5 Teknik Kepimpinan Untuk Beri Inspirasi Kepada Staf Anda

inspirasi

Pernah dengar tak orang cakap, ‘bos yang baik akan beri inspirasi kepada staf’? Staf ni cerminan majikan. Jika baik acuannya, insya-Allah baiklah hasil yang diperolehi.

Tapi bila kepimpinannya tidak bagus, masih boleh diperbaiki. Yang penting ada kehendak dan nak bertindak.

Sebagai majikan, sama ada anda memimpin pasukan yang kecil atau seorang eksekutif peringkat tertinggi, anda harus sentiasa berusaha untuk mengeluarkan yang terbaik daripada ahli pasukan anda. 

Apabila semangat kerja rendah, pekerja mula rasa bosan dengan pengurusan atasan. Mereka merasakan satu-satunya sebab untuk hadir bekerja adalah untuk tidak dipecat. Sampai masa mereka dapat pekerjaan yang baru, mereka akan tinggalkan anda.

Mereka tidak merasa disokong, didorong atau bermotivasi dalam menghadapi cabaran setiap hari. Tiada insentif dan budaya syarikat yang sangat lemah.

Bergantung kepada industri, pengurusan yang baik memang subjektif. Setiap syarikat memerlukan keperluan yang berbeza daripada pekerjanya, tetapi idea umum tentang kepimpinan adalah mengatasi cabaran yang berkaitan dengan komunikasi dan hubungan dengan ahli pasukan.

5 teknik kepimpinan yang bakal memberi inspirasi

1. Beri ruang kepada pasukan

Sebenarnya, setiap ahli pasukan yang bagus boleh berdiri dengan kaki sendiri. Mereka pasti ada cara untuk lakukan tugas dengan baik. Jadi tak perlulah memantau prestasi pasukan anda secara terlalu dekat kerana akan mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka untuk bekerja. 

Adalah penting memberi ruang kepada pekerja anda untuk belajar dan berkembang. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, kadang-kadang itu adalah cara terbaik untuk belajar, selagi tiada kerosakan yang tidak dapat diperbaiki berlaku. Tapi, jangan lepas tangan. Kelalaian akan buat manusia terleka!

Berikan ruang dan biarkan mereka datang kepada anda apabila mereka memerlukan sesuatu. Pasukan yang bertanggungjawab akan berhati-hati untuk mendapatkan bantuan dan bertanya soalan, ini memudahkan untuk mengenal pasti mereka yang tidak begitu komited terhadap pekerjaan mereka.

2. Pastikan pasukan anda berpuas hati

Seronoknya bila masuk ke dalam pejabat dengan suasana yang menyenangkan dan terasa aura yang positif. Itu adalah tanda pekerja yang gembira dan puas hati.

Sebaliknya, pekerja yang tidak berpuas hati akan merasa terbeban dengan tugas mereka dan masuk bekerja dengan sikap negatif sejak awal hari bekerja. 

Pekerja yang tidak puas hati cenderung menurunkan produktiviti dan semangat seluruh tempat kerja.

Anda pasti tidak mahu pasukan bosan dan tinggalkan anda dalam keadaan yang sukar. Mulakan dengan beri mereka bercakap tentang apa yang mengganggu mereka dan yakinkan mereka bahawa anda akan mendengar dan cuba memperbaiki apa sahaja yang menghalang mereka daripada menjalankan tugas dengan baik. 

Sebagai majikan, anda perlu sentiasa bersedia. Jangan terkejut jika anda adalah masalah yang sebenarnya.

3. Galakkan kerjasama berpasukan

Walaupun anda bekerja bersama-sama, anda tidak perlu menjadi kawan baik atau suka satu sama lain, tetapi anda perlu saling menghormati. Anda juga perlu galakkan kerjasama berpasukan agar setiap orang align dengan tugas masing-masing.

Pasukan yang mengamalkan komunikasi terbuka, berinteraksi secara profesional dan saling menyokong dalam mencapai matlamat mereka akan menghasilkan kerjasama yang lebih baik. 

4. Tetapkan matlamat kecil

Orang ramai suka kerja yang berstruktur. Mempunyai matlamat akhir dalam fikiran apabila datang bekerja bukan sahaja membantu hari bergerak lebih pantas, tetapi memberi peluang kepada pekerja untuk melihat hasil kerja keras mereka. 

Sama ada ia berlaku dalam satu hari atau beberapa bulan, seorang pemimpin harus mengarahkan pasukan mereka untuk menetapkan matlamat yang dapat dicapai dan mencabar. 

Dengan cara ini, ada objektif dalam fikiran dan garis penamat. Sesetengah orang berkembang dengan melihat hasil daripada potensi kepakaran mereka, mewujudkan cara yang agak nyata untuk mengukur prestasi mereka.

5. Tekankan kemahiran terbaik setiap orang

Memberi tugasan dan mengetahui apa yang terbaik untuk memanfaatkan kekuatan setiap ahli pasukan adalah epitome kepimpinan yang berkesan.

Pasukan anda akan menghargai anda kerana mengenali kemahiran mereka dan merasa seperti mereka menyumbang kepada sesuatu. 

Antara tanda seorang majikan yang hebat adalah bagaimana baiknya mereka membahagikan tugas. Bukan hanya tentang memberi tugas di sana sini, ia melihat potensi daripada seseorang kepada yang lain. 

Siapa yang boleh mengendalikan untuk membuat pemasaran dengan baik? Siapa pula boleh jadualkan e-mel yang bakal dihantar kepada pelanggan? Atau siapa pula yang berani duduk di hadapan kamera?

Ini pasti akan meningkatkan semangat pasukan anda. Ia akan menjadikan segalanya berjalan lebih lancar dan akan memotivasikan diri mereka untuk ingin meningkatkan bakat dan merasa dihargai dengan melakukannya.

Bukan perkara mudah

Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah. Apatah lagi nak menjadi pemimpin yang memberi inspirasi kepada pasukannya.

Anda sentiasa mempunyai banyak perkara yang perlu diuruskan untuk memastikan perniagaan kecil atau besar anda tidak tenggelam dan ahli pasukan anda tidak karam bersama kapal.

Jadilah pemimpin yang menginspirasikan para pekerja agar mereka selesa dan setia bekerja dengan syarikat anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply