Tentang Kami

Richworks International Sdn Bhd merupakan syarikat pembangunan keusahawanan progresif yang kini menumpukan dalam pementoran secara dekat bagi bangsa usahawan yang berdedikasi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membina perniagaan yang berjaya. Melalui bimbingan, program latihan dan strategi inovatif, RichWorks merevolusikan ekosistem keusahawanan PKS di negara.

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. 

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia. 

Sasaran kami adalah untuk menjadi sebuah institusi yang dapat membimbing dan melatih usahawan-usahawan bagi mempertingkatkan tahap ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah RichWorks

2009

Titik permulaan

Kewujudan program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 2009 ternyata menjadi titik mula kepada RichWorks ketika itu untuk mula ‘sibuk’ menganjurkan program ini berterusan dari tahun ke tahun. Peserta yang menyertai program ini akan mula jatuh cinta dengan program yang mana dapat memberi semangat baru buat mereka yang menyertainya.

Selepas diperkenalkan pengasas kepada RichWorks iaitu Dr Azizan Osman. Program pertama yang dijadualkan pada 1 hingga 2 Ogos 2009 di Malaysia International Echibition & Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur ini membantu seramai 1,299 orang peserta yang hadir untuk mengubah hidup mereka. Dan seterusnya, program ini terus mendapat perhatian dan demi membantu lebih ramai peserta, kami anjurkan 6 lagi program IMKK pada bulan November dan Disember.

Penambahbaikan

Program IMKK pada mulanya berlangsung untuk 2 hari namun selepas beberapa faktor dititikberatkan, ia dilanjutkan kepada 3 hari bermula pada bulan Julai 2010 bagi memberi lebih banyak input kepada peserta yang hadir pada program ini. Beberapa pengisisan program ditambah bagi memberi ruang kepada peserta untuk lebih mendalami dan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik sama ada di dalam kerjaya atau perniagaan.

2010

2011

Bertaraf antarabangsa

Pada April dan Julai, 2 program sahaja dianjurkan untuk tahun 2011. Program Intensif bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan oleh Dr Azizan Osman ini telah mengajar peserta untuk menarik keberkatan di dalam hidup. Beliau adalah pembimbing, guru, serta mentor, jurulatih kejayaan yang berkongsi untuk lebih menjana kekayaan dan kejayaan.

penambahan kandungan

Pada 10 hingga 13 May 2012, buat pertama kalinya program IMKK dijadualkan selama 4 hari untuk memberi lebih banyak input kepada peserta yang menghadapi tekanan hidup dan pelbagai masalah seperti masalah kewangan, hutang yang membelit diri, stress dengan hidup, kobocoran wang, ditipu, rasa tidak bahagia dan sebagainya. Hakikatnya ramai orang yang hidup dikelilingi oleh masalah demi masa tanpa mencari punca masalah itu berlaku. Jadi dengan adanya program ini, ia dapat membantu mereka untuk mengubah hidup dengan lebih baik.

2012

2013

Peningkatan peserta

Jumlah peserta yang hadir pada program IMKK telah melonjak kepada 2 hingga 5 ribu orang untuk setiap satu progam ini dianjurkan. Intensif MENTOR Kekayaan & Kejayaan dijenamakan semula namanya kepada Intensif MAGNET Kekayaan & Kejayaan. 

Jutawan dihasilkan

Kami bersyukur diberi kemampuan dan peluang untuk bantu ramai peserta program menjadi usahawan jutawan. Kami mahu gandakan tindakan untuk membantu lebih ramai usahawan dan peserta untuk mengubah hidup mereka.

2014

2015

Penambahan program

Sepanjang tahun ini, sebanyak 6 program kami anjurkan program IMKK untuk peserta yang semakin sentiasa dahagakan ilmu dan ingin ubah hidup. Kami komited untuk membantu lebih ramai usahawan di  luar sana untuk sama-sama perbaiki bisnes untuk jadi lebih berjaya dan cemerlang. 

Penyebaran sayap richworks

Misi Richworks International bersama Dr Azizan Osman untuk mendidik, menginspirasi dan menambah nilai semakin luas dan mendapat tempat di hati masyarakat. Kemajuan dunia teknologi dan peradaban manusia menyebabkan manusia sentiasa dahagakan ilmu dalam kehidupan. Hasil daripada sokongan dan penglibatan secara langsung atau tidak langsung peserta bersama Richworks International, kami teruskan misi untuk membantu lebih ramai peserta dalam RichWorks untuk memberi manfaat khasnya buat para usahawan di Malaysia dan Asia. Buat pertama kalinya, IMKK dilangsungkan di negeri di bawah bayu iaitu Sabah dengan jumlah peserta seramai 1,664 orang.

