5 Tips Perkhidmatan Pelanggan Terbaik

5 Tips Perkhidmatan Pelanggan Terbaik

❝Kenapa pelanggan I dah tak datang kedai I?❞

Pernah tak terfikir perkara macam ni? Dalam kegawatan ekonomi, banyak cabaran yang peniaga terpaksa hadapi untuk membina perniagaan dengan lebih baik atau sekurang-kurangnya bertahan dengan jualan yang ada.

Ada masanya, dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik akan bantu peniaga untuk terus menarik pelanggan atau sekurang-kurangnya mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Kami nak bantu anda terus berniaga dengan baik di samping menjadi peniaga ‘favourite’ di dalam industri anda. Berikut kami kongsikan beberapa tips bagi perkhidmatan pelanggan dalam bisnes.

5 Tips Perkhidmatan Pelanggan Yang Terbaik :

1/ Penampilan

Ramai pelanggan tak mementingkan penampilan. Walaupun anda berniaga di restoran dan penat memasak anda masih perlu menjaga penampilan.
Ada 3 jenis penampilan yang anda perlu ambil kira:

  • Penampilan diri peniaga – Bersih, ceria, sentiasa tersenyum, positif
  • Penampilan kedai – Berikan pengalaman terbaik dari segi bau, cahaya dan persekitaran
  • Penampilan kakitangan – Menghormati dan membantu pelanggan, bersih, ceria, prihatin dan ramah mesra.

Pernah tak anda tak pergi ke sesuatu kedai kerana kedai tersebut kotor? Jika anda pun macam tu, sama juga dengan pelanggan anda. Pastikan penampilan luaran anda, kedai dan kakitangan anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

2/ Sikap Sabar Dan Membantu

Tak kira apa sahaja jenis perniagaan anda perlu menunjukkan sikap yang terbaik. Kadang-kadang peniaga atau kakitangan kurang sabar dengan kerenah pelanggan yang macam-macam.

Cuba tanamkan sikap ingin membantu pelanggan. Ramai pelanggan sebenarnya tidak tahu apa yang mereka mahu dan juga tak tahu banyak perkara.
Jadi, peniaga yang ada sikap yang baik akan sentiasa sabar dalam menasihati dan ‘educate’ pelanggan.

Sabar, prihatin, keinginan hendak membantu dan senyum merupakan dua sikap yang penting yang perlu ada dalam diri peniaga.

3/ Berikan Yang Terbaik

Cuba tanamkan sifat hendak berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Samada dia beli atau tidak, itu tak penting. Mungkin mereka tak beli hari ini tapi dengan pengalaman terbaik mereka di kedai anda, mereka mungkin akan datang lagi lain kali.

Memberikan pengalaman terbaik adalah seperti mengagumakan pelanggan dengan perkhidmatan yang anda boleh berikan. Dan ianya tak semestinya memerlukan kos. Anda hanya perlu lebih rajin dan bermotivasi hendak melayan pelanggan.

Sebagai contoh, sebuah kedai kain ternama di Jalan TAR akan selalu melayan karenah pelanggannya dan sanggup membuka semua gulung-gulung kain untuk dilihat oleh pelanggan dengan muka manis.

4/ Cepat Bertindak

Sakit tak hati bila tengok kakitangan kedai yang terhegeh-hegeh melayan pelanggan? Atau buat-buat tak nampak bila ada pelanggan masuk.

Begitu jugalah dengan pelanggan yang masuk ke kedai kita, kalau kita atau kakitangan terhegeh-hegeh nak membantu mereka, mereka akan rasa disisihkan dan rasa seperti tak dipentingkan oleh peniaga.

Kesilapan ramai peniaga termasuk kakitangan ialah ‘pilih bulu’ dalam melayan pelanggan. Bila nampak yang datang secara fizikalnya agak berduit, kita layan betul-betul dan bila nampak selekeh kita tak berapa pandang.

Kita sebenarnya tak tahu siapa yang betul-betul nak beli dan siapa tang nak tengok-tengok saja. Jadi, sentiasa bersedia untuk respon dan bertindak melayan pelanggan.

5/ Teamwork dan Komunikasi

Kadang-kadang, bila kita masuk ke sesebuah kedai, kita nampak ada komunikasi yang tak bagus berlaku di antara kakitangan kedai.

Mereka hanya melayan pelanggan yang datang ke bahagian mereka sahaja dan tak mahu membantu pelanggan yang datang ke bahagian lain.

Sebenarnya ini tindakan kurang bijak, bila anda gagal melayan pelanggan dalam amsa yang cepat, anda ada kemungkinan tinggi untuk kehilangan pelanggan.
Selain dari itu, pelanggan juga dapat baca apa yang terjadi di antra kakitangan. Jadi, cuba galakkan kakitangan untuk berkomunikasi secara baik sesama mereka dan saling bantu membantu.

Anda perlu tahu teamworks yang baik dapat menzahirkan tindakan yang baik dan memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply