Badan sihat otak cerdas! Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.
Keseimbangan antara kerja dan gaya hidup sihat amat penting bagi memastikan pekerja dalam sesebuah organisasi mampu memberikan prestasi kerja yang baik.
Umumnya, setiap pekerja meluangkan lebih kurang 50 peratus masa aktif mereka setiap hari di tempat kerja.
Ia membuktikan tempat kerja memberi kesan langsung dalam mempengaruhi fizikal, mental, ekonomi dan sosial pekerja, seterusnya mempengaruhi tahap kesihatan mereka, keluarga, komuniti dan masyarakat sekeliling.
Apabila pekerja dalam keadaan cergas, organisasi turut mendapat hasil kerja yang baik.
Lebih 15 juta penduduk Malaysia adalah golongan pekerja dan jumlah itu meningkat dengan perkembangan ekonomi yang baik.
Berminat untuk melancarkan program kesihatan dan kesejahteraan? Ikuti lima tips ini.
1. Tanya pekerja di mana mereka memerlukan sokongan
Apakah jenis sokongan yang diperlukan oleh pekerja? Tanya mereka! Gunakan tinjauan tanpa nama untuk mendapatkan maklum balas yang jujur, pelajari tentang bidang kebimbangan dan kemudian reka program untuk memenuhi keperluan dan kehendak pekerja.
Untuk kejayaan jangka panjang, gunakan tinjauan susulan untuk menentukan sejauh mana program ini berfungsi dan di mana sokongan selanjutnya boleh dibangunkan.
2. Cara formal dan tidak formal
Tidak semestinya aktiviti kesihatan ini dijalankan secara formal. Mungkin sesi secara santai akan lebih mendekati pekerja.
Contohnya, aktiviti berkongsi resepi kesihatan.
Selain itu, sekali sekala boleh mengundang pakar kesihatan untuk menyampaikan info kesihatan.
Tak semestinya secara fizikal, secara atas talian pun medium yang baik.
Aktiviti secara berkumpulan juga boleh dirangka seperti perlawanan bola sepak antara jabatan.
3. Menyeronokkan dan mudah
Jika program ini tidak menyeronokkan, tiada siapa yang akan mengambil bahagian.
Misalnya, tiada aktiviti baharu hanya aktiviti yang sama setiap minggu atau bulan.
Aktiviti juga mestilah menyeronokkan dalam format interaktif.
Terdapat pelbagai cara untuk bermain dan memenangi hadiah, daripada cabaran langkah mingguan dan peraduan berasaskan kempen kesihatan.
Alat teknologi boleh memudahkan ahli pasukan untuk mengambil bahagian.
4. Mempromosikan program
Promosi menarik pasti akan membuatkan pelanggan teruja.
Begitu juga dengan aktiviti ini, program yang dijalankan mestilah di war-warkan.
Menyediakan barangan seperti botol air dan tshirt antara perkara yang boleh menarik minat dan disertakan semasa aktiviti promosi.
Anda juga boleh menawarkan pelbagai barangan niaga syarikat sebagai hadiah supaya pekerja boleh memilih item yang mereka suka.
Tak salah memberi internal stakeholders barang niaga syarikat. Secara langsung, mereka ada pengalaman peribadi terhadap barangan tersebut.
Program kesihatan dan kesejahteraan korporat adalah lebih daripada sekadar meningkatkan produktiviti.
Menyediakan sistem sokongan di tempat kerja akan memberi kesan secara langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan pekerja.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan mereka tetapi juga membantu menyokong dalam mencapai potensi yang lebih baik.