3 Perangkap kepada Baru Nak Berniaga

3 perangkap kepada baru nak berniaga
3 perangkap kepada yang baru nak berniaga

Baru nak berniaga, tapi tak mula-mula lagi sebab pelbagai faktor atau alasan yang diberikan kepada diri sendiri.

Sekarang ekonomi tak bagus, pandemik ini bisnes banyak jatuh, tunggulah bulan depan, tengah ‘research’ produk lagi dan bermacam-macam lagi alasan yang ada.

Sedangkan untuk bermula, memerlukan keberanian berserta ilmu dan bimbingan yang betul dalam bisnes.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, sebenarnya tidak perlu masa yang terbaik untuk memulakan perniagaan.

“Masalah anda bukan pasal marketing, tapi masalah anda adalah nak keluarkan keberanian dalam diri anda”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Untuk bina bisnes yang berjaya tidak berlaku sekelip mata, ia mengambil masa dan melalui proses-proses berkenaan.

Sebab itu, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sering menyatakan kita kena ‘trust the process’. Sebagai usahawan kita perlu ada ilmu, sistem dan MenThor agar lebih memudahkan untuk mencapai matlamat dalam bisnes.

MenThor juga kenalah yang betul, telah terbukti melahirkan ramai usahawan berjaya. Barulah seseorang usahawan itu boleh mendapatkan lebih kepastian dalam ilmu dan bimbingan yang diterima.

Seperti RichWorks sendiri, sejak bermula pada 2008 telah membimbing dan melatih lebih 1.1 juta usahawan dengan ramai anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman mencapai 1 juta pertama mereka bahkan ada yang dari kosong telah capai RM100 juta pertamanya.

Berikut kami kongsikan dengan anda perkara yang membuatkan seseorang itu yang nak mula bisnes tapi tak mula-mula lagi.

3 Perangkap Baru Nak Berniaga :

Perangkap 1 – Mencari idea bisnes yang sempurna

Anda tercari-cari idea yang sempurna untuk memulakan bisnes. Apa produk atau servis yang belum orang lain buat atau ia sudah banyak dilakukan orang lain, produk biasa saja dan sebagainya.

Sedangkan kalau anda lihat produk atau servis ditawarkan di luar sana tidaklah begitu bagus atau sedap ‘gila’. Tapi ia mendapat sambutan orang ramai hingga menyaksikan jualan berjuta ringgit. Mesti ada cara dan sebabnya.

Perangkap 2 – Cari penyelesaian seorang diri

Anda akan membuang masa dengan mencari penyelesaian atau cara untuk mula berniaga seorang diri. Ya anda mungkin boleh buat kajian sendiri namun adakah perkara yang didapati daripada buku atau internet memberikan kejelasan dan kepastian untuk anda bertindak.

Pastinya akan ada banyak persoalan timbul namun anda tidak ada sesiapa untuk bertanya dan mendapatkan pandangan mereka.

Anda memerlukan mereka yang pakar dan berpengalaman iaitu MenThor atau usahawan yang sudah berjaya untuk bantu anda.

MenThor juga dapat memberitahu apa perlu dilakukan dan tak perlu lakukan berdasarkan ilmu dan pengalamannya yang telah pun terbukti melahirkan usahawan berjaya.

Perangkap 3 – Tak ada sistem

Anda perlu bangunkaan sistem untuk memastikan bisnes yang nak dibuat dapat bermula. Sistem untuk memastikan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dan disediakan untuk anda mula berniaga.

Jika tidak, anda hanya akan berterusan berimpian untuk memulakan perniagaan tanpa menyaksikan sebarang hasil.

Apa boleh anda lakukan?

Mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada MenThor dan pakar merupakan shortcut atau jalan pintas untuk anda mula berniaga dan lebih pantas mencapai matlamat.

Hanya melalui cara ini saja membuatkan anda mendapatkan langkah atau penambahbaikan yang cepat dalam bisnes berikutan mereka telah melaluinya dan menyaksikan results.

RichWorks sendiri berpegang kepada result matters.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply