Dalam sebuah majlis ketika berlangsungnya kursus haji, seorang pegawai zakat mengambil slot yang diperuntukan.
Topiknya sudah tentulah tentang kepentingan membayar zakat. Sebaik mikrofon beralih tangan, seorang jemaah yang sedang menghadiri kursus tiba-tiba bangun dan berkata, “Kenapa pula perlu dimasukkan slot zakat?”
Itu antara pengalaman yang pernah berlaku. Di mana dan siapa yang berkata sedemikian tidak perlu diberitahu dan ia taklah sepenting mana pun.
Namun ada sesuatu yang lebih penting daripada itu apabila masyarakat melihat haji lebih penting daripada zakat.
Hakikat ini tidak dapat dinafikan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, pasti mereka akan jawab, “Niat pergi haji ada dah.”
Bermakna, walau macam mana pun situasinya, hasrat untuk berkunjung ke rumah Allah, pasti akan menjadi kenyataan.
Buktinya, Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataannya menyebut, sebanyak RM50 bilion jumlah simpanan daripada keseluruhan 8.4 juta pendeposit seluruh negara telah berjaya dikumpulkan.
Sekali gus menunjukkan, usaha ke arah melengkapkan rukun Islam yang kelima itu ada pada setiap orang tidak terkecuali mereka yang bekerja sebagai penoreh getah, pengait kelapa sawit, nelayan, buruh kasar hatta pengawal keselamatan.
Namun berapa ramai pula yang berkeadaan sedemikian untuk situasion ini, bayar zakat? Pasti akan ada yang b menjawab, “Oh, saya dah tunaikan kewajipan tersebut. Tiap-tiap tahun arloa sebelum bermula khutbah Hari Raya Aidilfitri, saya dah tunaikan.”
Itu zakat fitrah. Bagaimana pula dengan zakat-zakat yang lain? “Oh ada ke?”Persoalan yang dijawab dengan persoalan. Ramai yang masih tidak jelas, bahawa zakat itu ada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
AMAL JARIAH
Suatu perkara yang masyarakat ter lepas pandang, dalam zakat ada amal jariah.
Eksekutif Zakat, Unit Dakwah dan Pemasaran Am, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAWIP) Ahmad Adha menjelaskan masyarakat mungkin tidak pernah terfikir, dengan membayar zakat mereka mendapat dua bonus.
Satu, tuntutan kewajipan nya sebagai seorang Muslim selesai dan kedua, setiap daripada harta zakat yang diserahkan dan disalurkan pula untuk pembiayaan pusat tahfiz serta pendidikan anak-anak yatim yang tidak berkemampuan, maka selagi mana ilmu yang diperoleh dimanfaatkan, maka selagi itulah pahalanya berpan jangan.
Jelas Ahmad Adha lagi, bukankah dengan membayar zakat mereka juga telah membelanjakan harta mereka di jalan Allah sebagaimana yang Allah janjikan juga kepada orang yang ber sedekah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Perumpamaan (nafkah yang di keluar kan oleh) orang-orang yang menafkah kan hartanya di jalan Allah,adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai, ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehen daki. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.”
“Mereka tidak melihat yang itu. Yang mereka tahu wajib bayar zakat. Sedangkan ada ganjaran lain yang Allah sediakan sama seperti ganjaran amalan sunat yang lain seperti sedekah, wakaf dan sebagainya. Kerana itu Allah menegaskan, “Ambillah sebahagian dar ipada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyuci kan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan (hati) mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah 19: 103)
2 Comments
Terima kasih atas perkongsian ini. In Shaa Allah saya akan perbaiki balik amalan berzakat bukan hanya menjelang hari raya sahaja. Terbaik peringatan dalam pembelajaran.
Alhamdulillah, semoga artikel ini bermanfaat untuk Puan😉