13 TAHUN RICHWORKS: KE MANA SASARAN SETERUSNYA MENJELANG 2023

13 TAHUN RICHWORKS: KE MANA SASARAN SETERUSNYA MENJELANG 2023

13 Jun 2021 genaplah 13 tahun RichWorks International mengukir nama di persada perniagaan tanah air. Bermula dari sebuah syarikat yang kecil sehingga sekarang mampu berdiri megah mengibarkan panji semangat 1.1 juta peserta dan usahawan Malaysia yang gigih menimba ilmu perniagaan dengan formula yang betul.

Jika menoleh kembali, 13 tahun bukan tempoh masa yang mudah. Onak dan duri sentiasa ada di setiap perjalanan dan pastinya bersilih ganti dengan manisnya kejayaan dari setiap perjuangan yang saya pertahankan. Turut menjadi kebanggaan adalah melihat wajah-wajah mereka yang bernaung di bawah kami mencapai kejayaan yang diimpikan. Jenama anak tempatan terus berjaya dilahirkan bermula dari zero sehingga akhirnya meraih jutaan ringgit. Perusahaan seperti Bougas Beauty, MommyHanna, Mutyara by Tya, Mutiara Jati, Anggun Cotton dan Azdan Quranic Centre terus berkembang membuka pelbagai peluang pekerjaan secara tidak langsung memberi khidmat pada bangsa dan agama.

Malah, jika anda menelusuri jalan utama, pasti anda dapat melihat papan iklan jenama ternama Najib Asaddok, Nurraysa, Sabella, Noir, Hasnuri, Faith Fleur dan banyak lagi berdiri megah melambangkan kejayaan masing-masing. Semua usahawan anak tempatan didikan kami ini memberi semangat untuk RichWorks melangkah lebih jauh. RichWorks sama sekali tidak akan berhenti malah akan terus berjuang untuk mencapai sasaran lebih gemilang menjelang dua tahun ke hadapan. Inilah tanda aras jangka pendek perjuangan, impian dan harapan RichWorks untuk anak bangsa dan seluruh rakyat Malaysia.

Antara perincian sasaran RichWorks International buat rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 adalah:

1. Melahirkan Sekurang-Kurangnya 1 Juta Bangsa Usahawan Berdaftar Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pada tahun 2020, bermula April hingga Julai, 82,555 perniagaan baru didaftarkan di SSM ketika PKP. Pada masa yang sama terdapat lebih 4,542 perniagaan ditutup namun jumlah pendaftaran baru ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 95% peratus. Ini menunjukkan ramai yang mempunyai kesedaran dan keinginan berniaga lebih-lebih lagi ketika cabaran pandemik. Bezanya mungkin mereka masih takut dan tidak tahu caranya untuk bertindak.

RichWorks ingin mensasarkan sekurang-kurangnya 1 juta usahawan baru dilahirkan seterusnya memberi mereka bimbingan yang berkesan untuk ubah hidup melalui perniagaan. Pasti sasaran ini mampu dicapai sekaligus membantu lebih ramai anak bangsa dan rakyat Malaysia menjadi berani dan berdaya saing dalam bidang perniagaan.

2. Membimbing Sekurang-Kurangnya 10,000 Usahawan Untuk Mencapai RM1 Juta Jumlah Jualan Tahunan

Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi peniaga dan pengusaha. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati melalui petikan akhbar Harian Metro pada 26 Mei 2020, terdapat 92.13% peratus usahawan di Malaysia memerlukan bantuan kewangan dan hidup susah.

Bayangkan dari jumlah itu, 40.45% peratus memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan memulakan perniagaan.

Justeru itu, RichWorks akan memberi tumpuan untuk meningkatkan tahap jualan sekurang-kurangnya 10,000 pengusaha di bawah bimbingan kami mencapai jualan RM1 juta pertama.

3. Memberi Sokongan Dan Bimbingan Pada Lebih 1,000 Perniagaan Untuk Mencapai RM10 Juta Jumlah Jualan Tahunan

Semenjak PKP 1.0, sejumlah 100,000 PKS gulung tikar. Justeru itu, RichWorks mensasarkan untuk 1,000 perniagaan mendapat sokongan dan bimbingan bagi mencapai RM10 juta jumlah jualan di tahun 2023.

