Starbucks Coffee, nama tidak asing lagi bagi masyarakat dunia, termasuk di Malaysia.
Pelanggan mungkin tidak kenal dan tidak kisah siapa individu penting di sebalik jenama terkenal ini yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada bangsa usahawan.
Starbucks diasaskan oleh Jerry Baldwin, Zev Siegl dan Gordon Bowker. Pelan awal mereka adala untuk menjual biji kopi berkualiti tinggi bersama dengan peralatan pemanggang kopi.
Starbucks terus berkembang dengan penglibatan Howard Schultz.
Howard lahir pada 19 Julai 1953 di Brooklyn New York datang daripada keluarga miskin, anak kepada bekas tentera US dan pemandu trak yang bernama Fred Schultz dan ibunya Elaine.
Itu kisah pengasasnya, kita lihat pula apa pemasaran yang dilakukan Starbucks.
1. Pilihan tengah
Starbucks memanfaatkan trik pemasaran psikologi centre stage effect atau pilihan di tengah.
Menu di starbucks dibuat sangat sederhana, berurutan dari atas ke bawah. Itu memudahkan pembeli melihat minuman yang akan dipesan.
Jika pelanggan baru atau jarang ke Starbucks, kebiasaanya akan memilih minuman pada pilihan paling tengah.
Menurut Kent Hendricks, responden kajian berkelakuan dengan cara yang sama apabila memilih nombor antara dua nombor lain. Mereka berat memilih ke arah tengah.
Dalam salah satu kajian pertama yang mendokumentasikan fenomena ini, orang ramai diminta memilih nombor antara 1 dan 12.
Hasilnya, 58.9% daripada respondan memilih nombor 5, 6, 7, dan 8. Kesannya lebih ketara apabila peserta ditawarkan hadiah wang tunai untuk tekaan yang betul: 76% memilih salah satu daripada empat nombor tengah.
2. Memilih ukuran sedang
Kecil (small), sedang (grande) atau venti (besar), yang mana satu pilihan anda?
Kebiasaannya, pelanggan baru atau jarang ke Starbucks akan memilih ukuran sedang.
Pelanggan akan selesa memilih ukuran sedang berbanding besar atau kecil.
Dalam psikologi pemasaran, pilihan tersebut dikategorikan sebagai compromising effect dimana orang akan memilih ukuran di tengah-tengah.
Tak hanya itu, pemilihan ukuran tengah membuatkan pelanggan tidak harus membayar paling mahal untuk sebuah produk namun tetap mendapatkan kualiti dan cita rasa memuaskan.
3. Takut ketinggalan zaman
Ya, Starbucks takut ketinggalan zaman atau Fear of Missing Out. Apabila ada perayaan tertentu kadang-kadang kita tertunggu-tunggu atau tertarik dengan edisi khas produk yang ditawarkan.
Walau bukan peminat setia Starbucks, tetapi dek kerana sesuatu yang menarik dan edisi khas dapat menawan hati pelanggan.
Walau telah beroperasi sekian lama, mereka mengikut arus dan trend pemasaran semasa termasuk menerusi media sosial dengan efektif.
Pada masa sama, Starbuck juga amat mengambil berat dengan kualiti produk yang ditawarkan.
Selain kita boleh belajar strategi pemasaran yang dilakukan Starbucks, latar belakang Howard juga boleh dijadikan inspirasi.
Tak kira latar belakang keluarga, itu bukan tiket penentu masa depan. Pilihan di tangan anda, sama ada mahu berjaya atau masih kekal berada pada takuk yang sama.
Trust the proses, jangan pernah berputus asa. Kejayaan sentiasa menanti orang yang berusaha.
2 Comments
Alhamdulilah Syukur
Elmu yg diberi Amin yrb
Tq Team Richworks International
👍
Alhamdulillah! Semoga bermanfaat kepada semua!