Nak mulakan perniagaan tidak mudah.
Ramai usahawan memulakannya tanpa mengetahui cara mempromosikan perniagaan dengan modal dan kakitangan yang terhad.
Sebenarnya anda boleh mengiklankan perniagaan dan mengembangkannya dengan berkesan dan murah. Malah anda boleh menggunakan cara ‘Zero Kos Marketing’.
Bagaimana untuk mengiklankan perniagaan menggunakan modal yang terhad?
Dengan memanfaatkan kuasa teknologi masa kini, terdapat 9 cara yang boleh diguna untuk mempromosikan perniagaan anda tanpa merugikan wang.
Bina laman web dan blog
Dalam dunia teknologi masa kini, pelanggan akan lebih yakin dengan perniagaan yang ada laman web.
Pastikan laman web anda sentiasa aktif dan mempunyai maklumat tentang bisnes anda, maklumat produk atau perkhidmatan serta bahan promosi seperti testimoni dan cara menggunakannya.
Dah ada laman web, jangan lupa tambahkan dengan blog yang penuh dengan topik yang menarik untuk dibaca.
Topik dalam blog tak semestinya tentang produk atau perkhidmatan anda, tapi percayalah jika bahan tulisan anda menarik mereka akan kekal membaca blog anda.
Bila pembaca dah suka, selit topik tentang perniagaan anda serta testimoni pula.
Berinteraksi dengan pelanggan di media sosial
Media sosial adalah salah satu medium untuk Zero Kos Marketing. Hampir semua orang di dunia menggunakan media sosial dalam pelbagai platform.
Jika dulu Facebook dan Twitter adalah dua platform terbesar untuk kebanyakan perniagaan. Kini banyak perniagaan sudah mula menggunakan platform Tiktok.
Dah ada media sosial, sediakan content yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Jangan lupa berinteraksi dengan pelanggan di platform media sosial anda dan pastikan setiap soalan dijawab dengan baik.
Iklankan perniagaan anda secara online
Terdapat banyak cara untuk mempromosikan perniagaan anda secara online.
Ia bukan percuma, tapi dengan sasaran yang betul, anda boleh mengekalkan penggunaan kos yang rendah.
Iklan di Facebook, Instagram serta Tiktok sangat menjadi pilihan usahawan masa kini.
Jangan pandang rendah kuasa email
Pemasaran melalui email adalah salah satu sumber yang paling berkesan untuk untuk tujuan yang baik serta taktik pemasaran digital yang paling mudah dan berkesan untuk ROI yang tinggi dan cara terbaik untuk mendapatkan pelanggan baru.
Untuk mempromosikan perniagaan anda dengan betul, anda perlu membuat strategi pemasaran email yang ditetapkan.
Hantarkan email yang berkualiti dan penuh dengan maklumat serta tawaran istimewa.
Cipta content yang berkualiti
Sama ada di media sosial mahupun email, content bagi mempromosikan perniagaan anda perlulah berkualiti, jelas serta mesra pelanggan. Jangan hanya fokus untuk mengiklankan perniagaan anda.
Sentiasa ingat bahawa setiap content berfungsi sebagai wajah pertama perniagaan anda.
Jaga personaliti jenama anda apabila anda berinteraksi dengan orang ramai.
Pelanggan setia
Orang ramai lebih cenderung untuk membeli produk yang disyorkan oleh sumber yang dipercayai.
Untuk mengetahui cara mempromosikan perniagaan anda, perkara yang anda perlu tahu ialah dengan mencipta pelanggan setia.
Pelanggan yang gembira bukan sahaja akan kembali, mereka juga jurujual terbaik yang boleh membantu perniagaan anda dalam pengiklanan dari mulut ke mulut.
Testimoni pelanggan adalah bentuk pemasaran percuma yang hebat. Masukkan perkongsian mereka ke laman web serta media sosial perniagaan anda.
Pastikan anda memberi ganjaran kepada pelanggan lama ini dengan memberi diskaun, produk percuma atau promosi eksklusif.
Siapa circle anda?
Berada dalam circle yang betul juga adalah salah satu cara marketing yang baik.
Cari circle yang mampu memberi sokongan serta nasihat yang berguna untuk perniagaan dan fokus untuk memberi nilai kepada orang lain.
Ambil tahu tentang produk atau perkhidmatan mereka dan cara anda boleh membantu promosi perniagaan mereka. Orang putih kata, give and take.
Terlibat dengan majlis ilmu
Ilmu perniagaan sangat penting untuk setiap usahawan. Malah di RichWorks sendiri terdapat banyak event yang berkaitan dengan ilmu bisnes secara berbayar mahupun percuma.
Jika tak berkemampuan, mulakanlah dengan event yang percuma.
Kini lebih mudah kerana banyak event dijalankan secara virtual online tanpa perlu melibatkan kos perjalanan serta penginapan.
Pilih siapa MenThor anda
Setiap hari, setiap jam malah setiap minit anda pasti mencari tahu bagaimana untuk tingkatkan bisnes. Mungkin ada yang sampai sukar untuk tidur malam memikirkan nasib bisnes.
Dengan adanya bimbingan dari pakar yang sudah mempunyai proven results, masalah anda pasti dapat diatasi dengan baik.
Penting untuk anda memilih siapa MenThor anda agar anda tak membuang masa dan wang ringgit yang banyak.
MenThor yang betul akan memastikan anda membelanjakan wang dengan bijak dan dengan cara yang betul dan mampu menilai sama ada usaha pemasaran anda akan berjaya.
Perniagaan baru biasanya sangat memerlukan pemasaran yang terbaik dan tidak mempunyai belanjawan yang besar dalam marketing. Itu bukan mustahil.
Usahawan yang bijak pasti manfaatkan setiap peluang yang ada bagi mempromosikan bisnes mereka.
Apa yang penting adalah anda sanggup berusaha dan komited untuk berikan 100% komitmen dalam usaha anda untuk berjaya.
Adakah anda salah seorang daripada usahawan yang bijak itu?