Satu perkataan boleh memberikan kesan atau pandangan yang berbeza kepada pendengar.
Sebagai contohnya, dalam pasukan anda ada tak perbezaan bila anda berkata ‘tolong’ berbanding ‘arahkan’ buat tugas berkenaan.
Perkataan-perkataan ini yang menjadi percakapan yang boleh memberikan kesan positif atau negatif kepada pendengar.
Sebab itu, komunikasi sangat penting bagi bangsa usahawan terutama pemimpin-pemimpin dalam membawa pasukan mencapai matlamat yang sama.
Kemahiran berkomunnikasi yang baik sememangnya dapat membantu anda dalam operasi bisnes malah perkembangannya.
3 Kepentingan Komunikasi Yang Baik Dalam Bisnes:
Hubungan team yang positif
Bantu team anda belajar untuk berkomunikasi secara profesional dan hormati satu sama lain akan bina suasana yang positif.
Hubungan persahabatan dibina apabila orang itu mula bercakap tentang kerja dan perkara dilakukan pada hujung minggu mereka.
Sebagai sebuah team yang memahami satu sama lain, mereka dapat menjadi sebuah unit yang kuat, malah dapat bantu semangat positif dalam team.
Semangat team yang positif dapat membantu kepada produktiviti mereka.
Elakkan konflik
Jika kita mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mereka dapat medengar dan tidak bertindak dengan melampau.
Seterusnya, ia dapat mencegah konflik di pejabat yang boleh menimbulkan pelbagai masalah lain.
Mereka dapat berbincang meskipun terdapat percanggahan pendapat dengan matang.
Bukan itu saja, ahli team itu yang dapat mendengar masalah pelanggan dan memberikan solusi tanpa merendahkan atau berprasangka negatif menjadi seorang duta baik kepada syarikat anda
Bila pelanggan didengari dan masalah diselesaikan maka kesetiaan mereka pasti meningkat.
Membina hubungan
Sangat penting membina hubungan yang menjadi asas kepada banyak perkara dalam dunia bisnes ini.
Ketika anda mencari pekerja baru, perbincangan bersama vendor atau pihak berkepentingan, kolaborasi strategik dan lain-lain lagi.
Banyak cara bagi mewujudkan hubungan yang baik semudah bertanya kabar, mengucapkan hari jadi ataupun menjadi pendengar yang tidak berprasangka.
Contohnya, komunikasi anda yang betul dan baik dapat buatkan pihak berkepentingan anda nak berbincang atau pertimbangkan semula keputusan yang dibuat sebelum itu.
Apa macam? Penting tak komunikasi ini buat bukan saja anda malah team anda keseluruhannya.
Melalui komunikasi yang baik, ia dapat menguatkan lagi team malah bisnes yang anda jalankan bersama semua pihak berkepentingan.
1 Comment
Betul… Komunikasi adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perniagaan
Penerimaan orang atau team berbedza walaupun dengan suatu perkataan yang sama dalam situasi berbedza.