Landing page? Apa tu?
Kalau anda nak tahu, landing page ni adalah satu halaman website yang elegan dan dapat menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama mereka.
Tujuan landing page dibuat untuk menjual produk, mempromosikan produk, menawarkan servis, untuk memuat turun e-Book, newsletter, dan sebagainya.
Landing page yang menarik akan menarik orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut sesebuah syarikat dan produk yang mereka keluarkan.
Ingin tahu teknik nak buat landing page yang menarik?
3 tips buat landing page:
- Ada Tajuk
Setiap landing page mesti ada tajuk supaya pembaca tahu page apa yang mereka lawati.
Contohya landing page anda berkaitan program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Jadi, segala kandungan landing page anda mestilah berkisarkan program MMM.
Manfaat program, tujuan program diadakan, testimoni dari peserta, tarikh program, lokasi dan cara pendaftaran.
- Fokus Pada Tujuan
Salah satu item yang penting untuk sebuah landing page yang menarik adalah ia berfokus pada satu tujuan sahaja.
Jika landing page anda ada banyak tujuan atau fokus, ia sudah lari dari landing page yang menarik.
Contohnya, landing page anda promote Program MMM, tapi anda juga bercerita berkenaan program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).
Jadi, anda sudah lari dari tujuan asal anda.
- Mempromosi Produk
Landing page anda harus mempromosikan atau menjual produk yang anda keluarkan.
Ini kerana, ia sangat penting untuk anda beritahu pengguna tentang manfaat yang mereka bakal dapat dari penggunaan produk anda.
Bahkan, anda harus senaraikan semua manfaat utama produk anda dalam format bullet-point untuk memudahkan pelanggan membacanya.
3 Comments
Alhamdullilah, Syukur
Elmu yg diberi..Amin
👍👍👍
Alhamdulillah. Terima kasih Richworks dan DWDAO atas Elmu yang dikongsikan.
Bagaimana nak buat Landing point yang menarik?
LP: Mesti ada tajuk
Beritahu pengguna tentang produk yand kita jual
Beritahu manafaat yang akan diperolehi bila menggunakan produk kita
Conten mesti selari dengan tajuk. Contoh: jual produk kecantikan tapi cerita pasal makanan
Fokus pada satu produk
Terbaik! Terima kasih atas perkongsian dan Learning Points puan. Semoga bermanfaat.