Anda mungkin antara mereka yang memiliki banyak ilmu dan ingin mula berniaga, tapi apakah persediaan serta perancangan anda untuk memulakan sesuatu perniagaan?
Kami kongsikan 7 tips mula berniaga mudah ini untuk anda :
1. Jangan mengambil sebarang pinjaman peribadi.
Bagi anda yang baru mula berniaga, elakkan berhutang dengan bank. Jika anda terpaksa berhutang, lebih baik meminjam daripada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Lunaskan hutang dengan segera.
Anda juga mungkin boleh memilih untuk ‘main kutu’. Contohnya anda bermain kutu dengan 12 orang rakan. Setiap orang membayar RM1,000 sebulan. Setiap bulan, undi akan dicabut untuk menentukan giliran penerima iaitu sejumlah RM12,000.
2. Lakukan dengan berterusan.
Dalam perniagaan jangan ada sikap henti-henti, rehat-rehat. Sekali kita henti, dah susah nak mulakan balik. Walaupun ada dugaan dan halangan di tengah jalan, tetapkan dalam diri untuk lakukan kerja dengan berterusan. Tidak mengapa sedikit-sedikit, asalkan konsisten dan sentiasa berjalan.
3. Miliki etika kerja yang kuat.
Jaga etika kerja anda dalam perniagaan. Pelihara kebajikan pelanggan dan pekerja. Pastikan wujudnya ‘win-win situation’. Elakkan penipuan dan pelihara kualiti barangan dan perkhidmatan.
Pelanggan yang merasakan dirinya tertipu akan memboikot anda dan meminta rakan-rakannya turut melakukan perkara yang sama. Ini bermakna, anda akan kehilangan ramai pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati akan menjadi pelanggan setia dan sukarela mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain – secara percuma
4. Didik diri anda dalam kerjaya yang dipilih.
Didik diri anda bagaimana untuk menjadi usahawan atau tokoh-tokoh perniagaan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis dalaman dan luaran. Pelajari taktik bijaksana perniagaan Rasululullah SAW dan para sahabat beliau sehingga berjaya mengatasi cengkaman ketidakadilan ahli perniagaan pada zamannya.
5. Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis.
Dari segi undang-udang, janji lisan juga satu perjanjian. Tetapi, jika timbul masalah pelanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya. Lainlah jika perjanjian itu ada saksi. Itupun masih tidak dianggap bukti kukuh, tambah-tambah jika kewibawaan saksi diragui.
6. Berhati-hati bila bekerjasama dengan sesiapa.
Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Buat perjanjian bertulis yang lengkap. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana rakan kongsi yang tidak amanah.
Berhati-hati dengan rakan kongsi meskipun ianya pasangan, ahli keluarga ataupun sahabat baik. Sediakan payung sebelum hujan agar hubungan tidak retak kerana wang. Bantu mereka menjadi amanah dan jadikan perniagaan sebagai medan untuk mengukuhkan hubungan.
7. Berseronoklah!
Akhir sekali, ‘have fun’ dalam menjalankan perniagaan. Jangan lupa tunaikan kewajipan agama, amalkan solat sunat Dhuha dan amalan sunnah lain. Tunaikan zakat perniagaan bila cukup nisab dan haul. Bersedekah pada orang yang memerlukan. Sekiranya berkemampuan, laksanakan tanggungjawab sosial. Do have fun!
Sementara itu, anda boleh juga ketahui tentang 3 perangkap kepada usahawan baru berniaga di sini.
1 Comment
TERIMA KASIH
DWDAO
🎁📚📖📖💝