YEG ACADEMY (M) SDN. BHD (Azizul Hakim & Hasan Ithnin)

YEG Academy (M) Sdn Bhd adalah sebuah organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan bidang pembelajaran dan kerjaya yang selari dengan permintaaan pasaran kerjaya pada masa kini. YEG Academy diusahakan oleh Azizul Hakim bin Shuhaimi dan Hasan Bin Ithnin, Pengarah Urusan dan Pengarah Pemasaran sejak tahun 2018 lagi.


Setiap program di bawah YEG Academy memastikan penglibatan pakar industri berpengalaman selaku tenaga pengajar dan modul-modul yang mempunyai ekosistem lengkap iaitu memastikan graduan lepasan program yang disediakan mendapat kerjaya mengikut program-program yang disertai.

HAKIM & HASAN : SUATU MASA DAHULU


Azizul Hakim bin Shuhaimi atau lebih senang dengan nama panggilan Hakim dibesarkan dalam keluarga yang biasa sahaja. Pendapatan keluarga tidak banyak, tambahan pula beliau merupakan anak sulung dari 9 orang adik-beradik.

“Saya datang dari keluarga yang sederhana. Ibu bapa kerja sebagai guru dan pendapatan tidak seberapa untuk menyara kami 9 beradik. Kami sekeluarga pernah makan nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Ibu bapa tidak mampu berbelanja kerana belum mendapat pekerjaan tetap. Sebab itulah saya sebagai anak sulung sentiasa berusaha mencari duit lebih untuk membantu ibu bapa.”

Setelah tamat persekolahan, Hakim menyambung pengajian dalam Diploma Kulinari di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Secara semulajadinya, Hakim memulakan kerjaya beliau sebagai seorang chef di sebuah hotel sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

“Saya berpendidikan dalam Diploma Kulinari di UiTM Shah Alam. Selepas menamatkan pelajaran, saya bekerja di hotel sebagai seorang chef.”


Bagi Hasan Bin Ithnin pula, atau lebih mesra dipanggil Hasan. Beliau dilahirkan dari keluarga yang juga sederhana sahaja. Ayah beliau merupakan seorang akauntan dan ibu pula suri rumah sepenuh masa.

“Saya merupakan anak sulung daripada 9 adik-beradik. Saya dibesarkan oleh keluarga yang sangat menitikberatkan soal agama.”

Semasa masih belajar, Hasan sudah menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Awalnya hanyalah untuk menambah duit poket ketika belajar. Namun, setelah tamat pengajian, Hasan mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan produk kesihatan, walaupun Hasan mempunyai latar belakang pendidikan dalam Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Port Dickson.

“Saya berpendidikan Diploma Kejuruteraan awam di Politeknik Port Dickson. Kerana minat saya yang sangat mendalam di bidang keusahawanan, saya sudah mula berniaga seawal usia 19 tahun semasa sedang belajar di IPT lagi dan meneruskan perniagaan tersebut selepas graduasi.”

YOUR EDUCATION GUIDANCE

Kerjaya Hakim sebagai seorang chef di sebuah hotel tidak bertahan lama. Beliau berasa sangat tertekan dan tidak bersemangat lagi untuk bekerja, dek kerana budaya kerja yang terlampau sibuk dan memenatkan. Disebabkan itulah, Hakim membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dalam bidang pendidikan. 

“Disebabkan tertekan dengan budaya kerja di hotel yang tidak mengira masa dan tiada ‘work life balance’, saya telah berhenti kerja dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.”

“Saya memilih untuk memulakan perniagaan pada awalnya untuk membantu keluarga. Setiap perkara yang saya mahukan terpaksa saya usahakan sendiri untuk dapatkan duit kerana tidak mahu menyusahkan ibu ayah.”

“Saya tidak mendapat tentangan dari keluarga. Malah ibu bapa saya menyokong penuh hasrat saya untuk berniaga. Ibu bapa saya sentiasa memberikan sokongan moral apabila perniagaan saya kurang memberangsangkan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya.”

“Akhirnya dari situ timbul minat untuk berniaga setelah memperoleh pendapatan lumayan. Saya menceburkan diri secara serius dalam bidang perniagaan pendidikan sehinggalah saya menubuhkan YEG Academy pada pertengahan tahun 2018 dengan sistem yang lebih baik.”

Hasan pula pada ketika ini terlibat di dalam industri wellness dan kesihatan. Di mana beliau menjual produk kesihatan dan pernah juga mempunyai produk kesihatan jenama sendiri sebelum ini. 

