Menurut kajian, dianggarkan purata seorang lelaki dewasa membuat keputusan adalah lebih 35,000 kali dalam sehari.
Jika dianggarkan kebanyakan orang tidur sekitar 7 hari sehari, maka lebih kurang 2,000 keputusan sejak atau 1 keputusan setiap 2 saat dilakukan orang dewasa.
Contohnya, keputusan anda untuk membaca sehingga ini. Anda boleh saja berhenti pada perenggan 1 di atas namun meneruskan juga. Anda juga memilih untuk minum dan sebagainya lagi masa ini?
Apatah lagi bagi founder dan usahawan, jumlah itu pastinya lebih banyak lagi. Mereka perlu fikirkan dan buat keputusan macam mana nak terus pastikan bisnes berkembang? Adakah tindakan dibuat akan memberi manfaat kepada bisnes dan team?
Masa terbaik buat keputusan dalam sehari?
Mengikut kajian dalam jurnal Cognition menunjukkan sama ada anda seorang yang bangun pagi atau tidak, proses buat keputusan yang tepat berlaku pada awal hari antara 8 pagi dan 1 petang. Namun, walaupun keputusan pagi kebanyakan tepat, ia mengambil lebih banyak masa.
Dalam pada itu, kebanyakan founder misalnya pasti banyak membuat keputusan bisnes yang perlu sentiasa fleksibel dan agile mengikut keadaan semasa. Malah mungkin hingga buatkan mereka sukar untuk tentukan apa yang nak dimakan bagi makan malam.
Inilah yang dikenali sebagai ‘decision fatigue’ atau keletihan buat keputusan.
Bagi membuat keputusan yang efektif sebagai founder malah usahawan, anda pertamanya perlulah dalam keadaan fokus serta sihat. Pastikan tidur tang cukup, tiada gangguan lain dan sebagainya.
Sehubungan itu, kami ingin kongsikan beberapa cara untuk mengurangkan keletihan buat keputusan anda setiap hari.
3 soalan perlu ditanya bagi mendapatkan cara terbaik urus kerja harian anda:
1/ Adakah saya orang yang betul untuk buat keputusan spesifik ini? Atau ada orang lain lebih sesuai?
Mengetahui apa keputusan yang tak perlu dibuat merupakan sebahagian daripada sikap ada pada seorang founder atau usahawan yang efektif.
“Adakah sebenarnya saya diperlukan di sini?”
Inilah soalan yang perlu ditanya setiap kali sebelum membuat keputusan anda. Jika tidak, bagi pada orang yang betul-betul terbaik untuk membuatnya. Ini tidak bermakna anda lari daripada tanggungjawab ya.
2/ Adakah saya membuat hidup ini lebih sukar dengan fokus kepada bebanan setiap keputusan?
Lihat keputusan yang hendak dibuat sebagai peluang, di mana anda perlu ubah cara pemikiran itu. Hal ini membolehkan rasa dan takut untuk melakukan kesilapan.
Peluang ini menjadi seperti sebuah hala tuju dan perjalanan yang baru.
3/ Adakah ini masa terbaik untuk saya melakukan keputusan?
Kemahiran terbaik boleh diamalkan usahawan dan founder adalah ketahui masa ini bukan yang terbaik untuk buat keputusan besar.
Keadaan minda anda dapat mempengaruhi kepada cara anda melihat sesuatu perkara itu. Maka jika anda berada dalam keadaan stres atau serba tak kena, berhenti dulu dari buat keputusan.
Tidak salah untuk berhenti sekejap dan tangguh keputusan apabila dalam keadaan tidak baik.