Strategi ‘content’ atau kandungan menjadi suatu nilai tambahan yang sangat diperlukan untuk pemasaran mana-mana syarikat.
Usahawan yang bijak boleh mendapat kelebihan daripada kandungan tersebut untuk menjana hasil.
Blog atau media sosial yang tidak diselia dengan baik akan kehilangan manfaatnya dan merugikan masa dan sumber yang anda ada.
Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan semasa merangka strategi berkesan untuk jenama dan pendekatannya adalah berbeza bergantung pada industri atau skala yang diterokai.
Kandungan vs strategi kandungan
Kandungan ialah istilah lengkap yang terdiri daripada media bertulis dan visual. Ia juga boleh merangkumi blog, cetakan, siaran media sosial, e-mel atau elemen grafik tapak web anda.
Sebelum itu, adalah penting untuk diingatkan bahawa kandungan dibawakan pada dasarnya adalah mengenai komunikasi kepada pelanggan.
Strategi kandungan pula adalah tentang melakukannya dengan berkesan. Ia perlulah disampaikan dengan baik dan berkesan kepada khalayak disasarkan agar boleh mengembangkan lagi hubungan tersebut bersama mereka.
Beberapa ciri kandungan yang hebat
Anda boleh memasukkan unsur hiburan dalam kandungan yang ingin diterbitkan jika termasuk dalam skop jenama anda.
Selain itu kandungan yang berharga dan berkualiti mungkin bermakna anda menawarkan penyelesaian kepada masalah.
Pada masa sama, boleh menjadi panduan peribadi atau profesional yang berguna buat khalayak sasaran.
Pertama, kandungan haruslah mudah dihadam. Gunakan ayat yang logik dan bahasa mudah difahami. Cuba sebaiknya untuk sampaikan konsep yang rumit dalam cara yang mudah.
Pastikan grafik anda mengikut prinsip reka bentuk logik dan jelas serta mudah diterima ramai. Jika anda membuat khalayak anda memerah otak untuk menguraikan maklumat, maka anda akan kehilangan perhatian mereka.
Kenali penonton anda dan reka bentuk yang sesuai buat mereka. Jika anda baru hendak memulakan strategi anda, ini mungkin memerlukan usaha yang lebih dan sedikit kerja rumah. Anda perlu tentukan dengan siapa anda mahu bercakap, dan mengapa?
Latihan yang berguna untuk memastikan anda dapat khalayak yang betul mungkin boleh menjadi model pembacaan berdasarkan kualiti komposit kumpulan sasaran anda. Sebagai contoh, anda mungkin bercakap dengan profesional pemasaran 30 tahun bernama Zara tentang kursus SEO digital baharu anda.
Oleh itu, pilihlah laras bahasa yang sering diguna pakai contohnya seperti ‘orang kurang upaya’ dan bukannya ‘insan kekurangan upaya’.
Elakkan frasa yang tidak perlu dan pastikan kandungan bertulis anda mudah dibaca, difahami dan sesingkat mungkin. Biarkan mereka rasa boleh relate dengan kandungan yang anda tonjolkan.
Anda tidak mencipta kandungan untuk menjual produk. Sebaliknya, anda mencipta kandungan untuk membina hubungan.
Apple tidak menjual tawarannya atau bercakap tentang ciri-ciri yang dimilikinya dalam iklan. Sebaliknya, mereka menunjukkan betapa mudahnya hidup apabila anda menggunakan produk mereka.
Tetapkan matlamat yang jelas dan fahami khalayak
Sebelum melakukan apa-apa tindakan, anda harus bertanya dahulu beberapa soalan pada diri sendiri tentang perkara yang ingin dicapai dan dengan siapa anda bercakap bagi memastikan anda tidak tersasar jauh. Tawarkan sesuatu yang bernilai dan berskala mengikut misi anda.
Pempengaruh atau personaliti media sosial mungkin menawarkan hiburan menarik untuk penonton mereka. Selain itu, bintang TikTok yang hebat juga boleh mengatur strategi bagi meyakinkan orang lain bahawa mereka disayangi ramai dan kelemahan yang dimiliki adalah normal.
Ini adalah antara mesej mudah yang boleh diterima ramai dan disampaikan dalam pelbagai bentuk. Matlamat utama seorang influencer mungkin adalah untuk menarik berjuta-juta penonton dan mencari rezeki melalui tajaan atau barangan. Namun, jika mereka hanya mempromosikan produk semata-mata, penonton akan berasa bosan dengannya.
Jika anda mempunyai syarikat kewangan, tawarkan panduan berguna yang dapat membantu khalayak anda memahami perkara yang kompleks seperti insurans hayat.
Jika apa yang anda tawarkan mudah difahami, tepat dan dapat menyelesaikan masalah, anda akan dapat membina kepercayaan dengan khalayak sasaran. Pelanggan anda pasti akan kembali dan ini bermakna peluang anda untuk berkembang akan menjadi cerah.