Kami beri contoh Nurraysa Beauty yang terkenal dengan tagline “Apa Sa??” yang sering meniti di bibir ramai pengguna. Produk yang terkenal ini diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepli sebenarnya hanya bermula dari rumah dan telah melalui pelbagai proses untuk berada di tahap sekarang. Pastinya jika tiada bimbingan dari RichWorks, mungkin sukar kita melihat produk ini berada di tahap sekarang apalagi untuk mencecah jualan RM30 juta.

4. Membimbing Lebih Ramai Usahawan Dalam Mendapatkan Dana, Khidmat Nasihat Perniagaan Dan Konsultasi Sehingga Tersenarai Dalam Bursa Saham

Sebaik sahaja usahawan menjadi pelajar di RichWorks, mereka akan dibimbing mengikut peringkat demi peringkat agar mencapai sasaran yang sesuai. Ini adalah bagi memberi mereka persediaan yang lengkap walaupun mereka bermula dengan zero pengetahuan. Persediaan berperingkat ini penting agar sebaik sahaja mereka mencapai peringkat Titanium Mentorship, mereka bersedia dan yakin melangkah lebih jauh untuk berkembang ke taraf lebih cemerlang sehingga mampu tersenarai di Bursa Saham.

Seperti apa yang dibuktikan jenama Noir oleh Puan Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu. Minat membuat Live di Facebook membuatkan peningkatan followers dari 300 orang ke 80 ribu orang dalam masa kurang dari 2 bulan. Kesan mengikuti program RichWorks, Noir yang pada awalnya hanya mengeluarkan krim sunblock 500 unit kini mampu mencapai jualan RM32 juta di tahun 2020. Malah, kini terpampang 100 unit papan iklan Noir di seluruh Malaysia.

5. Melahirkan Usahawan Cemerlang IT Dan Digital

Terdapat lima bidang digital yang perlu usahawan kuasai iaitu jualan dengan sistem digital di tempat jual, pengurusan pelanggan dan penggajian sumber manusia, perolehan, e-dagang dan kerja jarak jauh (remote).

RichWorks mengambil pendekatan ini dengan penganjuran seminar percuma secara online iaitu Workshop Kuasai Social Media (WKSM) dan Zero Kos Marketing (ZKM) untuk lebih ramai usahawan mendapat manfaat dan bimbingan asas dalam bisnes online.

Sebenarnya, ramai peniaga masih buntu dalam memanfaatkan platform online. Jenama Hasnuri yang diusahakan oleh Tuan Hasbullah dan Puan Noriah, seorang guru dan seorang akauntan. Mereka bermula dengan menjual di tapak-tapak event dan meletakkan apa saja barangan yang diambil dari Thailand.

Setelah menyertai RichWorks, mereka menyedari cara pemasaran yang betul bukan bergantung pada event semata-mata. Mereka mula memasarkan jenama Hasnuri di online dan mula mendapat hasilnya. Bayangkan jika mereka tidak bertindak pantas dan berusaha mendapatkan Mentor? Pasti sampai sekarang mereka akan tercari cari peluang niaga hanya di tapak-tapak event.

Perancangan Jangka Pendek 5 Sasaran RichWorks

Lima sasaran ini adalah perancangan jangka pendek yang pastinya disusun untuk melakar lebih banyak kejayaan usahawan negara ini. Matlamat dan niat RichWorks dari awal penubuhan sehingga 13 tahun berdiri cemerlang tidak akan berubah malah akan memastikan bangsa usahawan terus mampu bertahan walau apa situasi mendatang.

Lebih-lebih lagi hampir 2 tahun berdepan dengan pandemik. Melihat usahawan menyerah diri pada kami lalu menerima bimbingan sekaligus mencapai hasil luar biasa pastinya menjadi kepuasan terbaik bagi kami.

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Terbaru, penglibatan saya bersama syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, syarikat Manage Pay Systems Berhad (MPay) pastinya membuka peluang buat anak bangsa saya dan rakyat Malaysia untuk terus memperkasakan perniagaan mereka menggunakan teknologi dan ke arah pendigitalan dalam sistem perniagaan. Usahasama ini juga adalah untuk memastikan bangsa usahawan kita tidak ketinggalan dari segi teknologi sekaligus membantu mereka berurusan dengan pelanggan tanpa perlu dibatasi jarak dan waktu.

