Penggunaan telefon pintar pada hari ini sudah dianggap sebagai barangan ‘keperluan’ kerana bukan saja medium komunikasi sebaliknya menjadi tempat untuk mengetahui maklumat semasa.
Bahkan ia boleh membantu bagi produktiviti tugasan harian selain komunikasi antara individu sehingga kepada kelompok besar.
Pada hari ini juga bukan menjadi kehairanan apabila kita melihat kanak-kanak sudah memegang telefon pintar mungkin untuk menonton kartun atau sebagainya malah bukan satu perkara pelik, murid di peringkat sekolah rendah sudah memiliki telefon pintar.
Tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati bahawa rata-rata, pengguna menghabiskan 6.6 jam dalam talian sehari melayari Internet antaranya melalui medium telefon pintar.
Persoalannya, apa yang anda lakukan selama itu dengan telefon pintar? Adakah anda menghabiskan masa bersama telefon pintar untuk sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya?
Kajian menunjukkan sekiranya pengguna kerap menggunakan telefon pintar lebih dari satu jam sehari dan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan psikologi, maka ia dianggap satu ketagihan.
Jangan jadi sehingga begitu ya!
Di sini, kami kongsikan cara-cara penggunaan telefon yang bermanfaat di dalam dan luar tempat kerja.
1. Pengurusan aplikasi
Aplikasi yang terpapar di skrin telefon anda sangat mempengaruhi cara penggunaannya.
Sehubungan itu, pilih aplikasi yang penting untuk kegunaan harian, dan paparkannya di skrin utama.
Kebiasaan bagi orang ramai adalah seperti aplikasi e-mel, perancang (planner), dan penyimpan nota (note-taking).
Manakala bagi aplikasi-aplikasi lain yang banyak memakan masa seperti laman media sosial, video, dan permainan, asingkan ke dalam fail yang berlainan.
Adalah lebih baik jika anda membuangnya terus daripada skrin utama telefon.
Dengan berbuat demikian, anda akan kurang perhatian kepada aplikasi-aplikasi yang melalaikan ini.
Bagi aplikasi yang jarang digunakan, anda boleh nyah-pasang dari telefon anda kerana boleh dipasang kembali jika anda ingin menggunakannya.
2. Pengurusan notifikasi
Notifikasi yang masuk ke dalam paparan telefon anda juga dapat mengganggu kerja anda. Terutamanya notifikasi daripada laman-laman media sosial. Apabila notifikasi ini terpapar di skrin, anda akan membukanya dan mula melayari laman tersebut buat masa yang lama.
Bagi mengelakkan hal ini berlaku, anda boleh matikan notifikasi yang tidak penting seperti pengumuman media sosial dan permainan, kemas kini aplikasi dan e-mel yang tidak berkaitan dengan kerja.
Jika mahu mendapat tahu akan notifikasi yang penting, anda boleh menukar kepada mod senyap ketika waktu bekerja.
Bagi menguruskan notifikasi telefon, disarankan anda untuk mencuba aplikasi seperti ‘Offtime’ yang menyekat aplikasi yang mengganggu seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook.
3. Manfaatkan masa lapang
Penggunaan telefon pintar juga dapat mengisi masa lapang anda dengan lebih bermanfaat jika digunakan dengan betul.
Telefon pintar boleh digunakan untuk membaca, menulis, mendengar, belajar bahasa serta berbelanja dengan hanya satu peranti.
Jika sebelum ini anda hanya berbual dan menulis komen di laman sosial, disarankan anda agar membaca dan mengambil input-input berguna daripada halaman yang bermaklumat seperti laman berita atau akhbar dalam talian.
Anda juga boleh berkongsi maklumat yang mendatangkan manfaat dengan menyiarkannya di media sosial.
Anda juga boleh memuat turun podcast bagi program-program ceramah atau berita radio lalu mendengarnya dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.
Bagi bangsa usahawan, jangan ketinggalan untuk memiliki aplikasi MenThor yang dibangunkan oleh RichWorks. Ia mengandungi ratusan video-video mengikut kategori yang berkaitan dengan keusahawanan.
Malah aplikasi MenThor akan digunakan bagi anda mengikuti program-program yang akan dijalankan secara Live nanti.
Bagi pengguna android boleh klik di sini dan dan iOS di sini.
Selain daripada meningkatkan kemahiran mendengar, ia juga dapat mengisi masa lapang serta menambah pengetahuan anda.
Selain itu, bagi umat Islam, anda boleh pasang aplikasi Al-Qur’an supaya anda boleh membacanya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
4. Aplikasi emel
Untuk memastikan peti masuk emel anda teratur, boleh menggunakan aplikasi Microsoft Outlook, Aqua Mail, and Blue Mail. Aplikasi ini akan menguruskan emel yang masuk ke peti masuk anda, yang mana dapat memastikan tidak terlepas emel penting lagi.
Dengan semua aplikasi moden ini, telefon pintar dapat membantu anda menjadi lebih produktif untuk melakukan kerja.
Bagi bangsa usahawan, manfaatkan telefon pintar untuk meningkatkan kecekapan menguruskan perniagaan anda.
Pengguna pula, gunakan telefon pintar anda sebagai pengguna yang bijak. Contohnya menggunakan telefon pintar untuk membuat perbandingan harga barang.
Gunakan dengan bijak, sentiasa produktif!