ZAI SRI GEMILANG (Norhafizah Abd Karim)

ZAI SRI GEMILANG SDN BHD adalah milik sepenuhnya bumiputera di mana mereka menyediakan perkhidmatan restoran dan katering untuk pelbagai majlis. Zai Sri Gemilang mempunyai kepakaran dalam penyediaan dan penyajian makanan di mana mereka menyajikan pelbagai hidangan untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Selain itu, mereka juga pakar dalam perkhidmatan katering.


Syarikat ini mempunyai 3 buah cawangan di Shah Alam. Majlis yang berjaya dan meriah adalah majlis yang dirancang rapi dan teliti. Perancangan majlis yang berjaya harus melibatkan caterer dan planner yang berpengalaman serta profesional.

FIZAH : SUATU MASA DAHULU


Ketua Pegawai Eksekutif Zai Sri Gemilang iaitu Norhafizah Binti Abd Karim atau lebih dikenali dengan nama panggilan Fizah dilahirkan dalam keluarga yang mengusahakan perniagaan katering. Datuk beliau merupakan seorang pengusaha katering di Johor.


“Ayah saya seorang pegawai tentera dan mak saya seorang suri rumah. Tapi atok saya seorang pengusaha katering di Johor. Setiap kali cuti sekolah, mak dan ayah saya akan hantar saya dan adik-adik balik kampung. Saya selalu bantu nenek saya buat karipap, bantu cuci pinggan katering. Waktu itu nenek saya masak semua buat dari rumah sahaja. Bila tiap kali hari raya, jiran-jiran dan pelanggan nenek saya akan datang ke rumah ambil juadah pagi raya yang mereka tempah lebih awal.”


Fizah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan. Tamat sahaja belajar, Fizah bekerja sebagai pembantu akauntan, selari dengan cita-cita beliau. Beliau bekerja selama 3 tahun.


“Selepas habis belajar pada tahun 2005 saya bekerja sebagai pembantu akauntan selama 3 tahun. Saya ni tak minat berniaga walaupun background family saya seorang katerer. Satu hari ibu saya minta saya berhenti kerja dan bantu beliau uruskan cafe yang baru buka. Dengan berat hatinya, sebab saya memang tak minat bisnes kan time tu. Saya terpaksa berhenti kerja demi membantu menguruskan cafe beliau yang baru dibuka.”


RESTORAN ZAI SRI GEMILANG


Restoran Zai Sri Gemilang diasaskan oleh ibu Fizah iaitu Datin Hjh. Zaiton binti Hj Abdul Rahman. Restoran tersebut ditubuhkan pada tahun 2004 yang beroperasi di Shah Alam. Sama seperti Fizah, ibu beliau juga dibesarkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan perkhidmatan katering. Arwah datuk Fizah merupakan Pengasas kepada HS CATERING yang beroperasi sejak 1970 di Kluang, Johor.


Ianya bermula sejak lebih kurang 20 tahun di mana ibu Fizah, terlibat secara langsung dari segi pemasaran, penyediaan sajian dan kerja-kerja dapur. Dengan pengalaman yang beliau perolehi, kini beliau tampil membuka perniagaannya sendiri iaitu sebuah restoran. Fizah pula menolong ibunya ketika masih belajar di IPTS sebagai juruwang.


“Ibu saya yang mulakan perniagaan katering ni. Masa tahun 2004 tu, saya masih belajar lagi. Tapi masa cuti semester saya balik, tolong ibu jadi cashier. Saya tak ada plan nak terlibat secara mendalam dalam bisnes ni. Ibu saya buka 1 lagi cawangan Zai Sri Gemilang berkonsepkan cafe. Jadi beliau memerlukan pertolongan saya untuk uruskan bisnes. Jadi saya berniaga ni dengan cara bidan terjun.”

BERGELUT DALAM DUNIA KATERING


Pada awal penglibatan Fizah dalam perniagaan, beliau bergelut dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam mendapatkan pelanggan dan meyakinkan pelanggan untuk menggunakan servis yang disediakan. Tanpa ilmu pemasaran, Fizah cuba sedaya upaya untuk memastikan perniagaan keluarganya itu bertahan.


“Awal-awal tu kita memang struggle nak cari sales lah of course. Lepas itu nak cari pelanggan untuk ambil katering tu memang susah. Maksudnya nak yakinkan orang untuk ambil servis kita tu sebenarnya susah. Dengan orang tak kenal, dengan masa tu orang kata harga kita mahal.”


