WhatsApp adalah platform penyampaian mesej paling popular di dunia. Pada 2020, penggunanya telah meningkat sehingga ke 2 billion pengguna aktif setiap bulan.
Saluran pemasaran ini semestinya perlu diguna pakai oleh perniagaan yang ingin berhubung dengan orang ramai di kebanyakan negara.
Sebagai contoh, terdapat 340 juta pengguna WhatsApp bulanan di India dan hampir 100 juta di Brazil.
Walau bagaimanapun, platform ini juga merupakan pilihan terbaik untuk pasaran di Amerika Syarikat di mana 68 juta rakyat Amerika mengakses WhatsApp sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Pemasaran WhatsApp membolehkan anda terus berhubung dengan pelanggan memandangkan lebih separuh daripada pengguna WhatsApp menyemak aplikasi tersebut setiap hari.
Lebih menguntungkan, anda boleh cuba meyakinkan mereka dengan tawaran kerana mesej teks mempunyai kadar buka sebanyak 98%.
Selain itu, pelanggan akan lebih mempercayai sesebuah jenama apabila mereka boleh berkomunikasi, bertanya dan ‘bersembang’ mengenai produk yang dipasarkan.
53% orang pula mengatakan mereka akan membeli daripada syarikat yang boleh mereka berhubungan melalui ‘chat’.
Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat lebih banyak sebab untuk menggunakan WhatsApp dalam strategi pemasaran anda. Ia adalah peluang keemasan yang anda tidak boleh lepaskan begitu saja!
Terdapat empat kesan positif jika anda menggunakan WhatsApp untuk promosi perniagaan:-
1. Hubungan yang lebih mendalam bersama pelanggan
Lebih 55% individu berasa lebih dekat dengan sesebuah jenama jika mereka menggunakan aplikasi mesej. Ia menjadikan pemasaran WhatsApp sebagai strategi kalis peluru untuk membina hubungan erat yang berpanjangan dengan pelanggan.
Mengekalkan hubungan sedemikian dapat membantu jenama mengurangkan perbelanjaan kerana pengekalan pelanggan adalah 5-25 kali lebih murah daripada pemerolehan pelanggan baru.
Bukan itu sahaja, WhatsApp turut menyediakan ruang perniagaan yang mantap untuk sesuatu lebih peribadi.
Sebagai contoh, anda boleh menghantar mesej alu-aluan, tawaran istimewa, ucapan selamat hari lahir dan sebagainya.
Pendekatan sedemikian memastikan pelanggan rasa lebih dekat dengan jenama kerana lebih 70% pengguna mengatakan bahawa mereka hanya terlibat dengan mesej pemasaran yang bersifat peribadi.
2. Kadar penukaran yang lebih tinggi
Memilih saluran yang sesuai untuk hubungan awal anda dengan pelanggan adalah penting. Orang ramai mungkin tidak selesa berhubung melalui panggilan telefon, emel mahupun media sosial.
Di sinilah WhatsApp berfungsi untuk mendorong prospek anda ke arah pembelian kerana 40% daripada pelanggan memilih untuk membalas mesej WhatsApp mereka.
3. Jualan yang lebih baik
Pemasaran WhatsApp berfungsi sebagai ‘tongkat ajaib’ untuk jualan anda. Nak tahu tak, anda boleh menghasilkan lebih 27% potensi jualan petunjuk jualan hanya dengan menambah nombor telefon di laman web anda sahaja!
Nampaknya perhubungan melalui aplikasi mesej menimbulkan keyakinan kepada bakal pelanggan. Sekurang-kurangnya 66% berasa lebih optimistik tentang pembelian daripada syarikat jika ia aktif melayan pelanggan di ruangan ‘chat’ atau mesej.
4. Kos pemasaran yang lebih rendah
WhatsApp masih menjadi saluran pemasaran berpatutan yang menjadikannya menarik untuk perniagaan kecil.
Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan internet dan memuat naik aplikasi tersebut.
Di samping itu, kemungkinan mesej anda akan sampai kepada pelanggan juga adalah tinggi kerana secara purata, pengguna menyemak WhatsApp lebih 23 kali sehari.
Pemasaran WhatsApp mendorong lebih banyak conversion, meningkatkan jualan, membolehkan anda membina perhubungan berkualiti dengan pelanggan malah tidak melibatkan kos bagi penggunaan biasa.
Jadi, apakah alasan anda tidak mahu menggunakannya dalam bisnes anda?
RichWorks juga ada menyediakan kemudahan bagi usahawan dapat menggunakan WhatsApp marketing sebaiknya. Bukan sekadar anda boleh lakukan automasi mesej, malah pengurusan pelanggan di samping elakkan anda kena ban.
Nak tahu lanjut klik saja di pautan ini —> https://richworks.com/wwm/platform/