6 Cara Bina Semula Matlamat

6 Cara Bina Semula Matlamat

“Ask yourself if what you’re doing today is getting you closer to where you want to be tomorrow”

Kita dah memasuki 2021. Cuba anda kenang kembali, apa matlamat dan pencapaian terbaik anda pada tahun sebelumnya? Ada lagi ke hasrat anda yang tak tercapai pada 2020. Pasti ada banyak lagi perkara yang anda nak buat, tapi masih tak terbuat. Kan..?

Jangan bersedih dengan kenangan lepas. Apa kata anda kembalikan target yang tak tercapai tu, buat tahun ni. Anda masih ada masa untuk anda plan apa yang patut anda buat.

Jika anda rancang nak berniaga tapi masih belum dapat bermula, apa kata tahun ini anda tekad untuk mulakannya. Janggan tunggu-tunggu lagi.

1/ Jenguk kembali matlamat anda

Adakah anda ingat apa matlamat anda? Mungkin tidak. Tarik keluar notebook anda tahun lepas dan jenguk kembali apa perancangan anda yang tertangguh itu.

Adakah ia masih penting buat anda dan masih lagi perlu diteruskan agenda tersebut?

Jika jawapannya ya, anda mungkin boleh tambahnya kepada list yang anda akan buat jika ada masa terluang. Sekarang baca semula matlamat yang anda tulis, susun ia ikut kepentingan anda.

2/ Anda pasti boleh!

Anda mungkin tergelincir sedikit dari landasan yang betul. Tapi, itu tak bermakna anda kena salahkan diri anda dan batalkan semua plan anda. Sebaliknya, anda senaraikan kejayaan yang telah anda capai.

Kejayaan dan kemenangan ini akan membakar semangat anda untuk lebih ke depan. Kerana, anda tahu anda boleh lakukan. Anda hanya perlu push diri anda lebih dari biasa. Pasti anda boleh lakukan kerana nothing impossible.

3/ Mulakan dengan soalan

Setiap apa yang anda buat, tanya diri anda patut ke anda buat perkara ini. Apa manfaatnya pada bisnes anda? Bagaimana cara anda nak atasi bila masalah timbul?

Dengan soalan-soalan ini, anda akan lebih berfikiran positif, kerana anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kaji semula setiap keputusan anda, adakah ia sesuai dengan keadaan anda sekarang. Jika ya, lakukan tanpa perlu bertangguh lagi, boleh?

4/ Tahu roadblock anda

Cuba anda fikir kembali, apa yang menghalang anda dari mencapai impian-impian tersebut?

Mesti banyak roadblock yang menghalang anda dari lakukan perkara itu. Contohnya kekangan masa, masalah peribadi, dan campur tangan dari pihak luar. Tapi, halangan terbesar anda adalah suara-suara halus dalam diri anda, betul?

Ramai yang tak yakin dengan kebolehan diri sendiri, sebab terlalu banyak pertarungan dengan suara-suara kecil itu. Anda juga banyak sangat berfikir. Kadang-kadang, anda minta banyak pendapat orang. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan ini telah mempengaruhi anda.

5/ Buat plan tindakan baru

Jika anda rasa anda tak mampu nak capai impian tersebut, sila buat plan tindakan baru. Jangan habiskan masa beharga anda dengan perkara yang anda sendiri tahu tak akan jadi.

Tak membazir ke masa anda jika anda dah tahu ia tak menjadi, tapi anda tekad untuk buat juga? Dengan mengambil kira masa anda, sumber dan keadaan semasa anda, buatlah perancangan baru. Apakah tindakan seterusnya yang anda perlu lakukan untuk capai matlamat itu? Dan selepas itu? Dan selepas itu?

Petakan semuanya dalam buku perancangan anda. Kemudian, tarik keluar kalendar anda dan masukkan semuanya dalam jadual tersebut

6/ Besarkan BIG WHY anda

Anda perlu cari sebab yang paling kukuh kenapa anda perlu capai matlamat anda. Jika di tahun lepas anda tak dapat nak mencapainya, ianya mungkin disebabkan Big Why anda tak cukup besar dan matlamat anda tak jelas.

Tanya diri anda, kenapa sebenarnya anda nak benda yang anda NAK capai itu?

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply