4 Checklist Tengok ‘Kesihatan’ Bisnes

Jom lihat 4 checklist ini untuk melihat kesihatan bisnes anda ketika ini. Daripada checklist ini, anda perlulah buat tindakan susulan untuk pastikan bisnes dapat terus bertahan dan berkembang walaupun dalam tempoh mencabar ketika ini.

Apatah lagi, sekitar 170,000 daripada 850,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi di negara telah terjejas ekoran pandemik jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mei lalu. Malah berdasarkan kaji selidik SME Corp Malaysia, kira-kira 73 peratus PKS dijangka mengalami kerugian pada 2020.

Berikut 4 Checklist – Kesihatan Bisnes Anda :

  1. Pengurusan Cash Flow
  • Daripada data kami, dapatan survei dijalankan kepada 100 usahawan SME kategori enterprise dan sdn bhd – sekitar 20% bisnes masih tidak jelas dalam soal cash flow. Sedangkan ia sangat penting bagi usahawan itu mempunyai rekod setiap transaksi, pendapatan dan perbelanjaan untuk pastikan bisnes anda dapat bertahan dan berkembang lagi. Cash flow atau aliran tunai sesebuah bisnes boleh dianggap ‘nyawa’ kepada sesebuah bisnes. Cash flow yang tak diurus dengan baik, contohnya perbelanjaan atau duit yang keluar lebih tinggi daripada duit yang masuk dalam bisnes akan buatkan bisnes anda tak dapat beroperasi sepenuhnya dan lebih parah terpaksa tutup. Bisnes bukan hanya soal untung atau jualan saja, tapi yang lebih penting sebenarnya adalah aliran tunai – pergerakan tunai ke dalam atau keluar bisnes.
  1. Caruman Gaji Pekerja
  • Sebanyak 68% bisnes dibawah enterprise didapati tidak buat caruman gaji pekerja sedangkan ia merupakan kemestian untuk mencarum mengikut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Sekiranya sesebuah syarikat gagal mencarum, mereka boleh diambil tindakan penjara tak lebih 3 tahun atau denda tak lebih RM10,000 atau keduanya sekali.
  1. Membayar Cukai
  • Hampir 50 peratus bisnes enterprise pula didapati tidak membayar cukai atau mematuhi arahan pembayaran cukai berkaitan. Untuk makluman, bisnes yang gagal mematuhinya akan dikenakan tambahan 10% tambahan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  1. Lesen Perniagaan
  • Kami juga dapati sekitar 35% usahawan tidak mempunyai lesen perniagaan. Lesen perniagaan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa dan Tempatan (PBT) penting bagi mengelakkan seseorang usahawan diambil tindakan undang-undang. Malah ia juga diperlukan untuk usahawan dapat membuat permohonan bagi bentuk bantuan dan geran yang ditawarkan Kerajaan.

Secara kesimpulan, sekiranya keempat-empat checklist ini dipenuhi menunjukkan bisnes anda berada dalam keadaan yang sihat. Sebarang cabaran atau masalah dihadapi lebih mudah diatasi ditambah ilmu, sistem dan MenThor yang bimbing anda berbanding bisnes yang tidak ada 4 checklist ini. Contohnya, Kerajaan ada mengumumkan dibawah Pakej PRIHATIN, PRIHATIN TAMBAHAN dan PENJANA untuk membantu rakyat dan bisnes di negara. Jika bisnes anda tidak berdaftar atau mencarum dibawah KWSP, sudah tentu sukar untuk mendapatkan bantuan seperti Geran Khas Prihatin (GKP) ataupun Program Subsidi Upah yang ditawarkan.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply