Disebalik senyuman ceria dan kepetahan Dr Siti Juariah Kusni menyampaikan pelbagai info kesihatan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini menyimpan kisah detik-detik awal ketika mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1993.
Pemilik Poliklinik Penawar yang lebih mesra di panggil Dr Jue ini berkata, ketika itu beliau pendapatan klinik untuk menampung perniagaan lain.
Namun, kemunculan klinik-klinik baharu bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengakibatkan pendapatan klink juga merudum.
“Saya masih ingat ketika itu, pendapatan klinik merudum sehingga tidak mempunyai modal untuk membeli ubat, apatah lagi menampung kos operasi dan hutang bank.
“Kereta saya juga sudah hampir ditarik,” ujarnya.
Tambah Dr Jue, beliau juga hanya menanti pesakit datang ke klinik tanpa strategi pemasaran yang baik dan meletakan caj yang rendah kepada pesakit.
“Klinik saya pula beroperasi di kawasan pedalaman dan hanya mengenakan caj yang agak rendah kepada pesakit, jadi klinik saya tidaklah mendapat untung yang banyak.
“Waktu itu, pesakit dapat rawatan, dapat ubat dan balik. Tak ada apa-apa follow up. Teruk sistem saya ketika itu,” katanya.
Hutang cecah hampir sejuta
Malah, bisnes dijalankan pernah menanggung hutang hampir sejuta ringgit dan dirujuk ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
“Guna kad kredit untuk buat pusingan, the pick sehingga tak boleh nak bayar dah. Hutang lebih banyak berbanding duit yang masuk.
“Bila dah dengan AKPK tak boleh buat pinjaman, AKPK laraskan hutang mengikut kemampuan. Hutang itu saya bayar sikit-sikit sehingga 10 tahun dan hidup dengan apa yang ada sahaja,” katanya.
Doktor pun sakit
Berdepan dengan masalah itu, menyebabkan Dr Siti Juariah disahkan menghidap penyakit autoimmune.
“Doktor menyarankan agar saya mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakit saya. Selepas setahun saya makan ubat-ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.
“Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetic type 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan rolapse dics yang teruk,” katanya lagi.
Akhirnya, Dr Jue mengambil keputusan untuk berhenti dari mengambil semua ubat-ubatan.
Tindakan itu menyebabkan penyakit dihidapu semakin teruk sehingga menyukarkan Dr Jue untuk berjalan dan terpaksa di tolak dengan kerusi roda.
Semasa memikirkan penyelesaian tentang penyakit yang di hadapi, Dr Jue belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya.
Melalui pengalaman sendiri, Dr Jue menggunakan cara yang sama untuk merawat pesakitnya.
Perbaiki sistem dan aliran tunai
Namun, wanita tabah ini tidak mahu membiarkan bisnes dijalankan berakhir begitu sahaja dengan mengambil keputusan mengikuti kelas anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan Dr Azizan Osman.
Program pertama disertai Dr Jue adalah Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 2018 sehingga ke Mentoring Titanium.
“Selepas menyertai program RichWorks, barulah saya tahu punca perniagaan saya gagal kerana saya hanya mempunyai ilmu perubatan dan bukannya ilmu perniagaan.
“Ini antara faktor yang menyebabkan perniagaan saya sebelum ini hampir muflis,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Dr Jue berkata RichWorks dan Dr Azizan memberi bimbingan bertepatan dengan keperluan perniagaannya termasuk soal pengurusan dan pematuhan dalam perniagaan.
“Perkara pertama yang dibaiki terhadap perniagaan yang dijalankan hampir 20 tahun adalah aliran tunai.
“Saya betulkan aliran tunai. RichWorks ajar saya perkara ini, mengenai penyata bank, sistem fail dan sebagainya. Sebelum ini saya hanya kumpul resit dalam satu fail sahaja,” jelasnya lagi.
Seterusnya, Dr Jue melakukan perubahan dalam pengurusan dan kepimpinan.
“Dahulu semua saya buat seorang, apabila dah bina team saya ada lebih banyak masa dan tumpu kepada coaching,” katanya.
D’Jue Wellness Centre
Hasilnya, beliau berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre, pusat rawatan integrasi untuk pesakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan hub jualan produk kesihatan bagi pesakit memerlukan modifikasi diet.
“Kini saya mempunyai lebih 30 pekerja berbanding dahulu 3 orang sahaja.
Pada 2018, jualan sekitar RM700,000 terus meningkat tahun berikutnya dan pada tahun 2021 mencatatkan RM5.7 juta,” ujarnya.
Bagi yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman sesawang www.doktorsakitkronik.com
7 Comments
Jangan mudah putus asa. Sabar dalam menghadapi situasi sukar. Tambah ilmu untuk menangani masalah dengan berguru dgn org yg arif . Guru pemangkin semangat dan motivasi. Allah pemberi rezeki pada hambanya yang berusaha
Awesome! Terima kasih atas Learning Points anda. Semoga bermanfaat buat anda dan lebih ramai orang.
Jangan putus asa,selalu cuba menyelesaikan masalah dan sentiasa menuntut ilmu pada mentor yang betul,alhamdulilah.
ALLAH memberikan hujan sebelum menerbikan pelangi yang indah… ALHADULILLAH
Alhamdulillah. Betul puan! Semoga dipermudahkan urusan.
ALLAH menurunkan hujan sebelum menerbitkan pelangi yang indah… ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah. Terbaik puan!