4 Anak Muda Bangunkan Kedai Kopi Bernilai 1 Billion Di Australia

4 Anak Muda Bangunkan Kedai Kopi Bernilai 1 Billion Di Australia

Apabila Jack Zhang dan Max Li mencari pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan mereka, terlintaslah idea di fikiran bagi membuka sebuah kedai kopi.

Bunyinya kedengaran mudah untuk dua orang pemuda Cina merealisasikannya. Buka sajalah kedai kopi, bukan susah pun.

Hakikatnya, ia tidaklah semudah yang disangka. Walau bagaimanapun, ia  ternyata sangat berbaloi.

Siapa sangka, syarikatnya kini berjaya mencatat jualan $1 bilion  dan menjadi syarikat yang paling pesat berkembang dalam sejarah Australia.

Zhang dan Li adalah pengasas bersama Airwallex, platform pembayaran antarabangsa yang telah mencapai status unicorn dalam masa yang sangat singkat iaitu tiga tahun.

Idea untuk menubuhkannya tercetus setelah pasangan melihat bayaran yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh bank apabila mereka ingin mengimport cawan kopi dari luar negara.

Oleh itu, mereka bekerjasama dengan rakan kolej mereka iaitu Lucy Liu, Xijing Dai dan Ki-Lok Wong untuk mencari penyelesaian.

“Mereka mengimport banyak dari China dan mendapati keseluruhan proses itu sangat menyakitkan,” kata Liu kepada CNBC Make It di Hong Kong.

Dek kerana pengalaman yang merenyahkan itu, mereka sanggup berusaha lebih bagi membantu pemilik perniagaan kecil yang lain agar tidak tersakiti seperti mereka.

“Kami fikir mesti ada sesuatu yang boleh kami lakukan,” sambung Liu, yang ketika itu bekerja di Melbourne sebagai jurubank pelaburan.

Kami tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan ‘what ifs’.

Lucy Liu

PENGASAS BERSAMA, AIRWALLEX

Jadi, dalam beberapa bulan, mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula menggabungkan pelbagai kepakaran mereka dalam kejuruteraan perisian, kewangan dan seni bina bagi membina “sistem syarikat masa hadapan.”

“Kami hanya perlu percaya dengannya,” kata Liu,28.

“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan ‘what ifs’,” tambahnya yang berasal dari China itu.

Sistem yang dilancarkan kumpulan itu pada 2016 membolehkan pengguna menyediakan akaun bank luar negara untuk pelanggan berbayar yang berpangkalan di negara lain.

Apabila pengguna bersedia untuk memindahkan hasil itu kembali ke ibu pejabat, mereka boleh memindahkannya melalui sistem Airwallex, yang menggunakan kadar pasaran pertengahan.

Ia boleh mengurangkan kos untuk pengguna sebanyak 90% berdasarkan kadar pertukaran asing tradisional yang menyebabkan yuran kurang daripada 1%.

Setelah melaburkan gabungan $1 juta simpanan mereka sendiri dan rakan serta keluarga untuk melancarkan projek itu, Airwallex dengan pantas telah menarik banyak pelaburan daripada syarikat berprofil tinggi termasuklah Sequoia Capital, Tencent dan Horizons Ventures.

Pusingan pembiayaan terbaru syarikat bernilai $100 juta, yang diketuai pada bulan Mac oleh DST Global, pelabur awal dalam Airbnb dan Spotify, menghargai syarikat itu melebihi $1 bilion — satu pencapaian yang tidak pernah dicapai secepat ini di Australia.

Pusingan itu ditutup dalam masa kurang dari dua bulan dan mengambil anggaran kekayaan lima pengasas kepada lebih daripada $100 juta setiap satu.

Menurut Liu, pasukannya yang mempunyai 320 orang itu berkembang melangkaui sembilan pejabat semasanya di Beijing, Hong Kong, London, Melbourne, San Francisco, Singapura, Shanghai, Shenzhen dan Tokyo.

Ia terbukti sangat penting di Amerika Syarikat dan United Kingdom di mana Airwallex berharap dapat menggunakan kepakarannya dalam pasaran Asia Pasifik yang bergerak pantas untuk bersaing dengan platform pembayaran lain seperti Stripe yang ditubuhkan di San Francisco.

“Kami kuat di Asia dan tidak ada satu pun platform lain yang dapat menguasai benua ini,” kata Liu.

“Itulah keunikan syarikat kami,” tambahnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply