10 Cara Bina Strategi Dalam Perniagaan

strategi

Impian ada, cita-cita ada, tapi adakah anda ada strategi? Visi tanpa strategi hanyalah ilusi kerana dalam hidup ni, semua benda kena ada strategi. 

Nak buat je, memang boleh. Tapi kalau salah langkah, anda yang rugi.

Bagaimana anda merangka strategi perniagaan? Jika belum berniaga tapi dah ada idea untuk menjalankan perniagaan, apa agaknya strategi yang bakal digunakan?

Sebagai usahawan, anda perlu cepat bina strategi sebelum pesaing anda melakukannya. Perniagaan kena cepat dan pantas!

Cara bina strategi perniagaan

1. Berkawan dengan pesaing dalam industri yang sama

Strategi pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan sertai apa sahaja kumpulan atau persatuan yang menghimpunkan usahawan dalam industri yang anda jalankan. Dari situ, anda akan dapat mengumpul sebanyak mungkin info tentang selok-belok perniagaan dan pasaran.

2. Dapatkan maklumat hasil kajian industri

Biasanya, pakar industri atau universiti ada menjalankan kajian-kajian yang berguna terhadap pasaran. Kajian yang dijalankan biasanya dibiayai oleh syarikat besar yang cuba mempromosikan produk mereka atau oleh kerajaan. 

Di sini anda boleh tahu sejauh mana produk anda boleh dipasarkan dalam pasaran tempatan dan juga global.

3. Bulatkan tekad

Teruskan sahaja, jangan fikir dua kali. Anda kena tegas dengan apa yang anda nak buat. Biarlah apa yang bakal berlaku, anda mesti tetap dengan keputusan yang nak diambil. Jangan buat separuh jalan. Yang penting, jangan lupa berdoa.

4. Lawan perasaan dalam hati

Otak kata jangan, tapi hati masih mahu. Bila dah mula rasa hati berbelah bagi, sukar untuk kita rasa yakin pada diri sendiri. Sedangkan kita sebenarnya cukup serba-serbi. Lawan suara hati yang negatif. Tak semua yang kita nak, perlu ikut. Bezakan mana yang perlu dan tidak.

5. Lakukan perubahan sedikit demi sedikit

Bina keyakinan diri dengan melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah cara bina keyakinan diri.

Dengan melakukan sedikit demi sedikit setiap hari, ia memberi peluang kepada kita untuk memupuk tabiat yang baru. Bukan sesuatu perubahan yang drastik!

6. Keluar dari zon selesa

Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risiko. Ramai orang yang tak berani mengambil risiko adalah kerana takut akan kegagalan. Percayalah, anda patut lebih takut pada kegagalan berbanding takut kerana mengambil risiko.

Sama seperti nak bermain roller coaster, dalam pada masa yang sama anda takut. Jika anda berani menaiki roller coaster, itu adalah satu pencapaian kerana anda berani membuat tindakan dan pengalamannya juga turut berbaloi.

Begitu juga dalam perniagaan, kadang kala ada situasi yang perlu kita ambil risiko supaya kita dapat keluar dari kepompong zon selesa, dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Keluar dari zon selesa adalah salah satu cara untuk jadi kaya.

7. Buat research industri luar negara

Cari maklumat dari negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Lihat juga bagaimana negara jiran yang lebih maju seperti di Singapura melakukannya. Selepas itu, adaptasi cara tersebut dalam bisnes anda.

8. Jaga hubungan dengan usahawan lain dari industri berkaitan yang bukan pesaing

Jika anda dalam perniagaan Pest Control contohnya, anda perlu berkawan dengan mereka dari industri cleaning atau maintenance. Peniaga makanan boleh berkawan dengan usahawan minuman atau jualan langsung. Penjual produk pakaian kanak-kanak boleh berkawan dengan usahawan industri pendidikan.

Cara ini memberi anda banyak maklumat untuk anda mengatur strategi pemasaran dan juga operasi perniagaan yang dijalankan.

9. Jaga hubungan dengan usahawan dari industri lain

Jangan duduk dalam circle yang sama je. Usahawan dari industri lain boleh bantu memberikan maklumat yang berguna untuk perniagaan kita secara umum. Adakalanya, strategi yang digunakan mereka juga boleh diadaptasi dalam perniagaan kita walaupun berbeza jenis perniagaan.

10. Korek ilmu dari bahan bacaan

Membaca adalah jambatan ilmu. Ini sangat tak boleh nak dielakkan jika usahawan nak pergi jauh. Bahan bacaan yang betul memberikan maklumat terhadap sesuatu perkara yang telah terbukti berdasarkan kajian yang mendalam.

Selain itu, dengan membaca ilmu akan bertambah dan strategi akan meningkat.

Buat tindakan untuk capai matlamat

Strategi bukan sekadar perancangan, tetapi tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat yang jelas. 10 cara yang dikongsikan ini adalah langkah-langkah penting yang boleh anda gunakan untuk membina perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

Ingat, dunia perniagaan bergerak pantas, dan usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak hanya mempunyai visi, tetapi juga strategi yang tepat.

Artikel terbaru

Leave a Reply