Tak siapa sengaja nak gagal dalam hidup. Begitu juga individu yang memulakan perniagaan, tak siapa nak rugi melainkan untuk untung dan dapat beri lebih banyak manfaat.
Jangan buang masa lagi!
Laksanakan langkah ini sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk berjaya.
1. Sentiasa ke hadapan dan tonjolkan diri anda
Bertindak sebelum orang lain bertindak. Sentiasa jadi orang pertama yang memulakan sesuatu perkara dalam circle anda. Jangan ikut orang dan fikirkan perkara yang terbaik untuk diri anda.
2. Fokus realisasikan impian anda
Jangan buang masa fokus perkara yang menjatuhkan diri anda. Fokus dan plan tindakan untuk mencapai impian anda. Impian boleh direalisasikan sekiranya anda ada usaha dan komited dengan tindakan anda.
3. Berfikir untuk jangka masa yang panjang
Buat sesuatu keputusan dan tindakan untuk jangka masa yang panjang. Bukan buat sesuatu tak bersungguh dan hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang singkat dan merugikan anda.
4. Wujud attitude ‘give & give’
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Manfaat yang boleh anda berikan adalah dari segi ilmu, tenaga, masa dan bantuan kewangan kepada yang memerlukan.
Lebih banyak kebaikan yang kita berikan, lebih banyak kebaikan dan rezeki yang kita dapat. InsyaAllah.
5. Sentiasa jaga tahap energy anda
Dapatkan tidur yang cukup dan tak terlebih tidur sehingga membuatkan kita lemah dan tak bertenaga.
Kemudian, makan untuk menambah tenaga harian dan bukan makan secara berlebihan dan menjejaskan kesihatan.
Perkara yang paling penting sekali, kekalkan stamina badan dan kecerdasan minda dengan bersenam. Luangkan masa untuk dapatkan energy yang sebelum memulakan aktiviti harian.
6. Belajar dan upgrade ilmu secara berterusan
Banyakkan membaca untuk tambah ilmu dalam diri anda. Belajar ilmu yang berlainan dari bidang anda untuk mendapatkan idea dari sudut yang berbeza.
Sekiranya anda tak boleh belajar berseorangan, dapatkan rakan yang boleh bantu anda.
Anda juga boleh hadir ke seminar ilmu untuk bertukar pendapat dan dapatkan ilmu dari circle yang positif.
6 Comments
Learning Point
1. Jgn suka buat kerja bertangguh Dan
terus bertindak lbh agresif
2.Sentiasa Di hadpn Dan tonjolkan diri
3.Sentiasa berfikir tntg bsns jangka
masa onjg
4.Jaga attitude, anergy Dan jaga
kshtan diri supaya sntiasa cergas
5..Sentiasa upgrade diri belajar tip2 dgn org yg berjaya.
Terima kasih team richworks🙏
Banyak memberi tip dan kata kata semangat untuk maju tanpa putus asa.
Semoga doc dan team sihat sihat selalu.
Doakan yang kami semoga berjaya.
Terbaik! Terima kasih kembali kerana doa yang diberikan. Semoga bermanfaat!
Tips yang sangat berguna utk Saya memulakan perniagaan kecil kecilan. Saya cuba nak jual produk make up secara online ,Saya hrp dpt tips lagi utk Saya berjaya.
Awesome! Terima kasih atas comment. Jangan lupa untuk tonton MegaLive Pasca Raya pada 5 Mei 2023 jam 9pm di Facebook Azizan Osman Official. Semoga dipermudahkan urusan.
Saya kongsi kaedah simpanan emas QM dalam masa yang sama kita simpan dan kita tambah pendapatan kita harian & bulanan