjukkan betapa besarnya timbunan itu berbanding dengan bandar di bahagian bawah gambar, ” kongsi laman web itu.
Pakaian itu tidak boleh dihantar ke tapak pelupusan perbandaran kerana ia tidak bersifat biodegradasi dan selalunya mengandungi kimia, “ kata Franklin Zepeda, pengasas EcoFibra, sebuah syarikat yang cuba menggunakan semula tekstil dengan membuat panel penebat kepada AFP.
Jadi pakaian yang tidak digunakan itu dikumpulkan di sebelah pelabuhan Iquique Chile, kira-kira satu batu dari beberapa kawasan kejiranan yang lebih miskin di bandar ini.
Tapak pelupusan itu kadangkala menarik pendatang dan wanita tempatan yang menggeledah tempat pembuangan itu untuk mencari pakaian yang boleh mereka pakai atau jual, menurut AFP.
Industri fesyen pantas sebenarnya wujud bagi memberi pengguna akses dan pilihan yang berpatutan kepada trend fesyen terkini mengikut arus semasa.
Namun begitu, ia kini menjadi penyumbang antara 2 hingga 8% daripada pelepasan karbon dunia, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2018.
Hampir 85% daripada semua tekstil akan pergi ke tempat pembuangan setiap tahun dan pengeluaran fesyen ini juga menyebabkan berlakunya pembaziran air serta mencemarkan sungai, lapor Morgan McFall-Johnsen dari Insider.
Yayasan Ellen McArthur, sebuah badan pemikir United Kingdom menganggarkan bahawa jumlah pakaian yang padat mengisi lori sampah untuk dibakar dan dihantar ke tapak pelupusan pada setiap saat.
Menurut firma penyelidikan pasaran The Business Research Company,pasaran fesyen pantas dijangka meningkat kepada $122.9 bilion pada tahun 2023 berbanding $106.4 bilion pada tahun 2022.
Bukan hanya sampah, nampaknya fesyen juga turut menjadi faktor pencemaran alam masa kini.
Sebagai usahawan dalam industri yang sama, apakah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini?
1 Comment
Lambakan pakaian sepatutnya hantar ke Palestine,di sana semasa musim sejuk, amat diperlukan