Kesilapan. Kita semua pastinya pernah membuat kesilapan dalam hidup dan perasaan apabila melakukannya semestinya tidaklah menyenangkan.
Pastinya anda rasa tertekan, kecewa dan sedih apabila ia berlaku bukan? Jangan bimbang, anda tidak keseorangan. Kita semua pernah berada di tempat yang sama.
Move on daripada kesilapan lalu, kunci sebenar adalah memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas perbuatan itu.
Ia bukanlah penamat segalanya. Jika anda telah melakukan kesilapan di tempat kerja atau di mana sahaja, maka lihat panduan ini bagi lima perkara terbaik untuk dilakukan apabila anda mengalami masalah.
1. Minta maaf segera
Mengungkapkan perkataan “maaf” sememangnya merupakan suatu tindakan terpuji untuk dilakukan selepas melakukan apa-apa kesalahan.
Ia juga akan memberi anda rasa hormat daripada rakan, pengampunan dan harga diri. Oleh itu, apabila anda telah melakukan kesilapan, minta maaflah dengan ikhlas dan kembali bekerja seperti biasa
2. Dapatkan beberapa perspektif dan lihatlah realiti
Salah satu perkara yang paling penting untuk dilakukan apabila dengan mengambil langkah ke belakang dan mendapatkan beberapa perspektif dan pemeriksaan realiti tentang situasi itu. Mudah-mudahan, situasi yang baru anda cetuskan tidaklah terlalu serius dan jika ya, ia membantu anda untuk cuba menilai secara logik dan objektif yang telah dilakukan.
Jika keadaan itu boleh diperbaiki, itu adalah sesuatu yang patut disyukuri. Walaupun ia mungkin memberi kesan kepada orang yang anda sayangi atau rakan sekerja, anda mungkin boleh menyelesaikan masalah ini kerana masih ada harapan. Seperti yang dikatakan oleh ahli falsafah hebat Cicero, “Dum spiro spero” yang bermaksud, “Semasa saya bernafas, saya berharap.”
3. Pastikan ia tidak berulang lagi dengan membuat pelan
Tidak mengapa untuk membuat kesilapan, ia adalah sesuatu yang normal. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan tapi ada perkara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkannya daripada berulang kembali.
Bagaimana caranya? Senang saja, buatlah rancangan atau pelan.
Tentukan dengan tepat apa yang anda lakukan salah, dan fikirkan tentang perkara yang boleh anda lakukan pada masa hadapan untuk mengelakkan perkara itu daripada berulang kembali. Belajar sesuatu, ingat sesuatu dan letakkan sesuatu pada tempatnya.
Memang manusia melakukan kesilapan, tetapi apa yang menjadikan anda seorang yang hebat ialah bagaimana anda pulih daripada kesilapan itu dan memastikan anda tidak pernah menyakiti orang yang sama seperti itu lagi.
4. Berehat sebentar
Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengeluarkan diri anda daripada persekitaran di mana kesilapan itu berlaku bagi menghentikan fikiran anda daripada terus memikirkan situasi itu.
Berada dalam persekitaran yang sama dan kembali mengingati kesilapan yang anda lakukan hanya akan menyebabkan anda hilang fokus, kehilangan keupayaa untuk bekerja dan hidup dalam situasi itu sehingga berakhir dalam lingkaran yang memalukan.
Pergi ambil nafas dan keluarkan diri anda dari persekitaran itu buat seketika. Keluarkan diri anda daripada belenggu yang akan terus menghantui fikiran dan menjejaskan keupayaan anda untuk menjadi manusia yang normal dan berfungsi. Luangkan masa 15 minit untuk mengumpulkan tenaga dan kekuatan sebelum melaksanakan perancangan baru anda.
5. Kasihi diri sendiri
Akhir sekali, amalkan sedikit belas kasihan pada diri sendiri berikutan rasa bersalah dan kesedihan atas kesilapan yang telah terjadi. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini. Oleh itu, jangan terus menyalahkan diri sendiri dan jangan memikirkan kesilapan anda sehingga memberi kesan buruk pada kesihatan mental anda keupayaan untuk menjadi diri sendiri di sekeliling rakan dan orang tersayang.
Mereka juga manusia dan kebanyakan orang akan sedia membantu anda pulih dan menjadi insan yang lebih baik.
Tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri anda, dan ingat bahawa dunia belum berakhir. Anda sentiasa boleh bermula semula dan sebelum anda melelapkan mata di malam hari, ingatlah pepatah klasik Scarlett O’Hara yang berbunyi, “After all… tomorrow’s another day!”
2 Comments
Sesi temubual ini di buat secara bagaimana ye?
Sesi temubual yang mana ya yang dimaksudkan?