Dalam ketidakpastian ketika pandemik ini, apa yang boleh dilakukan oleh usahawan terutamanya founder untuk kembali bangkit pastikan bisnes dapat bertahan malah berkembang.
Mereka perlu mencari jalan bagaimana nak pastikan model bisnes dapat kekal fleksibel dalam landskap bisnes yang boleh bertukar-tukar mengikut keadaan semasa.
Tidak kira anda dalam industri mana, sebagai seorang pemimpin perlu mengambil langkah memastikan bisnes yang dilakukan dapat terus bertahan malah berkembang dalam keadaan sebahagian bisnes yang tidak dapat beroperasi sehingga hari ini.
Salah satu cara untuk usahawan lakukan dengan memastikan bisnes lebih kuat berbanding sebelum ini.
Bagaimana nak mendapatkan kekuatan untuk bangkit ini?
Anda perlu menerima dan belajar daripada kekuatan dan kelemahan ada dalam bisnes dijalankan yang mana membolehkan mentaliti yang teguh bagi berdepan cabaran-cabaran dengan lebih kefahaman untuk berjaya.
Selain itu, ketika ini adalah sangat penting bisnes dalam industri yang sama untuk bekerjasama dan belajar antara satu sama lain kesilapan dilakukan untuk perbaiki dan tambah baik lagi.
Inisiatif RichWorks dokong usahawan untuk bangkit
RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubung dan berkongsikan permasalahan dan cabaran yang dihadapi masa ini.
Mereka mahu kembali bangkit dan pastikan bisnes dapat beroperasi dengan baik walaupun dalam keadaan hari ini.
Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan adakan buat pertama kali program khas- Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini pada 27- 29 Ogos nanti.
Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat.
Sebab itu, beliau nak kongsikan panduan & hala tuju yang jelas buat bangsa usahawan bagaimana boleh kembali bangkit dalam krisis ini termasuk tentang penggunaan pemasaran digital yang sangat penting.
Suka atau tidak, usahawan perlu terima hakikat dan realiti dengan keadaan ini. Perubahan dan tindakan segera perlu dilakukan mengikut realiti ini.