“Jadi masa tu bisnes kita dah struggle dalam sales. Then that time memang saya nak bayar gaji pekerja pun susah, nak bayar overhead sewa kedai pun susah. Jadi kita terpaksa kumpul duit kemudian baru bayar. Dapat sikit duit, habis macam tu je untuk nak bayar komitmen.”


Selain dari itu, Fizah juga tidak tahu cara mengendalikan pekerja. Semuanya beliau lakukan sendiri kerana tiada Jabatan Sumber Manusia di syarikat beliau. Fizah juga mengira gaji pekerja mengikut keselesaan beliau tanpa menitikberatkan tentang EPF dan SOCSO yang harus dikira juga.


“Saya tak pandai nak handle staf. Semua kerja buat sendiri. Saya terpaksa jaga kedai dari 7 pagi sampai 12 tengah malam setiap hari kerana kekurangan staf waktu itu. Keluar awal pagi time anak belum bangun kemudian saya balik malam, anak dah tidur. Masa itu sangat struggle kerana semua saya buat sendiri.”


“Saya juga tiada HR. Kira gaji pekerja ikut suka hati sahaja, saya tak bayar EPF dan SOCSO. Saya juga tak bayar cukai pada LHDN. Akibatnya saya pernah dikenakan denda hampir RM200,000. Ini disebabkan tiada ilmu dalam pengurusan akaun sehingga terpaksa membayar denda dengan jumlah yang banyak.”


PAPAN IKLAN


Pada tahun 2016, keadaan perniagaan Zai Sri Gemilang sudah terlalu sukar untuk diteruskan. Fizah hampir berputus-asa. Terlalu banyak hutang yang perlu ditanggung. Kerja dari pagi hingga ke malam tetapi taraf hidup masih sama. Masa bersama keluarga juga tiada.


“Saya hampir give up. Saya dah tak nak teruskan perniagaan keluarga saya ni.”

Di kala beliau mahu berputus asa sahaja, lebih baik hentikan perniagaan yang hanya memberi beliau hutang. Fizah ditakdirkan untuk mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks disebabkan sebuah papan iklan di jalan raya.”

“Masa tu ada nampak gambar Datuk Wira kat billboard. Ada Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Saya google untuk daftar program IMKK. Kelas pertama IMKK saya di Kota Kinabalu pada tahun 2017,”

ZAI SRI GEMILANG SDN BHD


Selepas menyertai IMKK, Fizah kembali bersemangat dalam meneruskan legasi keluarganya. Legasi yang sudah dibina sejak sekian lama sangat sayang untuk dilepaskan begitu sahaja. Itulah sumber pendapatan keluarga sejak beliau kecil. Sedar bahawa beliau tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam pemasaran, Fizah membuat keputusan untuk menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM).


“Masa kelas IMKK saya excited lihat ramai student yang dah capai sales lebih RM1,000,000 dalam masa setahun. Lepas habis IMKK saya join MMM untuk belajar dengan dalam tentang pemasaran.”


“Saya guna formula S.I.A.P.A. Kenal pasti target market dengan lebih tepat dan jelas. Kemudian saya menggunakan teknik BLACK MAGIC untuk menaikkan sales saya.”


Dengan menggunakan teknik pemasaran yang dipelajari dalam program MMM, Fizah dapat meningkatkan angka jualan perniagaan beliau ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Orang juga sudah mula mengenali jenama katering Zai Sri Gemilang kerana beliau menyediakan sajian untuk majlis-majlis perkahwinan selebriti dan VIPs.


PANDEMIK 2020


Apabila dunia dilanda wabak Covid-19 pada tahun 2020, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Kedai-kedai makan tidak dibenarkan beroperasi. Orang ramai tidak boleh datang makan di restoran dan majlis-majlis perkahwinan juga tidak boleh dijalankan. Disebabkan itu, perniagaan katering Zai Sri Gemilang sangat terjejas.

“Bisnes saya sangat teruk sewaktu PKP. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan customer mula meminta pulangan wang kerana tidak dapat membuat majlis. Masa itu, sales jatuh menjunam sangat teruk.”


“Saya tidak dapat membayar sewa kedai, gaji pekerja dan kenderaan. Pendapatan di restoran waktu itu tak dapat menampung semua overhead yang saya ada waktu itu. Dengan masa perniagaan yang sangat terhad membuatkan saya sangat stress kerana tidak cukup wang untuk bayar gaji pekerja dan sewa kedai.”


Fizah tahu beliau perlu tingkatkan ilmu lagi supaya beliau dapat mempertahankan perniagaan beliau yang sekali lagi menghadapi cabaran. Fizah mula menyertai semua program RichWorks dalam Program Pementoran SPIRE. 8 bulan selepas itu, Fizah menjadi salah seorang ahli Titanium RichWorks.


