7 Cara Kekal Fokus Untuk Capai Matlamat Anda

7 Cara Kekal Fokus Untuk Capai Matlamat Anda

Setiap usahawan yang berjaya pasti pernah ada masalah untuk kekal fokus apabila perhatian mereka terganggu dengan perkara-perkara lain yang kadang-kadang tak penting pun. 

Jadi jika anda rasa sukar untuk kekal fokus, anda tidak keseorangan.

Mungkin anda mudah terganggu daripada tugasan harian oleh media sosial, mesyuarat, panggilan telefon, drama dan sebagainya. 

Sudah tiba masanya anda belajar bagaimana untuk kekal fokus dan mampu mencapai matlamat anda tanpa gangguan.

1. Mulakan hari anda dengan produktif

Hari yang baik dan berjalan lancar dimulakan dengan pagi yang produktif. Mulakan pagi anda dengan mensyukuri setiap perkara baik yang anda telah lalui. 

Dapat bangun tidur setiap pagi juga adalah perkara yang perlu anda syukuri. 

Pastikan anda ambil sarapan yang sihat setiap pagi. Waktu pagi juga adalah waktu terbaik untuk bersenam. 

Ini akan memberi anda lebih tenaga dan sangat membantu anda untuk kekal fokus sepanjang hari. 

Jika tak mampu nak keluar bersenam, buat senaman ringan di rumah sudah mencukupi.

2. Fokus pada apa yang anda hasilkan

Kejayaan anda untuk hasilkan sesuatu bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda ada sebab yang besar, pasti anda akan ada cara untuk pastikan ia berjaya. 

Mempelajari cara untuk kekal fokus pada matlamat adalah dengan mengaitkan tugasan yang ada dengan tujuan utama anda dalam hidup. 

Bagaimana tugasan ini dapat membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan?

Bayangkan diri anda telah menyelesaikan tugas dan dapat capai matlamat yang anda impikan. Pasti seronok jika anda berjaya bukan? 

Fokus pada matlamat anda dan terus lakukan tugasan sehingga selesai.

3. Hilangkan gangguan di sekeliling 

Mudah terganggu dengan bunyi telefon bimbit? Atau gatal tangan nak buka media sosial setiap kali terpandang telefon anda? 

Buat sementara waktu, letak telefon anda di tempat yang anda tak nampak setiap kali melakukan tugasan. Pastikan juga telefon berada di dalam mode silent

Tak salah ada telefon kedua khas untuk kerja-kerja anda. Jika anda seorang usahawan, buatlah pelaburan sedikit untuk kesenangan syarikat. Jika anda pekerja pula, buatlah permintaan pada syarikat dengan alasan yang munasabah. 

Gangguan daripada rakan sekerja? Tak perlu layan. Lama kelamaan mereka sendiri akan faham tuntutan kerja anda.

4. Jangan buat banyak kerja dalam satu masa

Perasan tak, kalau anda cari kerja di Jobstreet, Indeed atau website yang seumpama dengannya, pasti salah satu daripada syarat kelayakan memohon kerja di kebanyakan syarikat adalah boleh buat lebih daripada satu kerja. 

Tahu buat tak bermakna anda kena buat semua kerja dalam satu masa. Selesaikan satu persatu agar anda mahir dengan tugasan anda. 

Kajian mendapati bahawa kapasiti memori orang yang buat lebih dari satu kerja dalam satu-satu masa lebih teruk dari mereka yang fokus dengan satu tugas sahaja. Jadi, terus fokus pada satu tugas dalam satu masa.

5. Mencipta ruang yang produktif

Anda akan lebih fokus jika berada di dalam ruangan yang bersih dan tiada gangguan bunyi yang mengganggu. 

Bunyi seperti keluhan, hon kereta, pertengkaran, projek banggunan akan buatkan anda tertekan untuk lebih fokus dengan tugasan. 

Jika tiada pilihan tempat yang tenang, pakai headphone untuk mengurangkan gangguan bunyi tersebut. 

Susun ruang kerja anda dan hiaskan dengan gaya yang memberi inspirasi serta menaikkan semangat untuk anda bekerja. 

Bekerja di dalam ruangan yang anda selesa, otak anda akan lebih fokus.

6. Rehat secukupnya

Rehat mana pernah cukup, betul tak? Ada sesetengah orang jika dah mula rehat, sampai satu atau dua jam pun tak cukup. 

Jangan begitu. Rehat dalam masa 10 ke 15 minit sudah mencukupi. Yang penting pastikan anda benar-benar rehat. 

Lupakan tugasan seketika, pergi berjalan-jalan, minum air dan makan snek kegemaran anda. Jika perlu, tidur seketika. 

Ini akan memberi peluang otak untuk mengecas semula dan membuatkan anda lebih fokus.

7. Cari pembimbing anda

Mempelajari cara untuk kekal fokus adalah proses melatih semula otak anda untuk lebih relaks. 

Ia pasti mengambil masa namun berbaloi untuk anda sentiasa bertenaga untuk melakukan tugasan yang diberi. 

Adalah penting juga mempunyai seseorang untuk membantu memberitahu apa yang anda lakukan betul atau salah. 

Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita lakukan benar-benar membuat kita fokus atau tidak. 

Hasil bimbingan juga membantu memberi anda perspektif dan membuat anda terus fokus pada perkara yang penting.

Praktikkan 7 cara ini dan anda akan lebih fokus dalam meningkatkan kerjaya serta kehidupan anda.

Artikel terbaru

2 Comments

  • norlaila

    Learning points yang saya perolehi adalah seperti berikut:
    1. Fokus untuk lakukan sesuatu perkara
    2. Untuk menghindari gangguan seperti dengar mesej masuk atau keinginan kuat nak tengok media sosial di hp. Caranya sembunyikan dahulu handphone jangan bagi nampak dari penglihatan.
    3. Jika gangguan dari rakan sekeliling, pakai head phone supaya tidak kedengaran gangguan orang sekeliling

    Sekian terima kasih
    Sedikit perkongsian daripada saya

Leave a Reply