Database ataupun data. Ramai je orang tahu yang data adalah sangat penting dalam bisnes dan yang bestnya ramai pun tak tahu yang sebenarnya data adalah penting. Data pelanggan adalah sangat penting dalam bisnes.
Ramai yang tanya bagaimana nak kumpul database? Macam mana nak buat database ni? Database ni apa yang kena ada? Ini ilmu basic ja yang anda perlu tahu. Database ada 3 je proses yang paling penting untuk usahawan.
Langkah Pertama – Mengumpul
Langkah pertama adalah mengumpul database. Macam mana nak kumpulkan database? Ada banyak cara untuk kumpulkan database. Mungkin anda boleh buat lucky draw, mungkin contest, mungkin juga boleh buat membership card. Sebenarnya ada banyak cara tentang kumpulkan database.
Langkah Kedua – Menyimpan
Dah kumpul kena lah simpan. Betul betul? Ramai orang dah kumpul-kumpul tapi tak tahu pulak nak simpan kat mana. Ada yang dalam handphone ada yang di tempat pos laju, ada yang kat dalam kotak bisnes kad, ada yang macam-macam lagi tempat simpan malah ada yang tak simpan-simpan pun. Ada yang simpan bertahun-tahun pulak lamanya. Dah ‘bersarang’ database anda tu.
Langkah Ketiga – Menggunakan
Macam mana nak menggunakan? Kita boleh menggunakan email, sms, WhatsApp dan pelbagai cara kita boleh gunakan. Muungkin juga kita boleh gunakan data kita ini untuk buat FB Ads.
Jadi kesimpulannya ada 3 proses untuk mengumpul database iaitu mengumpul, menyimpan dan menggunakan. Apa yang kita nak start dulu? Macam mana kita nak start dulu? Of course lah kita kena start dengan mengumpul.
Kalaulah kita tak boleh mengumpul, macam mana kita nak menggunakan? Kau nak guna apa, data pun tak ada? Betul? Nak hantar SMS kat siapa kalau tak simpan? Ramai orang dah simpan lama-lama, bertahun-tahun simpan, last-last tak tahu nak menggunakan kat mana. Lepas tu ada pulak yang sibuk nak menaip. Satu-satu taip, hantar SMS sorang-sorang. Sampai bila nak habis?
Jadi anda fahamkan 3 proses kumpul database ini betul-betul. Inilah proses paling simple yang anda boleh lakukan. Guna proses ini untuk memudahkan anda kumpul database. Anda dah mula kumpul database?
4 Comments
hai team richworks yang dimuliaka, saya nak tanya macamana saya nak tahu sistem yang boleh digunakan untuk menghantar email, sms atau wasap secara serentak.
Hai Cik Puan Yatie Ismail..untuk makluman kami ada program khas untuk pertanyaan cik puan..mohon untuk cik puan tinggalkan nombor telefon untuk saya bantu ber penerangan lanjut atau boleh juga menghubungi saya di 0162477450 – Izzati Richworks
Kumpul: cari pelanggan melalui pelbagai kaedah cthnya lucky draw. Business card dll.
Simpan: simpan semua database ke tempat yg sesuai cth hp. Buku nota.email dll
Guna:guna semua database yg kita ada utk tarik pelanggan
Howdy, i read your blog often and i own an analogous one and i used to be simply wondering if you get a lot of spam comments? If thus how do you stop it, any plugin or anything youll be able to advise? I get thus much lately its driving me mad so any help is very abundant appreciated. It costs about $10 more on a comparable HP printer, and $75 on a Canon.