2016

2017

best business mentorship

Richworks International melakar memori terhebat dalam sejarah penglibatannya dalam bidang pendidikan perniagaan, apabila dinobatkan sebagai Best Business Mentorship Provider untuk kategori Regional Brands dalam Majlis Pengiktirafan Asia Halal Brand Awards pada 15 Disember 2017 lalu di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Anugerah ke-9 yang diterima oleh Dr Azizan Osman sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International ini disampaikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah. Dan dalam erti kata lain, penganugerahan ini telah berjaya membantu meningkatkan lagi kredibiliti Richworks International sebagai platform pendidikan berkaitan perniagaan yang hebat dan berkualiti.

Usahawan jutawan

Sepanjang 2018, RichWorks banyak melakar sejarah. Sambutan 10 tahun RichWorks bukti selama ini kami gigih berusaha untuk menjadi satu syarikat yang komited menghasilkan usahawan jutawan.

Program IMKK telah melabuhkan tirai buat kali terakhir pada #IMKKTerakhir November 2018. Bagi memberi sepenuh perhatian dan komitmen kepada usahawan-usahawan di luar sana, Dr Azizan Osman mula memperkenalkan program terbaru khas kepada usahawan untuk sama-sama cipta kejayaan dengan mewujudkan program Zero Kos Marketing yang bakal berlangsung pada Februari 2019.

2018

2019

Program-program baru

Kami menantikan kedatangan tahun ini akan lebih berseri dengan kehadiran program-program baru yang akan menjadi pengisian untuk tahun ini. Demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada usahawan dan bakal usahawan, kami melancarkan program seperti Zero Kos Marketing dan juga program Spire yang dapat membimbing secara telus dan terus kepada usahawan yang hadir ke program kami nanti. m

Richworks

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan personal development.

Sejak tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat melalui MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman selama 13 tahun dan menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih dari 1,500 acara langsung dan seminar virtual online. RichWorks juga telah membantu membina ribuan usahawan dan jutawan berjaya melalui formula kejayaan yang mudah, realistik dan terbukti dengan Proven Success Results.

Berpengalaman dalam bidang pemasaran, kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan, terutama di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), RichWorks mampu membina usahawan dan perniagaan bermula dengan jualan dari zero hingga berjuta-juta dalam masa 6-24 bulan melalui strategi perniagaan, program bimbingan dan formula terbukti berjaya.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform virtual online – Richworks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada masyarakat di seluruh dunia.

Barisan Kepimpinan Richworks

Datuk Wira Dr Azizan Osman
Founder/Group Chairman

Pn Hasnita Ahmad
Executive Director

Suley Yahya
Chief Operating Officer

Radz Mohd
Chief Business Officer (CBO)

Hafiz Jasmi
Chief Coaching & Mentoring Officer (CCMO)

Liz Ibrahim
Chief Human Resources Officer

Azwani Osman
VP Sales

Nasrul Hadi
VP Finance

Zuhalmi Abd Wahab
Creative Director

Ustaz Umar Aziz
VP Spirituality Advisor & Religious Affairs

Speaker & Trainer

Datuk Wira Dr Azizan Osman
Founder/Group Chairman

Radz Mohd
Chief Business Officer (CBO)

Hafiz Jasmi
Chief Coaching & Mentoring Officer (CCMO)

Liz Ibrahim
Chief Human Resources Officer

Azwani Osman
VP Sales

Nasrul Hadi
VP Finance

Zuhalmi Abd Wahab
Creative Director

Ustaz Umar Aziz
VP Spirituality Advisor & Religious Affairs

Business Coach/Fasilitator

Learn from Our Top Experts in Business Transformation

Che Suzz
VP High Networth Client

Azrol
CAM/CAE

Ameerol
CAM/CAE

Akir
CAM/CAE

Aina
CAM/CAE

Jailani
CAM/CAE

Hajar
CAM/CAE

Hazirah
CAM/CAE

Safarah
CAM/CAE

Aman
CAM/CAE

Hanani
CAM/CAE

CRE
CRE

Dekati Mereka Yang Sentiasa Berjuang Dan Memberi Inspirasi Pada Anda

Segalanya bermula dengan impian.

Impian team Richworks adalah terus memberi bimbingan dengan ikhlas demi melihat hidup anda berubah dan berjaya. Ikrar mereka adalah memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain disamping berkhidmat penuh dedikasi dan bersemangat pendekar. Kami sememangnya terlatih untuk memberikan anda yang terbaik dan seterusnya mendapat hasil yang anda inginkan.

Vision

To create a better world by helping people achieve their dreams

Mission

To help clients achieve sustainable solutions towards exponential results, and to become a remarkable organization with extraordinary individuals having exceptional values

Our Core Values

People

Gratitude
We treat all beings with respect and honour


Growth
We develop high performance leaders


Glory
We celebrate our wins throughout our journey

PRIDE

Quality
We observe high professionals standards


Contribute
We inspire, educate and add value to others


Passion
We always exceed expectations

Prestige

Distinction
We aim to achieve excellence in everything that we do

Commitment
We provide the best solutions for our clients

Consistent
We continuously deliver only the best