Saya beri contoh satu kisah yang memberi saya inspirasi untuk membimbing usahawan. Tahun 1954, seorang lelaki bernama Roger Bannister melakukan larian sejauh 3 batu dalam masa 4 minit. Ramai yang merasakan rekod ini mustahil diatasi.

Namun, siapa sangka dengan rekod beliau, pendapat dan keyakinan awam turut berubah apabila ramai yang cuba memecah rekod tersebut. Dan sekarang, beribu-ribu atlit telah membuktikan kemampuan melepasi tanda aras rekod ini. Ini menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil dicapai malah jika ada seorang yang memulakan dan meletakkan tanda aras, pasti akan ada ikutan. Tanda aras inilah yang cuba saya letakkan selama ini.

Alhamdulillah, RichWorks telah berjaya buktikan ramai usahawan boleh dapat hasil jualan jutaan ringgit walaupun ada yang bukan bermula dari kesenangan. Malah ada yang dari zero pengetahuan. Dari tanda aras yang saya dan RichWorks hasilkan ini juga, ramai yang mula membuka mata dan berjaya hasilkan jualan dari RM1 juta pertama hingga ke puluhan juta seterusnya dan ada juga yang cecah jualan ratus juta. Ini boleh dilihat dari kisah-kisah kejayaan usahawan jutawan yang dilahirkan oleh RichWorks sepanjang 13 tahun.

Sebenarnya, apa yang penting adalah kepercayaan untuk berubah dan berjaya. Buat mereka yang setia bersama kami selama ini, saya ucapkan terima kasih dan teruskanlah untuk sentiasa ‘Trust The Process’ kerana anda berhak capai impian anda.

Sementara itu, jangan terlepas untuk mengikuti sesi khas bersama saya secara langsung mengenai RichWorks 13 Tahun : Di Mana RichWorks & Ke Mana Selepas Ini & Apa Ada Pada MPay Berhad di semua platform media sosial termasuk Telegram Azizan Osman Official pada pukul 9 malam Ahad (27 Jun 2021).

Yang Benar,

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia,

Artikel terbaru

17 Comments

  • NOR ROFEAH ABDULLAH SANI

    Alhamdulillah
    Syukur
    Looking Fwd to join d MPay Program thru RICHWORKS Mentoring soonest.
    SUKSES SOKMO!

    ever,
    CN @ Che Nuun 011-10594933

  • Siti fatimah bt Teh

    Maksu nasi ayam madu perlukn ilmu pemasaran dn pentadbiran yg lebih baik

  • Safiee Bin Hanapi

    Saya antara yg follow rapat DW. Malah saya pernah join spire tahun lepas. Walaupun saya belum berjaya, jutaan terima kasih atas bimbingan DW. Moga saya masih berpeluang join spire Lepas ni. Love you DW dan Richworks.

    • Team RichWorks

      Moga segala Doa dan Harapan Tuan dimakbulkan dan dipermudahkan. Semoga bisnes semua terus maju. Terima kasih atas sokongan berterusan Tuan

  • Sy nak kebebasan kewangan, nak ubah kehidupan sy capai impian sy dan nak bantu org lain uabh kehidupan mereka jadi lbh baik

    • Team RichWorks

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

  • Ahmad Farhan Jaliluddin

    Assalamualaikum
    Salam sejahtra.. Saya mempunyai masalah yg berlaku sejak sekian lama… Berulang2 berlaku.. Saya buka perniagan yang tak pernah kekal.. Why? Please help me

    • Team RichWorks

      Waalaikumsalam, kami cuba bantu. Tinggalkan no telefon untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai

  • Ahmad Farhan Jaliluddin

    I cant be strong in bisnes

    • Team RichWorks

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

  • Zamri Zulkifli

    Tq very much for the info

  • Mila Zita Isamudin

    Bagaimana says ingin ubah nasib saya walaupun saya dah berumur?saya ingin capai impian saya sebagai usahakan Dan memiliki bangunan perniagaan sendiri untuk do warisi Dan saya ingin membantu org2 yang susah Dan miskin lebih2lagi keluarga saya

    • Team RichWorks

      Mulakan langkah demi langkah

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

  • Ingin diketahui tentang usaha saya yg sudah saya usahakan supaya maju lagi kedepannya

    • Team RichWorks

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

Comments are closed.