“Sebelum bermula dengan YEG ,saya sudah mempunyai perniagaan produk kesihatan saya sendiri. Lama saya dalam wellness industry. 12 tahun lamanya.”

DITIPU ‘PAKAR’ PEMASARAN DIGITAL

Sebelum Hakim dan Hasan berkolaborasi dan menubuhkan YEG Academy pada tahun 2018. Hakim terdahulunya sudah menceburi perniagaan dalam bidang pendidikan dengan seorang kenalannya yang kemudiannya menjadi rakan niaga beliau.  Namun, Hakim telah diduga di mana beliau diperdaya oleh rakan niaga tersebut yang mengaku dirinya seorang pakar dalam pemasaran digital. 

“Cabaran utama kami adalah pengetahuan atau ilmu dalam perniagaan Pendidikan dan Kerjaya ini dari segi pemasaran. Dan pemasaran dalam bidang pendidikan tinggi ini sentiasa berubah.”

“Semasa mahu beralih ke pemasaran digital, saya tidak mempunyai kepakaran. Sehubungan itu, saya telah mencari jalan dengan berkolaborasi dengan seorang kenalan yang ‘tahu’ selok-belok pemasaran digital. Namun, saya telah ditipu dan hasil pemasaran digital tidak memberangsangkan.” jelas Hakim. 

“Saya merasa kesal kerana meletakkan kepercayaan yang membabi buta tanpa menyiasat lebih lanjut rakan niaga saya. Apabila sedar diri ditipu, barulah saya tahu perkara sebenar tentang rakan niaga tersebut yang rupa-rupanya menipu dalam latar belakang keluarga dan pengalamannya,” sambung Hakim.

Kerugian yang Hakim alami ini sangat memberi kesan kepada beliau. Beliau sehingga terpaksa menjual rumah dan kereta demi mengekalkan prestasi kewangan syarikat.

“Saya pernah jatuh terduduk apabila mengalami kerugian dalam perniagaan sehingga terpaksa menjual rumah dan kereta saya. Bermula dari situ saya bangkit sedikit demi sedikit dan sentiasa mengawal “cash flow” syarikat saya kerana saya tidak mahu melakukan kesilapan yang sama,” jelasnya lagi.

YEG ACADEMY 2018

Harapan Hakim untuk semakin membesar dan maju, hampir terkubur. Namun, Hakim bangkit untuk terus berjuang demi syarikat pendidikannya. Beliau sentiasa berusaha untuk mencari jalan keluar dari setiap masalah yang dihadapi. 

“Saya tidak berputus asa dan terus mencari pihak lain yang boleh memberikan tunjuk ajar dan menyumbang kepakaran dalam pemasaran digital.”

Selepas itu, Hakim membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat pendidikan yang lebih sistematik dan baik. Kemudian beliau mengambil keputusan dan bersepakat dengan Hasan untuk berkolaborasi bersama-sama. Mereka berdua menubuhkan YEG Academy di pertengahan tahun 2018. Matlamat mereka berdua sama. Mereka ingin memperjuangkan nasib anak muda dalam dunia pendidikan masa hadapan. 

“Sebelum menubuhkan syarikat ini secara sepenuh masa, saya telah mencadangkan kepada En. Hasan yang pada ketika itu menjual produk kesihatan untuk berkolaborasi sama dengan saya dalam industri ini.” kata Hakim. 

“Minat saya dalam education ni sangat tinggi lah sebab saya nampak education ni adalah satu laluan, bukan untuk setakat kita dapat keuntungan sahaja. Tetapi hari ini untuk kita berjaya dunia dan akhirat, works yang paling penting adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.” kata Hakim.

Hasan pula, walaupun beliau mempunyai`perniagaan sendiri dan sudah berada dalam industri wellness selama 12 tahun. Setelah mendapat tawaran dari Hakim untuk berkolaborasi, beliau terus bersetuju kerana tertarik dengan visi dan misi syarikat.

“Kami sudah bersahabat lama, daripada zaman bujang lagi. Sejak dulu lagi kami selalu berjumpa tapi hanya untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kami tidak berniaga sekali, sampailah 7 tahun lepas kami bersetuju to form a company sekali dalam industri pendidikan iaitu YEG Academy.”


“Apa yang membuatkan saya sangat berminat untuk membina YEG bersama Hakim adalah kerana industri pendidikan itu sendiri. Untuk melihat masa depan satu-satu negara adalah dengan melihat anak-anak muda negara itu. Hanya melalui pendidikan kita dapat membina anak-anak muda yang hebat. Kami percaya melalui YEG kami dapat menawarkan pendidikan yang paling tepat dan terbaik kepada anak-anak muda di Malaysia, sekaligus mereka dapat membina kerjaya yang stabil menepati permintaan industri masa kini.”


