Krisis ekonomi dihadapi negara kini berbeza dengan krisis pernah berlaku dahulu.
Daya tahan, krisis sebelum ini secara amnya berpunca kemerosotan asas ekonomi itu sendiri, namun krisis kali ini pula disebabkan faktor luaran bukan ekonomi, iaitu COVID-19 yang kehadirannya menyebabkan asas ekonomi negara merosot.
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula pada Mac 2020, banyak sektor perniagaan terkesan akibat permintaan merudum dan kesukaran mendapatkan sumber untuk pengeluaran, termasuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pengusaha butik fesyen dan perkahwinan, Man Kajang mengakui pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu memberi banyak pengajaran.
Selepas 35 tahun mengukuhkan jenama termasuk membuka butik Man Kajang Bridal Boutique di Kajang, legasi dan survivalnya masih terus bertahan biarpun turun naik wabak pandemik itu tidak menentu.
Begitupun, golongan kaya China meraih keuntungan RM6.22 trilion pada 2020, jauh melebihi pendapatan keseluruhan lima tahun lalu, berikutan peningkatan pembelian dalam talian susulan pelaksanaan perintah berkurung.
Jack Ma, pengasas syarikat perdagangan Alibaba, sekali lagi mendahului senarai selepas nilai kekayaannya meningkat 45 peratus kepada AS$58.8 bilion (RM243 bilion).
Dalam pada itu, anak-anak didik RichWorks juga masih bertahan dan meraih keuntungan ketika berdepan situasi sukar tersebut.
Apa yang kita boleh pelajari daripada pandemic COVID-19?
1. Berhubung semula dengan pelanggan
Pengasas kajian pengurusan moden, Peter Drucker menjelaskan tujuan perniagaan adalah untuk “mencipta pelanggan”.
Namun, sekatan seperti penutupan sempadan negara telah menjejas aktiviti perniagaan paling asas ini (mencipta atau mencari pelanggan).
Contohnya, sebelum wabak berlaku promosi pelancongan seperti Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA Fair) dijalankan di luar negara bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia.
Oleh itu, tindakan pertama usahawan yang berdaya tahan adalah berhubung semula dengan pelanggan. Beritahu mereka bahawa anda masih membuka perniagaan.
Misalnya, platform e-dagang pelancongan Agoda.com masih menghantar email kepada pelanggan, memaklumkan informasi menarik mengenai pelancongan dan perhotelan.
Anda perlu memaklumkan kepada pelanggan mengenai pembaharuan atau perubahan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pada masa sama, menjelaskan SOP dan langkah selamat ketika anda menjalankan perniagaan untuk meyakinkan pelanggan.
2. Menang atau kalah
Dalam turun naik pasaran, ada yang menang dan ada yang kalah.
Harvey Norman, misalnya, melaporkan lebih banyak jualan berbanding sebelum ini, dengan keuntungan melonjak 185 peratus.
Perkhidmatan pos dan kurier turut menyaksikan permintaan yang berkembang pesat, sehingga tahap mereka memerlukan kakitangan tambahan untuk menampung permintaan.
Namun tak semua begitu, kita dimaklumkan banyak perniagaan yang gulung tikar.
Kaji selidik yang dibuat Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia pada Ogos 2021 yang membabitkan 1,100 PKS menunjukkan, 54 peratus responden terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka.
Usahawan yang berdaya tahan perlu bersedia berhadapan dengan sebarang perubahan dan mengikut keadaan semasa.
3. Kepimpinan yang mantap
Kepimpinan yang cemerlang bukan sekadar mampu memacu pertumbuhan perniagaan sewaktu keadaan stabil dan baik. Sebaliknya pemimpin yang mantap adalah pemimpin yang mampu memberi motivasi pasukan dan mengekalkan semangat mereka dalam keadaan yang mencabar.
Pemimpin itu juga mesti mempunyai, visi, tujuan dan objektif yang jelas. Mengekalkan hubungan dengan internal dan external stakeholder.
Mencari jalan keluar daripada masalah yang sedang dihadapi dan bukan menarik diri.
Namun, pelajaran ini akan sukar diterima oleh ramai usahawan dan pekerja.
Malah, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sering menitikberatkan ilmu kepimpinan kepada anak-anak didiknya bukan sekadar ilmu pemasaran semata-mata.