Kenapa perlu berniaga? Ramai orang takut berniaga kerana mereka takut akan rugi atau tak balik modal. Anda juga begitu?
Jika anda berfikiran begitu, jangan terlalu dipengaruhi dengan ketakutan kerisauan yang terlampau. Tidak salah untuk anda takut dan risau kerana ia suatu lumrah sebab mungkin sesuatu perkara baru yang hendak anda lakukan.
Lagi pun, dengan persediaan baik yang dibuat dapat mengetahui risiko yang akan dihadapi dan mengurangkan risiko berkenaan.
Walau bagaimanapun, melalui perniagaan sebenarnya merupakan cara untuk seseorang itu meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka dengan lebih cepat. Semuanya bergantung kepada diri mereka sendiri, bagaimana tindakan yang dibuat berdasarkan ilmu, strategi, sistem malah MenThor yang dapat bimbing elakkan melakukan kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya.
Kenapa anda mesti berniaga? Pasti ada keistimewaan yang tersendiri kan? Jika anda ingin dapatkan teknik berniaga dan cara pemasaran yang betul supaya anda dapat minimumkan kerugian anda, dan tak perlu ambil masa yang lama untuk berjaya, kami akan bantu anda.
5 sebab anda perlu berniaga:
1. Nak mencapai impian dan matlamat lebih besar – perlu berniaga
Mengapa anda nak berniaga? Melalui perniagaan, anda boleh penuhi kehendak dan keinginan anda untuk mencapai impian dan matlamat yang lebih besar. Kata orang putih, sky is the limit.
Semua bergantung kepada diri anda, seberapa jauh dan besar anda ingin pergi. Malah ketika ini, modal untuk menjalankan perniagaan juga tidaklah besar mana. Banyak bisnes ketika ini anda boleh ceburi dengan modal yang kecil malah ada yang tanpa modal pun. Modalnya hanya anda perlu ada akaun media sosial, internet dan telefon bimbit untuk mempromosikannya sebagai seorang dropship atau ejen sesebuah perniagaan.
Dalam pada itu, pernah tak anda jumpa orang yang kerja makan gaji, tapi boleh jadi kaya dengan hanya gaji bulanan mereka? Ada saja yang kaya atau hidup selesa namun sebahagian mereka ini pasti ada buat kerja sampingan seperti berniaga atau ada pelaburan, betul?
Jika hanya berbekalkan gaji, pasti tidak cukup untuk membeli atau berbelanja lebih. Jika anda ingin melancong atau membeli barang-barang berjenama, anda perlu simpan duit untuk satu jangka masa, barulah dapat penuhi keinginan itu.
2. Nakkan masa yang lebih fleksibel – perlu berniaga
Mungkin bila anda berniaga, anda boleh tentukan sendiri masa untuk beroperasi dan bersama keluarga atau kawan-kawan. Ya boleh dan masa anda lebih fleksibel berbanding bila bekerja dengan majikan.
Namun meskipun fleksibel, anda tak boleh sesuka hati untuk buka tutup perniagaan itu. Sebagai usahawan, anda perlu komited dan konsisten untuk pastikan perniagaan anda sentiasa ada dan pelanggan atau bakal pelanggan nampak. Sebab itu juga perlu ada team bagi nak bina bisnes yang berjaya.
Jika tidak, pelanggan pun boleh lari jika lihat anda sekejap ada, sekejap tidak ada.
Mungkin pada peringkat permulaan, anda perlu banyak luangkan masa untuk perniagaan, korbankan masa dengan kawan-kawan dan sebagainya namun ia suatu proses perjalanan untuk anda bina perniagaan itu. Bila semakin berkembang, masa anda makin fleksibel.
Bila bekerja pula, ramai juga orang mengadu mereka tak ada masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu pun kena kerja, betul? Itu tak dikira lagi jika kerja anda memerlukan pengorbanan seperti kerja offshore, askar atau kelasi, jarang sekali anda akan berjumpa dengan keluarga anda.
3. Bangkitkan potensi diri dengan sebaiknya – perlu berniaga
Perniagaan ini akan membangkitkan potensi diri seseorang itu. Anda akan berdepan cabaran dan keadaan yang di luar daripada kebiasaan ketika bekerja. Di sinilah akan menguji keinginan dan komitmen anda untuk mencapai apa yang dikehendaki terutama ‘purpose’ anda berniaga.
Anda sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan yang dilakukan ini.
Risiko-risiko dalam bisnes boleh mematangkan anda, melatih diri anda menyelesaikan masalah, berfikir dengan lebih advance untuk mencari ruang kejayaan, dan mampu mencabar anda untuk melakukan perkara yang anda sendiri tak terfikir untuk melakukannya.
Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda 100%, anda juga akan menikmati 100% kemanisan kejayaan bisnes anda.
4. Niat untuk membantu lebih ramai orang lain – perlu berniaga
Cuba tanya soalan ini, macam mana anda nak tolong orang lain jika diri anda pun tak tertolong lagi?
Cara terbaik untuk anda membantu orang lain dengan berniaga. Melalui perniagaan, anda boleh menawarkan peluang pekerjaan, membantu orang menjana pendapatan buat diri mereka dan keluarga malah meningkatkan taraf hidup.
Tapi jika anda tak berniaga, anda hanya dapat menolong mereka semampu yang boleh mengikut gaji yang akan diperolehi setiap bulan.
5. Mahu capai kejayaan tertentu dalam masa lebih pantas – perlu berniaga
Pepatah Arab ada menyatakan, “Man jadda wajada”. Ia bermaksud siapa yang berusaha (insyaAllah) akan mendapat apa yang diusahakan.
Anda perlu berusaha keras, untuk mencapai kejayaan dengan berniaga. Bukannya mula berniaga tapi tidak ada tindakan dan masih ada mindset seperti orang yang bekerja. Berapa cepat anda boleh berjaya semua bergantung kepada ilmu, sistem dan MenThor yang betul serta tindakan anda.
Bukan senang untuk berniaga jika dilihat dengan mendalam namun tidak mustahil untuk anda berjaya. Tidak kira muda atau tua, ramai sudah berjaya dengan bisnes. Tidak kira founder atau tidak, ramai yang mendapatkan hasil daripada perniagaan yang mereka lakukan itu.
Ingat kejayaan ini semuanya bermula dengan niat atau purpose anda. Jika niat yang betul, insyaAllah akan dipermudahkan Allah SWT. Antara purpose yang penting bagi seorang usahawan adalah untuk membantu lebih ramai orang lain di luar sana.
Kejayaan ini juga boleh dijadikan teladan dan kisah inspirasi pada peniaga lain yang baru mula nak berniaga dan dah tiada semangat nak berniaga. Jalan pintas untuk berjaya dengan mengikut jejak mereka yang sudah melalui perjalanan itu. Setuju?