Walaupun anda tidak boleh sentiasa mengawal perkara yang berlaku, namun anda boleh mengawal cara anda bertindak balas terhadapnya.
Berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang positif akan membuatkan anda mula menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai impian dan matlamat hidup.
Sebagai manusia, memang adakalanya kita tersungkur dengan situasi mencabar yang datang dalam hidup. Oleh itu, adalah penting untuk kita kekal bersemangat positif setiap hari. Berikut adalah 6 cara untuk kekal bermotivasi ketika melalui waktu yang sukar.
1. Meletakkan harapan dan jangkaan positif setiap hari
Anda akan mendapat apa yang diharapkan apabila anda menjangkakan sesuatu yang hebat akan berlaku untuk anda setiap hari dan ia pastinya akan berlaku.
Katakan dengan kuat setiap pagi kepada diri sendiri di hadapan cermin, “Saya menjangkakan sesuatu yang baik akan berlaku untuk saya hari ini!”
2. Baca dan dengar maklumat positif
Jika anda mengisi minda dengan maklumat yang membangkitkan semangat dan inspirasi, ia pastinya membuatkan anda menjadi lebih bermotivasi.
Pergilah ke kedai buku atau perpustakaan hari ini dan cari sekurang-kurangnya satu buku mengenai topik positif yang boleh memberi anda rangsangan minda.
Jika mahu lebih mudah, cari sahaja bahan bacaan bermanfaat di alam maya seperti yang anda sedang baca sekarang. Anda memerlukan peringatan berterusan yang mengingatkan diri bahawa anda mampu mencapai kejayaan.
3. Beri kata-kata penegasan positif pada diri
Perkataan mempunyai kuasa daya tarikannya yang tersendiri. Tidak kira apa yang berlaku di sekeliling anda, bercakap dengan lantang dan jelas tentang situasi apa yang anda mahukannya terjadi.
Tulis ikrar yang boleh anda katakan setiap pagi dan letakkan di tempat yang anda pasti dapat melihat dan membacanya setiap hari seperti di cermin bilik mandi atau peti sejuk anda. Jadikannya seperti ayat keramat buat anda!
4. Belajar daripada kesilapan, bukannya mengulanginya
Dalam hidup ini, kita semua melakukan kesilapan. Kuncinya ialah belajar daripada mereka dan terus bergerak.
Lakukan penilaian diri secara berkala dan periksa cara anda mengendalikan situasi dan perbezaan apa yang boleh anda lakukan pada masa akan datang. Tulis kemungkinan penyelesaian dan hasilnya supaya anda boleh memikirkan dengan betul solusi terbaik untuk menanganinya apabila berhadapan dengan masalah.
5. Ingatkan diri bahawa anda seorang pemenang
Sering kali kita lupa sejauh mana kita telah melangkah dan kejayaan yang telah kita capai. Tetapkan tanda pencapaian yang boleh anda bawa bersama untuk mengingatkan kembali diri bahawa anda adalah seorang pemenang.
Tidak kira besar atau kecil, cuba lihat seketika trofi, sijil dan lain-lain anugerah yang telah diraih atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan anda bersemangat apabila menghadapi saat-saat yang sukar dalam kehidupan.