“Saya kembali semula join SPIRE pada bulan Jun 2021. Lepas 8 bulan berada dalam SPIRE saya join Titan pada Mac 2022. Angka jualan saya terus meningkat setelah PKP dimansuhkan, dari majlis kahwin 2 kali setahun hingga 20 majlis sebulan.”


Fizah juga buat menggunakan teknik marketing online dan pada masa yang sama beliau juga secara offline sehingga sekarang. Kebanyakan pelanggan Zai Sri Gemilang adalah pelanggan ‘retain’.


“Kebanyakan pelanggan kami ada ‘retain’ customer yang sudah beberapa kali berurusan dengan kami. Ada sebilangan customer yang berurusan dengan kami sejak dari sebelum PKP lagi.”


“Kami sangat memahami permintaan dan kehendak customer. Selain itu, kami sangat menjaga kualiti makanan dan perkhidmatan catering kami. Salah satu menu killer kami adalah ayam goreng ‘live’ panas-panas di majlis yang membuatkan tetamu menambah ayam goreng berkali-kali. Kami mendapat kepercayaan dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan katering kami.”


ZAI SRI GEMILANG’S BREAKTHROUGH


Banyak perubahan yang berlaku dalam Zai Sri Gemilang. Dahulunya Fizah datang ke pejabat mengikut masa beliau sendiri. Beliau tidak ada disiplin jadi pada awal penyertaan dalam RichWorks, banyak perkara yang Fizah perlu sesuaikan diri.

“Pagi-pagi saya dah kena bangun untuk join aktiviti Ratib yang bermula jam 6.30 pagi dan diikuti dengan Voice Chat oleh Datuk Wira jam 7.30 pagi. Setiap hari,saya akan masuk pejabat pada jam 8.30 pagi.Saya akan mulakan Morning Booster dengan team jam 9.00 pagi.”


“Saya kuatkan branding saya. Saya dan team banyak hasilkan content yang menarik dan kami sekarang banyak menggunakan team content creator until hasilkan video katering kami. Lebih banyak content awareness tentang service catering kami. Dari situ branding kami jadi lebih kuat. Strategi ini sangat membantu syarikat katering saya sekarang mendapat tempahan majlis perkahwinan setiap minggu dan ramai Wedding Planner dan dewan yang nak berkolobrasi dengan kami.”


Dalam perniagaan, sudah pastinya ada cabaran yang membuatkan Fizah sedih dan tertekan. Tetapi berada dalam Circle Titan yang positif dan sentiasa memberi sokongan, Fizah sudah tidak ada masa untuk sedih lama-lama.


“Sales saya meningkat sebanyak 40%. Saya telah berkolaborasi dengan 10 dewan di sekitar Shah Alam dan Kajang.”


“Dulu saya mulakan bisnes dalam tiada apa-apa ilmu dan pengalaman. Saya masih ingat lagi waktu buka restoran dulu, saya jaga cashier dari pagi kedai buka sampai malam kedai tutup. Masa tu memang tak percaya kan orang lain untuk jadi cashier. Saya juga yang ambil order katering. Alhamdulillah,sekarang saya sudah ada cashier di 2 buah restoran saya. Saya tak perlu ke restoran setiap hari.”


“Sekarang saya ada team yang handle restoran. Saya juga ada team management dan 5 departments, 6 Managers dan Key Leaders serta 77 orang staf.”


Sehingga kini, Zai Sri Gemilang Sdn Bhd terus bertahan dengan menjalinkan hubungan niaga dengan badan-badan kerajaan dan swasta. Antara pelanggan beliau adalah seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Lembaga Zakat Selangor, Selangor FC dan SP Setia.


FIZAH DAN ZAI SRI GEMILANG


Walaupun Fizah terlibat dalam dunia perniagaan secara ‘bidan terjun’, beliau tidak pernah betul-betul mengalah dalam menghadapi ujian dan cabaran. Beliau selalu bangkit dan kuat untuk mengekalkan legasi perniagaan keluarganya dan membawa syarikat beliau ke tahap yang lebih tinggi.


Zai Sri Gemilang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dan mampu mengendalikan sekecil-kecil jamuan teh sehinggalah ke majlis persandingan yang besar. Makanan yang disediakan sangat menepati cita rasa orang ramai membuatkan angka jualan beliau mencecah RM16,500,000 setahun.

Artikel terbaru

Leave a Reply