Berat kesusahan yang dihadapi Puan Maizatul Shakirah Amir Hassan atau dikenali sebagai Kak Ira, pemilik Art Creation Legacy Sdn Bhd namun beliau tidak biarkan ia melemahkannya.
Beliau jadikan ia sebagai satu suntikan semangat untuk terus bertindak bagi mencapai impian dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Namun ketika menyertai program IMKK anjuran RichWorks pada 2013, beliau tersedar bahawa bisnes bukan hanya sekadar nak jadi kaya yang mana kita perlu betulkan niat terlebih dahulu.
“Semakin besar impian kita, semakin besar cabaran itu. Sebab percayalah jika kita tak diuji, tak ada cabaran macam mana nak jadi lebih bagus dan takkan nak tunggu saja.
“Ambil kesusahan itu untuk bangkit dan setiap masalah memang ada penyelesaiannya,” katanya ketika ditemu bual sebelum ini.
Tambah Kak Ira, beliau bukannya dilahirkan daripada keluarga bisnes tapi hanya seorang anak tukang sapu. Tetapi niat dalam hati sangat kuat untuk bantu dan gembirakan orang lain.
Beliau dulu tak ada apa-apa kenderaan melainkan basikal tua. Nak pergi ke mana-mana menaiki bas sampai ketika belajar hanya ada komputer riba pada semester terakhir pengajiannya. Sebelum itu, beliau hanya pinjam-pinjam rakan tapi ia bukan penghalang untuk mendapatkan kejayaan.
Perjalanan bisnes dan wujudnya Art Creation
Kak Ira pernah tersilap langkah apabila terlalu ‘excited’ untuk mulakan bisnes. Beliau ambil keputusan berhenti dari kerjanya sebagai penjawat awam meskipun tanpa bisnes yang betul ketika itu.
Tindakan yang diambil itu menyebabkan beliau bersama suami dan anak ketika itu pernah merempat dan tergolek semua. Beliau juga pernah tak ada duit nak makan, terpaksa pergi rumah kakak nak makan. Betapa laparnya ketika itu, sudah usaha berniaga tapi belum ada hasilnya.
Beliau juga pernah masa ambik stok barangan yang mana hujan ketika itu dengan air masuk ke dalam kereta. Kak Ira beritahu dia menangis ketika itu dengan penghawa dingin tak berfungsi.
“Ya Allah kalau kau bantu aku, Kau mudahkan urusan aku ini. Selagi Allah bagi aku nyawa dan kesihatan, aku akan berjuang habis-habisan dengan bisnes Art Creation ini,” doanya ketika itu.
Masa itu sangat susah bila Kak Ira berhenti pada Februari 2014 sampai 2016 mula bisnes art creation ini.
Kak ira tak nak mengalah walau bos dulu panggil beliau kembali untuk bekerja semula. Tapi bila beliau sudah buat keputusan untuk berhenti takkan berpatah balik. Selagi tak buat sampai jadi, takkan berhenti. Tahu Allah sangat baik pasti akan beri kepada hambanya yang tak berputus asa.
Tambah Kak Ira, kita jangan hanya bertindak saja, perlu ada ilmu dan MenThor kalau tak akan penat.
“Saya ambik tindakan berilmu dan cari MenThor yang ada proven success supaya kita tak payah lalui banyak sangat halangan dan elak melakukan kesilapan tak sepatutnya,” ujarnya.
Beliau kini sudah berada dalam program mentoring Spire bagi mendapatkan bimbingan secara dekat dan menyediakan diri untuk mencapai ke tahap lebih tinggi lagi.
Mulanya Art Creation
Menurut Kak Ira, beliau ‘terjerumus’ dalam bisnes kotak sebab nampak masa susah untuk founder baru bermula perlu Minimum Order Quantities (MOQ) sebanyak 1,000. kotak.
“Jadi rasa mcm kasihannya kalau baru bermula, tak tahu lagi sejauh mana bisnes boleh pergi. Jadi takkan kena buat 1,000 kotak.
“Kenapa kilang semuanya fikirkan yang hanya ada duit saja. Rasa geram sangat, jadi dari situ nak sangat bantu orang dan bincang dengan suami fikirkan apa boleh buat. Kemahiran suami saya dengan idea Kak Ira, kami bermula dari rumah,” jelasnya.
Alhamdulillah beliau menjalankan bisnes ini untuk membantu usahawan lain dengan menawarkan jumlah tempahan rendah. Usahawan kini boleh miliki kotak pembungkusan yang cantik dan berkualiti serendah 50 kotak saja bagi bantu menaikkan branding mereka.