Pada 27 & 28 Julai 2024, RichWorks menjalankan program khas buat usahawan Spire yang berada dalam bimbingan hari ini. Alhamdulillah, berbekalkan ilmu, strategi dan sistem yang sentiasa ditambah baik untuk memastikan mereka mencapai kejayaan.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., kejayaan tersebut datangnya daripada ilmu, strategi dan sistem terbukti yang ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, katanya, kami mengumpulkan hampir 300 usahawan bimbingan Spire dan RichWorks dikumpulkan dalam program Inner Circle Forum (ICF) bagi melihat kembali perjalanan bisnes mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam ke 12 bulan.
“ICF ini merupakan inisiatif RichWorks bagi mempersiapkan usahawan Spire dalam pementoran kami dengan ilmu dan strategi penting untuk berdepan pelbagai cabaran pada masa ini.
“Setiap minggu mereka juga ada sesi khas bersama mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara dalam talian dan ICF ini bagi kami dapat jumpa berdepan bagi melihat perkembangan bisnes.”
Radz Mohd.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi RichWorks, Suley Nordyana Yahya; Ketua Bimbingan dan Pementoran, Hafiz Jasmi dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Liz Ibrahim.
Tambah Radz, seramai 87 usahawan juga akan menerima anugerah bagi pencapaian mereka dengan jualan RM1 juta ke atas pada 2023, alami pertumbuhan lebih enam peratus dan jualan RM500,000 ke atas dalam enam bulan tahun ini serta berjaya upgrade ke pementoran Titanium. Salah seorang usahawan Spire juga menyaksikan pertumbuhan hingga 5,000 peratus dari Januari hingga Jun lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, Radz kongsikan, modul dalam pementoran Spire juga kami gunakan dan tambah baik dalam Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) hasil kolaborasi dengan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang berjaya lahirkan 21 usahawan desa (terkini) capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 12 bulan.
“Pencapaian ini berlaku disebabkan RichWorks yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu ada formula kejayaan seseorang usahawan untuk bina bisnes yang berjaya.
“Hasil pengalaman dan ilmu yang sentiasa ditambah baik bersama barisan speaker dan mentor berpengalaman serta komited untuk memperkasa usahawan yang nak alami pertumbuhan dalam bisnes.”
Radz memberitahu, jika ada usahawan di luar sana turut nak alami pertumbuhan dalam bisnes boleh berhubung dengan pasukan RichWorks kerana peluang sentiasa ada meskipun pelbagai cabaran yang pastinya dihadapi bangsa usahawan mengikut tahap masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, mereka boleh hubungi RichWorks di talian +60192442244 atau layari richworks.com.