9 Dosa Besar Dalam Perniagaan Yang Ramai Usahawan Abaikan

9 Dosa Besar Dalam Perniagaan Yang Ramai Usahawan Abaikan

Setiap usahawan memikul tanggungjawab yang besar dalam membangunkan perniagaan

Apabila usahawan tidak melakukan pemasaran yang agresif, maka tidak ramai orang akan tahu tentang kewujudan produk atau servis yang ditawarkan kepada orang ramai.

Jika hidup ini diadili oleh dosa pahala, begitu juga dengan perniagaan. Banyak perkara dalam perniagaan boleh mendatangkan dosa atau pahala kepada usahawan. Dan dosa pasti akan terima balasannya.

Berbalik kepada pemasaran tadi, jika tidak ramai orang tahu tentang perniagaan anda, akibatnya perniagaan anda tidak akan dapat buat keuntungan yang memberansangkan. Ini adalah balasan kepada dosa dalam perniagaan anda.

Penting untuk kita tahu dosa dalam perniagaan dan pastikan kita ada strategi supaya kita dapat elak dari melakukan dosa tersebut.

9 dosa besar dalam perniagaan

1. Untung ada, modal tak nampak

Jika berniaga hanya sekadar berniaga tapi tak ada keuntungan, lebih baik tak payah berniaga. 

Bila dah ada keuntungan, semua keuntungan tersebut bukan semata-mata hanya untuk dibelanjakan. 

Kegagalan ramai usahawan yang gagal adalah apabila dia menganggap keuntungan syarikat adalah duit poket peribadinya. Langsung tak ada rekod keluar masuk, apatah lagi mengasingkan duit syarikat dengan duit peribadi. Akhirnya, modal lesap bisnes pun lingkup.

Bagi membina perniagaan yang berjaya, mulakan dengan niat untuk membantu ramai orang menerusi produk dan servis yang ditawarkan bukannya membantu poket kita semata-mata.

2. Pelanggan menjadi tidak penting

Perlu diingat, dalam setiap perniagaan, keuntungan syarikat datang dari pelanggan. Tanpa pelanggan, siapa yang nak membeli produk anda? 

Ramai usahawan hari ini gagal apabila tidak meletakkan kepentingan pelanggan dalam perniagaan mereka.

Anda tak perlu jadikan pelanggan seperti raja, cukup untuk anda santuni pelanggan untuk mereka kembali membeli produk atau servis perniagaan anda.

3. Tak ramai orang tahu tentang produk anda

Dalam perniagaan, sangat penting pemasaran agar orang ramai tahu tentang perniagaan anda. 

Perniagaan tanpa pemasaran, anda sedang membunuh perniagaan anda. 

Pemasaran bukan hanya sekali sahaja. Selagi perniagaan anda wujud dan ingin dikenali, selagi itulah anda perlu buat pemasaran agar perniagaan anda sentiasa diingati. 

4. Tidak mempunyai kredibiliti yang kukuh

Ada kajian mengatakan, pelanggan membeli bukan kerana produk semata-mata tapi kerana kepercayaan terhadap pemilik produk tersebut. 

Perniagaan yang tidak mempunyai kredibiliti yang kukuh sukar untuk bertahan kerana pelanggan hanya mahu berurusan dengan peniaga yang boleh dipercayai serta mempunyai kepakaran di dalam industri tersebut.

Sebagai contoh, seorang artis popular mengeluarkan produk penjagaan rambut jenamanya sendiri. Semua ahli kelab peminat membeli produk tersebut. 

Mengapa? Kerana mereka meminati artis tersebut dan sekali gus percaya kepada beliau dan produknya.

5. Tiada nikmat dalam berniaga

Penting untuk kita mencintai apa yang kita lakukan agar kita merasa nikmat disebaliknya. Begitu juga dalam perniagaan, kita perlu merasa kenikmatannya. 

“Cintai apa yang kita lakukan, kerana itu adalam momentum motivasi setiap masa.” – Richard Branson

Satu daripada strategi berkesan untuk membina empayar perniagaan yang berjaya adalah dengan menikmati setiap perjalanan bisnes kita.

6. Berniaga tanpa produk atau servis

Bagaimana nak menjalankan perniagaan tanpa produk atau servis sedangkan itulah permulaan kepada setiap perniagaan? 

Tiada alasan nak berniaga tapi tiada produk. Perniagaan itu luas, tanpa produk anda boleh menjual produk orang lain seperti menjadi agen dropship atau agen stokis. 

Jika anda berniaga tanpa apa-apa produk dan ambil duit orang tapi tak dapat realisasikan produk atau produk yang ditawarkan, anda bukan usahawan tetapi scammer.

7. Tidak jelas potensi kejayaan

Perniagaan sukar berkembang jika usahawan kabur dengan potensi perniagaannya. Untuk mendapatkan gambaran potensi perniagaan dengan lebih jelas, kita boleh jadikan bisnes lain dalam industri yang sama sebagai model perniagaan. 

Lihat bagaimana perniagaan mereka menjadi besar. Ini yang dinamakan potensi, melihat sesuatu dengan lebih besar.

8. Tidak mengimpikan empayar perniagaan

Jika boleh terbang tinggi di awan biru, kenapa nak kekal di tanah yang gersang? Jika boleh buat perniagaan yang luar biasa, kenapa nak berniaga biasa-biasa sahaja? 

Setiap usahawan perlu ada impian untuk membina empayar perniagaannya sendiri. Usaha untuk merealisasikan impian tersebut agar impian bukan hanya sekadar impian tetapi realiti.

9. Tiada visi syarikat

Visi adalah, kemana kita nak bawa perniagaan sekarang pada masa hadapan. Sebagai contoh, anda menjual goreng pisang bawah pokok tepi jalan, 5 tahun lagi anda nak gerai goreng pisang anda mempunyai kiosk dalam restoran. 

Tanpa visi, perniagaan anda sukar untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Visi perniagaan yang jelas membuatkan sesebuah organisasi lebih fokus dan berada di hadapan berbanding pesaing lain. Berusahalah untuk capai visi syarikat anda

Sekarang anda dah jelas tentang dosa-dosa yang sering dilakukan di dalam perniagaan. Jangan sesekali melakukan dosa-dosa ini demi kesejahteraan dan perkembangan perniagaan anda.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Yusri Ali

    Waima ramai yg dah tahu kesalahan-kesalahan tersebut namun masih ramai juga yg masih terkial-kial untuk membina serta membangunkan perniagaan masing-masing ke tahap dimana sistem perniagaan yg menjalankan keseluruhan perjalanan perniagaan. Kenapa ye? Apa lagi yg diperlukan untuk mencapai tahap SUPERSTAR dalam membina empayar perniagaan sendiri?

  • Ramai peniaga rasa ilmu tidak penting, rasa diri dah cukup ilmu, Dan tahu kesalahan2 dlm perniagaan tapi diri sndiri terkial2 jual, sedang kan tahu perniagaan Antara hidup Dan. Ati, Orang maseh ramai tak nmpk Dan maseh ramai lagi tak tahu perniagaan yg sndri Jalan kan.
    Sedang kan bsns yg di jalakan ini org mencari produk atau servises anda.
    Fikir2kn…

Leave a Reply