ZABSI INDUSTRIAL VENTILATION SDN. BHD. (Ir Mohd Zainudin A Bakar)

ZABSI INDUSTRIAL VENTILATION merupakan syarikat yang memastikan pelepasan bahan-bahan buangan dari udara ditapis sebelum dilepaskan ke alam sekitar dalam keadaan bersih. Mereka membantu pelanggan terutamanya daripada sektor oil and gas dan juga petrochemical.


Syarikat ini diasaskan oleh Ir. Mohd Zainudin Bin A Bakar sejak tahun 2010 setelah beberapa kali gagal dalam perniagaan dulu. ZABSI merupakan gabungan nama beliau dan isteri tercinta, Salwani Ibrahim.

IR ZAINUDIN : SUATU MASA DAHULU


Graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari University of Tasmania, Australia ini bukanlah datang daripada keluarga yang senang dan berharta. Ir Zainudin dahulu hanyalah seorang budak kampung dari Kampung Binjai, Kemaman, Terengganu dan dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh getah dan mengambil upah membuat kerja kampung.


Tamat sahaja belajar pada tahun 1997, beliau pulang ke tanah air dan terus bekerja dengan syarikat bapa saudara sebagai jurutera projek bidang air conditioning pada mulanya. Selepas itu beliau dilantik sebagai Pengarah Teknikal Syarikat dan dari situ lah beliau dapat belajar serba sedikit tentang perniagaan sebagai kontraktor.


Setelah 4 bulan bekerja bersama syarikat bapa saudara, Ir Zainudin ditawarkan bekerja di sebuah syarikat yang sudah lama beliau impikan iaitu syarikat Carrier International Sdn Bhd yang terletak di Bangi. Beliau memegang jawatan sebagai Jurutera OEM dan projek yang beliau kendalikan pada ketika itu adalah Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Ir Zainudin juga pernah ditugaskan untuk mengendalikan Projek Daewoo dan dihantar ke Perth, Australia selama seminggu untuk beliau belajar pembuatan unit heat pump.


Tidak semua perkara berjalan dengan lancar, Ir Zainudin terpaksa menamatkan kerjayanya di Carrier International Sdn Bhd pada tahun 2001 dan pulang ke Malaysia demi menjaga ibu beliau yang sudah disahkan mempunyai sakit jantung.


“Selepas itu saya join semula pakcik saya, tapi tak lama cuma 3 bulan sahaja. Banyak isu pengurusan yang buat saya rasa tidak selesa. Waktu ini saya baru berkahwin dan kerana ini saya cari-cari kerja baru. Alhamdulillah, saya dapat tawaran bekerja di Kaneka Eperan Sdn Bhd (Japan company) di Gebeng sebagai Moulding Engineer. Tugas saya lead 5 orang QA/QC untuk monitor product quality, improve process penghasilan gabus dari PP, PE beads.”


Bidang kerja ini tidak selari dengan minat Ir Zainudin, jadi beliau berhenti kerja setelah mendapat tawaran dari BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd sebagai Jurutera HVAC.


RM5 JUTA TIADA HASIL


Ir Zainudin hanya bertahan bekerja di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd selama 3 tahun, 6 bulan sahaja walaupun beliau gemar dan seronok bekerja di situ. Tetapi Ir Zainudin terpaksa sekali lagi berhenti kerja pada Julai 2004 dan memohon Voluntary Separation Scheme (VSS) kerana beliau sangat memerlukan duit untuk membiayai bil pembedahan anak kedua yang dilahirkan dengan penyakit Ventricular Septal Defect (jantung berlubang).

“Di BASF saya bertugas menyusun jadual selenggara dan monitor in-house kontraktor aircond dalam kilang petrochemical. Seronok kerja disini. Banyak saya belajar cara kerja orang Jerman especially mereka lebih banyak empower saya untuk buat keputusan. Saya berhenti kerja pada Julai 2004 kerana memohon VSS hanya kerana perlukan duit untuk membiayai bil operation anak kedua saya yang dilahirkan sakit VSD.”


Bil pembedahan anak yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM68,000 tetapi disebabkan isteri beliau seorang guru di sekolah kebangsaan, mereka tidak perlu menanggung keseluruhan bil kerana boleh membuat tuntutan Guaranteed Letter (GL).


