“Mood ke laut…”
Ramai orang di luar sana ada bakat yang istimewa dan ada kemampuan yang besar malah bersemangat untuk berjaya tapi gagal nak capai apa-apa kejayaan sebab kita mudah sangat nak melayan semangat yang hilang, lemau, longlai dan melayan lagu sedih yang bermain-main dalam otak dan hati kita.
Siapa setuju say I! Kami tahu dan faham mengenai perkara ini. Sebelum ini, MenThor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan latihan dan bimbingan kepada lebih ratusan ribu malah ketika pandemik saja, lebih 800,000 orang telah menyertai pelbagai program anjuran RichWorks.
Sehubungan, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk kembalikan semangat anda.
7 tips untuk kembali bersemangat dalam tempoh ini:
1. Cari Networking Baru
Kadang-kadang, kita membiarkan diri kita di kelilingi oleh persekitaran dan rakan-rakan yang banyak masalah, yang lemau dan yang tak bersemangat.
Apa perkataan yang keluar dari mulut mereka semuanya tak membangkitkan jiwa kita yang kacau. Mereka bercakap tentang perkara negatif, perkara yang tak membantu anda untuk menjadi lebih baik.
Lihat sekeliling anda, adakah anda ada keadaan seperti ini? Jika ada, apa kata anda mula cari networking baru.
Sertai program ilmu adalah cara terbaik untuk dapatkan networking yang best kerana kebanyakkan yang hadir adalah orang yang seperti anda juga, yang nak perbaiki diri dan menjadi orang yang lebih berilmu dari sebelumnya.
2. Bersukan dan Bersenam
Bersukan boleh meningkatkan adrenalin yang membantu menjadikan anda lebih ceria dan bersemangat. Tapi, janganlah pulak anda asyik sangat nak menang sehingga merosakkan mood anda.
Anda boleh sertai acara seperti fun run, night run, half marathon atau acara sukan lain kerana anda akan dapat rasakan energi berbeza bila berada dalam kelompok manusia yang menyertainya.
Anda juga boleh sertai acara sukan untuk charity seperti larian Terry Fox untuk kutip dana membantu pesakit kanser, larian Pink Ribbon dan macam-macam lagi. Networking baru yang anda jumpa juga adalah sangat berbeza dan sangat bagus untuk anda bangkit.
Bagaimanapun, kebanyakan program ini belum dibenarkan lagi dalam pandemik ini. Justeru itu anda bolehlah bermula dengan melakukan senaman atau sukan yang dibenarkan mengikut SOP ditetapkan. Ingat kita masih berada dalam pandemik.
3. Baca Bahan Bacaan Baru
Anda adalah apa yang anda baca. Perasaan anda adalah sangat bergantung kepada apa yang anda lihat, dengar dan rasa. Jika anda asyik baca bahan bacaan yang jiwa-jiwa, sedih, sendu, drama, haa…macam tu jugalah jiwa anda.
Bukan tak boleh! Tapi janganlah terlampau kerap sehingga terjebak dan menjadi obses. Berpada-padalah…nak baca semua yang terlampau bermotivasi pun tak bagus juga, kerana ianya akan buat anda fikir dan nak buat macam-macam tapi akhirnya tak lakukan apa-apa pun.
4. Pergi Mengembara
Jika rasa jiwa kacau, fikiran buntu dan tak bersemangat, apa kata ambil back pack anda, tempah tiket dan hotel dan pergi ke mana-mana destinasi yang baru, yang anda tak pernah pergi. Ketika pandemik ini, meskipun tidak boleh rentas negeri, anda masih boleh mengembara dalam negeri mengikut peraturan yang digariskan pihak berkuasa.
Berkenalan dengan orang baru, lihat perspektif baru dan ianya akan berikan anda idea dan dapat menilai kembali semua yang berlaku kepada diri anda.
Jika suatu hari nanti sempadan negara sudah dibuka, anda tak semestinya juga nak pergi mengembara sehingga ke luar negara atau kawasan yang extreme, dalam negara pun boleh, asalkan anda dapat keluar dari ‘keadaan’ anda yang dah stress dan sesak itu. InsyaAllah, selepas trip yang anda buat, walaupun pendek, anda akan lebih bersemangat.
5. Cari Environment Baru.
Hidup ini perlu ada perubahan. Jika anda tak suka dengan apa yang berlaku kepada diri anda sekarang, anda tak suka keadaan persekitaran anda sekarang, sila angkat punggung dan cari environment baru.
Tengok persekitaran anda, adakah anda rasa tak selesa dengannya, adakah anda terganggu fikiran dengannya, adakah ianya membuatkan anda rasa serabut dan tak dapat buat apa yan ganda nak lakukan?
Jika ya, rancang untuk hijrah ke environment baru. Ramai orang tak nak berubah kerana takutkan cabaran baru, sedangkan cabaran baru itulah yang mampu buatkan hidup kita lebih best dan menarik.
6. Lawat Rumah Kebajikan
Bila dibenarkan, lawat ke rumah kebajikan, Kita akan lebih mensyukuri apa yang kita ada, bila kita selalu melihat orang yang lebih tidak berkemampuan dari kita.
Jiwa kita ini perlu diajar untuk lihat apa yang kita ada dan bagaimana kemampuan dan kebolehan yang Allah anugerahkan boleh digunakan untuk bantu orang lain.
Jika anda rasa macam tak bersemangat, nak buat apa pun tak boleh, lawatlah rumah kebajikan, tempat perlindungan dan luangkan sedikit masa untuk berbual dengan penghuninya.
Kehadiran anda bakal menceriakan mereka dan keceriaan mereka membantu anda untuk jadi lebih bersemangat.
Buat sementara, apa boleh dilakukan dengan menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan ini. Dari sini anda akan lebih rasa syukur dengan apa yang ada.
7. Banyakkan Hadiri Majlis Ilmu dan Tazkirah
Makanan jiwa adalah ilmu. Jiwa kacau kerana kurang ilmu, ilmu tak cukup tinggi atau ilmu yang kita ada tak sama level dengan tindakan yang kita mahu buat.
Ada orang cita-citanya tinggi, tapi terus rasa down sebab tak tahu nak mulakan dari mana, ada orang ditimpa masalah dan tak ada ilmu yang cukup untuk selesaikan masalah.
So, jika anda rasa tak tenteram, jiwa kacau, mood ke laut, apa kata cuba hadirkan diri ke majlis ilmu. Boleh mulakan dengan tazkirah di masjid dan surau, dan juga sudah tentulah Program Richworks.