ALANGKAH bertuahnya jika kita sering diingati oleh orang lain, apatah lagi apabila nama kita acap kali meniti pada bibir setiap kali mereka berdoa.
Lazimnya, kita sering kali berdoa demi kesejahteraan diri, ibu bapa, ahli keluarga dan seluruh umat Islam secara keseluruhannya.
Bayangkan andai diri kita sentiasa menerima doa daripada orang lain. Betapa seronoknya kita kerana sering diingati.
Lebih bertuah lagi apabila makhluk ALLAH SWT yang paling taat kepada-NYA iaitu malaikat juga mendoakan diri kita. Sungguh, beruntunglah tuan punya badan.
Rupanya memang ada golongan tertentu yang akan mendapat doa malaikat sebagaimana yang disebut dalam Hadith Nabi SAW
1. MENDOAKAN UNTUK ORANG LAIN TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Dari Abu Darda RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Tidak ada seorang pun hamba muslim yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang tersebut melainkan malaikat akan berkata: Untuk kamu juga seperti yang kamu doakan.
[ Muslim (2732)]
2. ORANG YANG SUKA BERSEDEKAH
Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa:
اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
“Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kebinasaan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhari 5/270)
3. ORANG YANG BERPUASA DAN ADA ORANG LAIN MAKAN DI HADAPAN
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
“Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mendoakan ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
4. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT
Ketahuilah kelompok ini sangat istimewa di sisi ALLAH SWT. Ini kerana mereka seakan-akan sentiasa rindu untuk bertemu dengan ALLAH di dalam solatnya.
Golongan ini akan mendapat doa keampunan daripada para malaikat.
Sabda Nabi SAW
فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ
Apabila dia telah masuk masjid,
كَانَ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ
1- maka dia dikira dalam keadaan solat selama mana dia tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid karena menunggu solat),
وَالْمَلَائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ وَيَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ
2- dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya.
مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ أَوْ يُحْدِثْ فِيهِ
Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadas.”
(HR Abu Daud: 472 & Tirmizi)
5. ORANG YANG SUKA MENGAJAR KEBAIKAN
Bukan sahaja mendapat doa daripada para malaikat, bahkan, ALLAH SWT YANG MAHA AGUNG dan penduduk langit serta bumi mendoakan mereka yang termasuk dalam kelompok tersebut.
Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ )
Sesungguhnya Allah, para malaikat dan penghuni langit serta bumi bahkan semut sekalipun mendoakan seorang yang mengajarkan perkara yang baik kepada manusia.
[ HR Tirmidzi 2685]
6. ORANG YANG BANYAK BERSELAWAT
Daripada Amir Bin Rabi’ah RA meriwayatkan, Rasulullah bersabda:
ما مِنْ عبدٍ يُصَلِّي علَيَّ إلَّا صَلَّتْ عليه الملائكةُ ما دامَ يُصَلِّي علَيَّ فلْيُقِلَّ العبدُ مِنْ ذلِكَ أوْ لِيُكْثِرْ
Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak.
(at-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, 1654. Ahmad, 24/457, 15689)
7. ORANG YANG MENZIARAHI ORANG LAIN KERANA ALLAH
Meskipun perbuatan itu kelihatan remeh, ketahuilah bahawa imbalannya bukan calang-calang.
Bahkan, Rasulullah SAW turut menjelaskan bahawa orang yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudaranya ikhlas kerana ALLAH SWT, maka dia akan memperoleh doa daripada para malaikat.
Sabda baginda SAW:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى ، قَالَ: ” جَاءَ أَبُو مُوسَى إِلَى الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ يَعُودُهُ فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: أَعَائِدًا جِئْتَ أَمْ شَامِتًا؟ قَالَ: لَا ، بَلْ عَائِدًا ، قَالَ: فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: إِنْ كُنْتَ جِئْتَ عَائِدًا ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ ، مَشَى فِي خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ ، فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ ، فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ ، وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ
“Sesiapa yang menziarahi saudara muslimnya (kerana ALLAH) maka dia berada di dalam taman-taman syurga sehinggalah ia duduk.
Apabila ia duduk (disisi orang yang ia ziarahi) maka dia berada didalam naungan rahmat Allah SWT.
Sekiranya ia menziarahi pada waktu pagi maka 70,000 malaikat akan mendoakan untuknya hinggalah ke petang, dan Sekiranya ia menziarahi pada waktu petang maka 70,000 malaikat akan mendoakan untuknya hinggalah ke pagi.
[ HR Abu Daud 3098, Ibnu Abdil Barr Dalam Al-Istizkar (8/421)
1 Comment
Ma Syaa Allaah Tabarakal Allaah Ilmu yang bermanfaat. In Syaa Allaah.