Jika ditanya berapa ramai yang ingin menjadi jutawan atau usahawan yang berjaya? Pastinya, ramai yang akan menyahut, SAYA! Tapi adakah kita mempunyai sikap usahawan? Iaitu sikap yang dimiliki usahawan yang membuatkan mereka berjaya.
Cuba lihat di sekeliling kita, ramai yang sudah berjaya menjadi usahawan hasil usaha sendiri. Tidak kiralah perniagaan usahawan itu besar atau kecil, yang pasti mereka sudah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda daripada titik peluh sendiri.
Kami ingin berkongsi dengan anda 7 sikap usahawan yang berjaya, perlu ada dalam diri kita semua. InsyaAllah, ia boleh membantu kita untuk menjadi usahawan berjaya.
7 sikap usahawan berjaya yang boleh anda pupuk :
1. Tangan yang memberi
Sekiranya anda sudah berjaya, janganlah pula dilupakan golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, golongan miskin dan gelandangan. Ini kerana semakin banyak yang anda keluarkan untuk membantu mereka, semakin Allah murahkan rezeki anda. Percayalah, rezeki anda tidak akan pernah habis jika ia digunakan pada jalan kebaikan.
2. Sentiasa bersyukur
Harta yang anda miliki adalah milik Allah. Dia boleh menarik nikmat kekayaan anda bila sahaja yang dimahukanNya.
Oleh itu, syukurilah nikmat yang diperolehi dengan mengeluarkan zakat, menderma dan membuat amalan kebajikan. Ia bertujuan untuk membersihkan harta anda daripada unsur-unsur yang tidah elok.
3. Berkawan dengan usahawan yang lain
Seorang usahawan patut berkawan dengan usahawan yang lain.Ini membolehkan anda berkongsi informasi, teknik perniagaan dan mencari idea baru bagi memantapkan perniagaan anda. Ia juga secara tidak langsung dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaan ke peringkat yang lebih jauh.
4. Belajar perkara baharu
Walaupun anda sudah berjaya, anda masih lagi perlu belajar daripada orang disekeliling anda. Ini kerana, setiap sesuatu ilmu tidak akan habis dan anda haruslah sentiasa mencari dan mempelajarinya.
Tambahan lagi bila anda seorang usahawan. Dengan masyarakat yang celik IT, anda perlu mempelajari teknik pemasaran dan perniagaan yang seiring kemajuan teknologi.
5. Berani gagal
Usahawan yang berjaya tidak takut untuk gagal. Ini kerana kegagalan mengajar anda untuk lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang. Dengan kegagalan, anda akan bangkit untuk menjadi lebih kuat dan berhati-hati dalam membuat keputusan serta kegagalan akan mengajar anda untuk lebih berjaya dan menghargai insan-insan disekeliling anda.
6. Rancang dan buat (plan and do)
Setiap usahawan perlu mempunyai things-to-do dalam diari perniagaan mereka. Anda hendaklah merancang setiap aktiviti bagi memperbaharui teknik jualan, produk yang baru dan teknik pemasaran yang terkini.
Tetapi, merancang sahaja tidak mencukupi sekiranya ia tidak dilaksanakan. Apa sahaja yang dirancang hendaklah dilaksanakan, barulah ia menampakkan kesan. Jika ia tidak mendatangkan perubahan, anda boleh mencuba cara yang lain.
7. Mencintai apa yang anda lakukan
Anda mestilah mencintai dan menyukai apa yang anda lakukan. Saya tahu, ramai yang berjinak dengan perniagaan kerana “suka-suka” dan tidak mengambil peduli sangat tentang perniagaan.
Bagi anda, keuntungan yang diperolehi setiap bulan sudah mencukupi. Tetapi disebabkan ekonomi yang kurang memuaskan, anda mula berfikir dengan bijak. Anda mula mengambil serius perihal perniagaan dan keuntungan yang diperolehi juga mula meningkat. Dengan itu, anda akan mula mencintai perniagaan anda.
3 Comments
Tq selalu bagi tip
SANGAT BAGUS
Terima kasih atas komen dan respon yang diberikan, kami doakan anda Kaya dan Berjaya