Zasma Home yang beroperasi sejak tahun 2015 di Kota Bharu, Kelantan mempunyai kepakaran dalam servis membina rumah atas tanah sendiri dan menawarkan servis melukis pelan mengikut citarasa klien dan lain-lain.
Bisnes ini diasaskan oleh Muhammad Zaki Bin Ab Rahman, seorang bekas guru pendidikan jasmani kelahiran negeri Kelantan.
Kini, Zasma Home menyediakan servis mereka di seluruh Kelantan dengan harapan untuk meluaskan bisnes ini kepada seluruh Malaysia. Pada tahun 2021, bisnes pembinaan rumah Zasma Home mencatatkan jualan sebanyak RM 3.5 Juta dan meningkat pada tahun 2022 dengan sebanyak RM 4.2 Juta. Setakat Julai 2023, mereka telah mencapai hampir RM 3 Juta.
1. Habiskan apa yang dimulakan
“Sebenarnya peningkatan tu berlaku bagi saya, pertama kena ada high desire, keinginan yang sangat tinggi, membuak-buak untuk capai banyak benda dalam kehidupan. Sebab sebelum ni saya pernah merasakan fasa orang kata selesa. Bila fasa selesa ni dia tak kemana pun sebenarnya.
“Benda tu la yang menyebabkan saya rasa ‘tak boleh, aku kena keluar daripada comfort zone ni dan buat lebih baik lagi’”
“Benda penting juga untuk saya buat lebih besar adalah kata-kata orang yang bercakap tentang kita, ‘oh kenapa dia berhenti kerja, rugi la dan sebagainya. Jadi saya tak boleh nak patah balik, saya kena teruskan dan buktikan yang saya boleh berjaya.”
Sebagai seorang pemimpin, Muhammad Zaki mempunyai sifat untuk meneruskan jua apa yang beliau mulakan daripada impian yang ada sejak beliau kecil iaitu ingin membuat construction sendiri. Beliau, walaupun telah mencapai impian tersebut, tetap meneruskan untuk menambahbaik apa yang perlu dalam bisnes.
Biarpun ada peluang untuk berada di zon selesa, beliau tidak mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu untuk dibanggakan. Beliau terus menerus mencari peluang untuk merealisasikan impian beliau hingga menjadi seorang Chief Executive Officer (CEO). Kini, bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”, beliau menguruskan bisnes impian beliau serta cuba membantu orang ramai membina rumah impian mengikut citarasa mereka, selari dengan matlamat beliau.
Dengan sikap untuk teruskan apa yang kita mulakan, kita sekurangnya-kurangnya dapat pengalaman berharga dan dapat mengenal pasti lebih dalam apa yang kita patut lakukan. Sekiranya kita melakukan perkara sekerat jalan, ada kemungkinan untuk kita tidak tahu hala tuju kita, dan akhirnya akan kecundang.
2. Bijak mencari target
“Sebenarnya rumah ni memang ada sebenarnya demand dia cuma kita perlu bijak cari target yang betul dan perlu kena dengan masa. Mungkin sekarang ni orang beringat-ingat sebab OPR naik so orang masih tahan nak beli.”
“Bukan takda orang nak beli rumah, cuma di peringkat saya dan team perlu kuatkan lagi sudut marketing, campaign, tawaran.”
“Walaupun orang kata krisis ekonomi tapi demand untuk buat rumah tinggi, sentiasa ada sebab rumah adalah keperluan asas.”
Apabila bercakap tentang bisnes, ia bukanlah melibatkan hanya transaksi tapi dari pelbagai sudut. Antaranya seperti melakukan penyelidikan tentang industri bisnes yang diusahakan. Jika tidak, bagaimana sebagai usahawan, anda dapat mengetahui cara potential client berfikir?
Walaupun ramai mempunyai perspektif negatif terhadap tren industri pembinaan rumah untuk kekal relevan dalam keadaan ekonomi sekarang, ia tidak menggoyahkan Muhammad Zaki kerana beliau lebih fasih tentang tabiat target market beliau.
Muhammad Zaki, bijak dalam mengatur langkah bisnes beliau, kenalpasti isu yang ada dan memasarkan dengan cara yang lebih menampakkan bisnes beliau di mata orang.
Bisnes anda mungkin menyediakan servis yang paling hebat tetapi sekiranya anda tidak melakukan marketing secara baik, mampukah anda bersaing dengan bisnes lain yang berada dalam industri sama?
3. Mementingkan team
“Tanpa team, takda la syarikat. Mana ada syarikat yang seorang. Itu tidak dipanggil syarikat. Hebatnya sesuatu nama atau syarikat ni disebabkan organisasi ni. Bila kita sebut organisasi ni, dia people, manusia-manusia yang ada”
“Dekat situ betapa pentingnya untuk kita align dengan team, betapa pentingnya untuk kita ada persekitaran culture yang baik dan betapa pentingnya kita ada leadership, leader yang mampu mengawal team yang ada untuk kita bergerak atas satu objektif yang sama.”
Terlahirnya sebuah syarikat adalah kerana individu-individu yang membentuk sebuah organisasi yang menjalankan tugas masing-masing.
Tanpa setiap unit, mana mungkin sebuah syarikat dapat membangun kerana mereka saling berkait dan memerlukan.
Hal ini yang dapat dilihat oleh Muhammad Zaki sebagai faktor dalam mengukuhkan bisnes beliau. Oleh itu, beliau membentuk persekitaran yang positif bersama leader yang berkaliber dalam menjayakan bisnes beliau. Di sini menunjukkan kecekapan beliau dalam menguruskan bisnes dan pekerja secara menyeluruh demi mewujudkan matlamat yang sama dalam setiap individu.
Setiap individu mempunyai kemahiran masing-masing dan ia adalah keputusan seorang usahawan untuk mengenali pekerja mereka. Apakah cara anda sebagai seorang usahawan untuk membentuk pekerja hebat serta menyematkan matlamat yang sama dalam diri mereka?
Biografi Muhammad Zaki Bin Ab Rahman
Muhammad Zaki ialah individu kelahiran negeri Kelantan yang percaya bahawa beliau tidak dapat merealisasikan impian beliau jika berada kekal di tempat yang sama. Sebelum menjadi seorang usahawan, beliau merupakan seorang guru pendidikan jasmani di mana beliau perlu berkhidmat di negeri Sarawak.
Sewaktu beliau berada di sekolah rendah dan menengah, beliau suka melihat bangunan-bangunan besar dan memasang impian untuk membina construction sendiri. Impian tersebut tercapai apabila beliau memutuskan untuk membina bisnes pembinaan rumah pada tahun 2015.
Muhammad Zaki, selepas menyertai program Bina Bisnes Berjaya bersama RichWorks International pada tahun 2022, membawa beliau kepada penyertaan program mentorship TITAN pada tahun yang sama. Beliau, walaupun mencari ilmu di tempat lain, mengaku bahawa beliau tetap mengambil RichWorks sebagai sumber utama sebagai ilmu dalam menguruskan bisnes beliau.