5 Kesilapan Perlu Dielakkan Supaya Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda

Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul? Memang banyak perangai mereka yang perlu anda turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’, memang sakit kepala dibuatnya.

5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda

Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan anda ini. Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda.

Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda tak pandai jaga pelanggan. Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba lengkapkan apa yang mereka mahu.

Bagi memberi ‘pencerahan’ jelas untuk tajuk ini, jom kita sama-sama lihat apa 5 Kesilapan Perlu Dielakkan Supaya Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda :

  1. Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes. Tak kiralah anda berniaga secara online atau offline, ucapan terima kasih tu perlu diucapkan dan ditaip atau ditulis kepada pelanggan anda.

Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?

  1. Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. Anda perlu tahu sedalam-dalamnya tentang produk anda itu.

Jika ada pekerja, sewajibnya anda perlu ajar dan bagi training kepada mereka untuk faham produk anda itu. Selepas ini, anda dah tak perlu risau. Malah pekerja anda nanti akan tampak lebih yakin untuk menerangkan secara mendalam tentang produk anda itu. Barulah pelanggan pun tak teragak-agak untuk membeli kerana mereka yakin dengan segala maklumat yang telah disampaikan.

  1. Pilih Kasih Antara Pelanggan

Dah ada pelanggan, jangan pulak pilih kasih yer. Jagalah pelanggan anda tak kira dia siapa. Jangan lebihkan satu pelanggan dan tak hiraukan pelanggan yang lain. Nanti lari pulak pelanggan tu. Anda jugak yang rugi.

Apa yang boleh anda lakukan, layan pelanggan anda dengan baik. Nak tak nak anda memang perlukan mereka. Mereka ni juga nanti yang boleh ‘bawa mulut’ menceritakan tentang produk anda kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Haa kan dah dapat promosi percuma kat situ. Jadi hargailah pelanggan anda.

  1. Tidak Dengar Pandangan Pelanggan

Ada pelanggan yang suka memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Memang ada di antara mereka yang annoying dalam memberikan pendapat mereka. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka dengan produk anda itu. Akan tetapi anda janganlah cepat melatah atau marah ye.

Sebaiknya layan mereka dengan baik ketika mereka memberikan pandangan sesuatu produk itu. Kadang-kadang mereka perlukan kepastian. Apa yang anda boleh lakukan, berbincang dengan baik, dengar dan fahami masalah mereka. Dan jika boleh, selesaikan masalah mereka ketika itu juga.

  1. Terlalu Memaksa Pelanggan Untuk Membeli

Ini antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Ramai peniaga dan usahawan di luar sana kerap melakukan kesalahan ini. Jika mahu pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda, jangan memaksa mereka.

Dekati mereka dahulu, banyakkan engagement cuba tanya masalah yang mereka sedang hadapi atau apa yang boleh anda bantu mereka. Jangan terlalu kerap gunakan ayat ‘beli’ kerana nanti pelanggan menyampah dengan anda. Banyak kongsikan tips atau pun kongsi beberapa perkara berkaitan dengan produk anda itu. Dapat sesuatu?

Justeru itu, anda sebagai peniaga dan usahawan haruslah menjaga pelanggan agar mereka lebih senang dengan anda. Apabila mereka senang dengan anda maka mudah untuk mereka membeli produk anda.

Anda harus mementingkan pelanggan kerana apabila mereka hilang kepercayaan dengan anda, anda bakal kehilangan mereka. Dan jika kita lihat sini, platform media sosial juga turut diwujudkan bagi menghubungkan antara anda dan pelanggan. Bukan sekadar berniaga secara offline sahaja.

Inilah pentingnya hubungan pelanggan kepada peniaga atau usahawan. Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang anda mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan anda.

Artikel terbaru

14 Comments

Leave a Reply