Sebagai seorang usahawan, penting untuk anda mempunyai sifat sabar dan mengawal kemarahan dengan baik.
Rasa amarah yang tidak terkawal semestinya dapat menghancurkan hubungan perniagaan, mempengaruhi keputusan yang salah dan mengganggu perkembangan bisnes yang diusahakan.
Jangan terlalu mengikut perasaan, kelak akan merana diri. Bagi mengelakkannya terjadi, ikuti 5 tip yang dikongsikan ini agar anda dapat mengawal emosi dengan cara bijak.
1. Kesedaran diri:
Penting untuk memiliki kesedaran diri dan mengawal perasaan anda sewaktu marah. Perhatikan perubahan yang muncul di tubuh badan saat anda mulai marah seperti degupan jantung yang laju, nafas menjadi cepat dan pendek atau ketegangan otot.
Dengan mengenali tanda-tanda tersebut, anda dapat mengambil tindakan yang betul untuk mengendalikan kemarahan sebelum meluap.
2. Ambil waktu bertenang:
Ketika anda merasa kemarahan mulai memuncak, tenangkan diri seketika sebelum ia meletus. Hentikan segera perkara yang sedang anda lakukan, ambil nafas dalam-dalam dan kira sampai sepuluh sebelum memberi respons secara verbal atau melalui tindakan.
Cara ini dapat membantu anda menjadi lebih tenang menghadapi situasi yang tidak diingini.
3. Komunikasi efektif:
Salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan adalah penerimaan di antara harapan dan kenyataan.
Untuk menghindari kekecewaan yang berakhir dengan kemarahan, penting untuk anda berkomunikasi secara efektif dengan rakan sekerja, pelanggan dan rakan bisnes.
Jelaskan dengan jelas apa yang diharapkan, dengarkan pendapat orang lain, dan cari solusi yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
4. Peka terhadap emosi orang lain:
Sebagai pemimpin dalam syarikat, penting untuk anda fahami emosi orang lain dengan bijak. Jika seseorang di sekitar anda marah atau kecewa, cubalah untuk tetap tenang dan mendengar masalah mereka dengan empati.
Menghargai dan menjaga perasaan orang lain dapat membantu mengurangkan ketegangan dan menghindarkan konflik yang tidak perlu.
5. Cari bantuan profesional:
Jika anda merasa susah untuk mengawal kemarahan dalam diri, maka pertimbangkanlah untuk mencari bantuan daripada pihak profesional seperti seorang kaunselor atau ahli psikologi.
Mereka dapat memberikan strategi dan cara yang khusus yang bagi membantu anda mengawal emosi dengan lebih efektif.
Mengawal kemarahan adalah satu perkara yang dapat dikembangkan dengan latihan dan kesedaran diri yang terus-menerus.
Dengan menguasai kemampuan ini, anda dapat menjalinkan perhubungan yang lebih baik dari segi peribadi serta kerjaya, mencapai matlamat yang diimpikan dan membuat sesuatu keputusan dengan lebih bijak.