Perubahan masa telah menyaksikan kemajuan teknologi dalam kehidupan seharian kita.
Ada yang berjaya menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi manakala ada juga yang lain telah mengambil lebih banyak peluang daripada yang ditawarkan kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada kemajuan ini menutup peluang perniagaan untuk berkembang dengan lebih maju.
Apabila kita memasuki tahun ini, usahawan mungkin akan mengalami cabaran dalam pelbagai bidang.
Walaupun terdapat beberapa penyelesaian teknologi yang tersedia untuk membantu menyelesaikan cabaran ini, agak menakutkan untuk memikirkan penyelesaian yang paling berkesan.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga perlu menangani pelbagai isu pada satu masa yang menjadikannya agak sukar untuk diuruskan.
1. Masalah aliran tunai dan pembiayaan
Aliran tunai adalah nadi kepada perniagaan. Namun begitu, ramai yang gagal untuk mengekalkannya.
Selain itu, kebanyakan syarikat baharu mengambil sedikit masa untuk mula menjana aliran tunai.
Jadi, mereka perlu mencari cara untuk mengawal perbelanjaan sebelum wang mula mengalir masuk.
Inilah sebabnya mengapa banyak perniagaan baharu mencari pembiayaan pelabur. Walau bagaimanapun, ia mungkin bukanlah perkara terbaik untuk dilakukan dan ia adalah sesuatu yang perlu anda fikirkan.
Pengasas sering membuat kesilapan dengan memberikan terlalu banyak ekuiti kepada pelabur dalam usaha mereka untuk mendapatkan pembiayaan dengan cepat. Pelabur boleh merasakan anda terdesak untuk mendapatkan wang dan mengeksploitasinya bagi menuntut ekuiti yang tidak masuk akal.
Bagi mengelakkannya, anda harus memastikan kos overhed anda rendah dan mengurangkan perbelanjaan gaji anda ke tahap minimum.
Sebagai alternatif kepada pembiayaan pelabur, pertimbangkan untuk menghubungi bank tempatan untuk mendapatkan kredit perniagaan terawal. Namun begitu, perlu diingat bahawa institusi kewangan tidak benar-benar memberikan kredit yang panjang terutamanya kepada syarikat pemula.
Jadi, lebih rendah kos overhed dan operasi anda, lebih banyak kredit yang berguna buat bisnes anda.
2. Pemasaran/pengiklanan
Pemasaran seperti yang kita ketahui adalah penting untuk kejayaan sesuatu perniagaan. Tetapi selalunya ia memerlukan modal. Majoriti syarikat baharu membelanjakan sehingga berbelas ribu sebulan untuk pemasaran.
Jika anda seorang pengasas baharu, mulut anda mungkin ternganga tentang berapa banyak wang yang dicurahkan oleh syarikat lain ke dalam pemasaran.
Sebenarnya, lebih banyak perbelanjaan pemasaran tidak semestinya menjamin pulangan yang tinggi. Hampir setiap syarikat permulaan menghadapi masalah kekurangan wang. Jadi, keupayaan anda untuk mencari penyelesaian yang bijak akan sangat membantu.
Daripada membuat kempen pemasaran yang mahal, anda harus mempertimbangkan pendekatan pemasaran gerila. Kaedah ini selalunya tidak memerlukan kos dan boleh menjadi sangat berkesan.
Selain itu, mengekalkan blog yang konsisten dan berkualiti tinggi boleh membantu anda menarik lebih banyak trafik organik ke laman web anda. Jika dilakukan dengan betul, trafik ini boleh ditukar menjadi data potensi pelanggan anda. Terdapat banyak pemasaran yang boleh anda lakukan dengan bajet yang rendah. Fikir-fikirkan.
3. Ketelusan
Ramai pengasas tidak mengamalkan ketelusan sepenuhnya dalam urusan mereka. Tidak kira sama ada anda mengumpul dana pelabur atau tidak, anda memerlukan ketelusan bagi membina sebuah syarikat yang berjaya.
Usahawan baharu yang tidak telus berkemungkinan menimbulkan syak wasangka terhadap pelabur mereka sendiri.
Dengan kes yang popular, seperti Elizabeth Holmes (Theranos) dan Sam Bankman-Fried (FTX), pelabur menjadi lebih berhati-hati terhadap pengasas yang tidak mengamalkan dasar ketelusan dalam syarikat.
Ini selalunya boleh menyebabkan mereka menuntut kawalan yang ketara ke atas perniagaan anda. Mengamalkan budaya ketelusan boleh meningkatkan kepercayaan pelabur terhadap syarikat yang anda usahakan.
Bercakap tentang kepercayaan, pengasas lebih berkemungkinan mendapat staf yang hebat jika mereka membina budaya tempat kerja yang lebih telus. Jadi, mengapa tidak pertimbangkan untuk berkongsi segala aktiviti syarikat anda dan melibatkan semua pihak dalam mesyuarat bagi menggalakkan kerjasama dan memupuk semangat kekitaan?