Jadi disebabkan pada ketika itu Ir Zainudin sudah tiada pekerjaan, beliau membuat keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai kontraktor penyaman udara menggunakan lebihan duit yang diperoleh dari Voluntary Separation Scheme. Pada mulanya, Ir Zainudin mendapat tentangan daripada ibu tetapi desakan dari tiada pekerjaan dan perlu biaya pembedahan anak membuatkan beliau nekad untuk berniaga. Beliau membina syarikat tersebut bersama 2 orang rakan niaga selama 8 tahun tanpa sebarang bimbingan dari mentor.


Apakan daya, kehidupan tidak seindah yang disangkakan. Walaupun beliau berjaya membuat jualan mencecah RM5 juta setahun, kehidupan beliau masih tidak teratur sehingga kehidupan keluarga terabai.


“Saya membina syarikat tersebut selama 8 tahun tanpa bimbingan mentor. Bersama 2 orang partner lain. Loan dibuat atas nama sendiri. Kehidupan dan kewangan keluarga saya tidak menentu. Walaupun sales hampir RM5,000,000 setahun, saya tak nampak duit tu. Balik kerja lewat pagi, datang ofis semula jam 8 pagi. Wife saya mengamuk dan menangis pada suatu malam kerana stress. Mengadu tak tahan kehidupan yang kami sedang lalui sekarang. Amat mendesak.”


Ir Zainudin bukan sahaja tidak tahu cara mengendalikan perniagaan dengan betul, tetapi beliau juga tidak pandai menguruskan manusia sehingga menyebabkan high staff turnover disebabkan kebajikan pekerja tidak dijaga.


Menurut Ir Zainudin, beliau terpaksa menjual saham syarikat beliau kerana sudah tidak tahan dengan sikap rakan niaga yang tidak menguruskan kewangan dengan baik. Akhirnya beliau terpaksa menjual saham syarikat dan menyebabkan beliau hilang kuasa dalam syarikat. Beliau juga pernah didenda oleh LHDN sebanyak RM217,000.


“Saya kesal kerana menjual saham syarikat saya sebanyak RM540,000 padahal orang berhutang dengan kami sebanyak RM800,000. Saya cuma perlu bijak fahami data ni sahaja…tapi oleh kerana sakit hati dengan partner jadi fed up dengan dia kerana tidak mengurus kewangan dengan baik. Saya decided untuk tidak kutip hutang sehinggalah tiada duit dalam akaun syarikat. Disebabkan ni, 75% saham syarikat terpaksa dijual dan saya kehilangan kuasa dalam syarikat. Sedih sangat. Banyak cabaran waktu ini bilamana saya terpaksa membayar sendiri semua hutang-hutang atas nama saya. Ada 13 loan kesemuanya.”

PEMBINAAN ZABSI


Sama seperti usahawan yang lain, Ir Zainudin tidak lari dari membuat kesilapan dan mengalami kejatuhan dalam perniagaan kontraktor penyaman udara. Walaupun beliau merasa sedih dan terdetik untuk berputus asa sahaja, tetapi beliau tetap kuat dan penuh dengan harapan untuk meneruskan minat beliau dalam perniagaan.


“Waktu ini saya memang dah nak give up dan kembali bekerja makan gaji selama 6 bulan. Tapi jiwa berniaga tak pernah luntur, jadi saya kembali berniaga. Saya tak suka clock in jam kerja ni. Tak suka orang perintah itu dan ini.”


“Saya jumpa seseorang kawan, dia advise saya bahawa kekuatan syarikat ini ada pada saya, bukan pada syarikat itu. Tiada masalah untuk saya bina balik bisnes ini. Sekejap sahaja, sebab saya hanya perlu repeat dan jangan ulang kesilapan lama.”


Dengan nasihat yang diterima, Ir Zainudin bertekad untuk membina semula perniagaan beliau. Apa yang bezanya kali ini, beliau mula faham tentang sinergi suami dan isteri kerana isteri beliau sudah faham dan sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan perniagaan setelah isteri beliau inklusif dalam perniagaan.


Ir Zainudin tidak melayan sedih beliau dengan lama. Beliau memulakan langkah baru dengan membina syarikat sendiri ZABSI LEV& IAQ Consultant. Dengan semangat dan usaha beliau yang kuat, Ir Zainudin berjaya membayar kesemua 13 hutang pinjaman dalam masa 2 tahun.


MUDAHNYA BERNIAGA


Menurut Ir Zainudin, beliau mula dapat tahu tentang RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman dari Program Mudahnya Berniaga di Gambang Resort, Kuantan. Tetapi sebelum itu lagi, beliau sering melihat di surat khabar seorang lelaki gemuk sedang menunjukkan 2 tangan ke kepala seperti berfikir. Namun, beliau selalu bertangguh untuk menuntut ilmu dan belajar cara yang betul untuk mengendalikan perniagaan sehinggalah beliau berborak dengan seorang bekas askar dari Kuantan sementara menunggu kereta beliau siap dibaiki.


Bekas askar tersebut bercerita tentang kursus yang dianjurkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Jadi beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.


“Dulu bertangguh nak belajar sehinggalah saya bercakap dengan seseorang bekas askar dari Kuantan, sementara repair kereta saya di sana. Dia bercerita tentang kursus Dr Azizan, saya terus tarik dia dan kami lepak 2 jam di kedai makan untuk bersembang pasal Dr Azizan. Dia ajar kita bisnes cara yang betul. Bisnes kena ada mentor katanya.”

Beliau mula mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan lebih mendalam dari Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Beliau mula faham kepentingan untuk belajar mengendalikan perniagaan dengan cara yang betul kerana Ir Zainudin tidak mahu mengulangi kesilapan lama yang dilakukannya sebelum ini.


ZABSI BERNAFAS BAHARU


Selepas belajar dan dibimbing oleh RichWorks dari Program Platinum, hasil jualan beliau meningkat dengan mendadak daripada RM360,000 setahun kepada RM1,300,000 setahun . Banyak perkara yang beliau ubah terutamanya beliau belajar ubah niat untuk berniaga adalah untuk membantu orang dan bukannya untuk menjadi kaya.


“Di sini saya belajar ubah niat untuk berniaga iaitu niat untuk bantu orang, bukan untuk jadi kaya. Ini first lesson saya ubah yang akhirnya mengubah syarikat saya dan character saya sehingga hari ini.”


Pada awal tahun 2017, Ir Zainudin menyertai Program Pementoran Titanium tetapi beliau hanya mendapat bimbingan rapat dalam Titanium selama 14 bulan sahaja. Pada ketika itu angka jualan ZABSI sudah pun mencecah RM4,200,000.


“Dari 2018 hingga Covid melanda, saya managed to survive dengan ilmu Titan. Tiada buang pekerja dan mampu beli kedai 3 unit dan beli rumah kondo di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tapi sales saya tidak naik. Maximum saya pernah capai dalam RM4,500,000 sahaja. Saya mula mencari mentor lain tetapi tidak sama dengan Dr Azizan.”

ZABSI’S BREAKTHROUGH


Perniagaan Ir Zainudin seakan tersangkut di angka jualan RM4,200,000 sahaja. Tidak boleh pergi lebih jauh lagi. Suatu hari, Ir Zainudin secara tidak sengaja menonton video Datuk Wira Dr Azizan Osman di YouTube semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, beliau juga turut menonton video perkongsian Puan Kartika, pengasas Eskayvie.

“Sewaktu menunaikan haji pada 2019, saya ditakdirkan bertemu Tuan Nasrul di The Saji Makkah. Beliau ajak masuk balik. Saya kata saya fikir-fikir dulu. Yuran Titan dah naik.”


“Saya tertengok sharing Puan Kartika dari Eskayvie pasal tangan kita tunjuk 1 kat orang, 4 tangan tunjuk kita semula. Maknanya, kita perlu selidik salah kita dulu, sebelum menuduh orang buat kita. Saya mula rasa menyesal dan memang tak baik bersangka buruk dengan orang. Memang saya yang tak pandai jaga kewangan. Pasal tu jadi tak boleh bayar yuran Titan. MasyaAllah silap sendiri. Sejak itu, saya mula sertai semula kelas Dr Azizan.”


Ir Zainudin menyertai semula Titanium pada bulan April, 2022 untuk mendapat bimbingan secara rapat dan intensif lagi dari RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Satu tahun sahaja menjadi ahli Titanium, angka jualan ZABSI melonjak naik ke RM9,300,000 setahun.


IR ZAINUDIN & ZABSI


Walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah, Ir Zainudin tidak pernah mengalah dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dan bangkit. Semuanya mula berubah dan menampakkan hasil setelah beliau menurunkan ego dan mula mencari ilmu dan MenThor yang betul.


Hari ini, Ir Zainudin merupakan salah seorang Gladiator RichWorks dengan hasil jualan RM13,100,000 setahun. Beliau juga memimpin 64 orang pekerja dan menjadi contoh dan inspirasi kepada mereka yang memiliki perniagaan yang sama.

Artikel terbaru

Leave a Reply