Pada awalnya YEG Academy beroperasi secara fizikal sahaja di sebuat lot kedai yang disewa dengan sejumlah 9 orang pekerja. Sebagai permulaan, program pendidikan yang disediakan adalah dalam industri penerbangan sahaja dalam peringkat diploma dan sijil kerjaya.

PENGARUH RAKAN NIAGA YANG TEPAT

Menurut Hakim, beliau sudah mengenali RichWorks sejak tahun 2016 lagi dan mahu mendapatkan bimbingan lebih dari RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Namun, hasrat beliau mendapat tentangan oleh rakan niaganya yang terdahulu. 

“Saya telah lama mengenal RichWorks bermula tahun 2016 melalui rakan perniagaan. Ketika itu saya mahu menyertai RichWorks tetapi ditentang oleh rakan niaga saya.”

“Namun, setelah saya menubuhkan YEG Academy bersama rakan niaga baharu iaitu En. Hasan pada tahun 2018, saya menyatakan hasrat mahu menyertai RichWorks dan beliau sangat menyokong.” kata Hakim.

“Salah satu prinsip perniagaan yang saya pegang adalah “Find a good running mate” as ur business partner, dan Hakim mempunyai kriteria itu. Mempunyai visi, misi dan tahap ketahanan yang tinggi dalam mencapai sesuatu.” ujar Hasan.

Setelah 1 tahun lebih Hakim dan Hasan menjalankan perniagaan, mereka sudah buntu dengan cara dan strategi apa lagi yang perlu mereka lakukan untuk mengembangkan lagi perniagaan.  Jadi pada tahun 2020, Hakim dan Hasan membuat keputusan untuk menyertai program Bina Bisnes Berjaya yang diadakan secara online

“Akhirnya pada tahun 2020 saya dan En. Hasan sertai bersama-sama dalam Titanium RichWorks. Kami yakin untuk menyertai Titan setelah menyaksikan ramai usahawan yang telah menghasilkan jualan puluhan juta ringgit semasa di program BBB. Keadaan ini sangat-sangat memberi kesan kepada saya dan En. Hasan dan dari situ saya ada BIG WHY yang sangat kuat, iaitu mahu menjadi jutawan seperti mereka dalam BBB tersebut.”

“Sebelum mengenali RichWorks, kami berdepan ketidakpastian terhadap segala keputusan yang kami buat dalam mengembangkan perniagaan saya. Setiap percubaan saya menemui jalan buntu. Kami tiada matlamat yang jelas dalam pengurusan perniagaan kami. Yang kami ada hanyalah misi yang kuat dalam perniagaan iaitu mahu memberi manfaat kepada anak bangsa dalam bidang pendidikan dan kerjaya ini. Sehinggalah kami bertemu dengan RichWorks, kami telah mampu bangkit lebih bergaya dalam perniagaan. Kami melihat dengan lebih jelas arah tuju  dalam pengurusan perniagaan kami.”

YEG ACADEMY NAFAS BAHARU

Setelah menjadi ahli Titanium RichWorks, Hakim dan Hasan banyak mempelajari ilmu baharu dalam perniagaan yang sebelumnya mereka tidak sedar. Sekecil-kecil usaha dan idea yang mereka dapat hasil dari pembelajaran di RichWorks berjaya memberi impak kepada perniagaan mereka.

“Banyak tindakan betul yang kami peroleh dari RichWorks dan telah pun kami praktikkan dalam syarikat saya. Antaranya adalah Datuk Wira menegaskan kepentingan ada HR Manager dalam organisasi syarikat. Kami telah mengambil tindakan segera dan telah melantik HR Manager yang sangat berkaliber. Hasilnya, YEG Academy peroleh talent-talent yang berkualiti, “culture & values” syarikat terjaga dan kami tidak perlu pening untuk menguruskan hal ehwal pekerja lagi. Dari itu saya dapat lebih fokus dalam strategi perniagaan dan jualan.”

“Yang kedua, kami telah berjaya mewujudkan hubungan yang lebih positif bersama pekerja-pekerja kerana Datuk Wira ada menekankan kaedah komunikasi berkesan dengan pekerja. Situasi ini menyebabkan pekerja lebih komited dan tidak berkira dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.”

“Datuk Wira juga menekankan pentingnya dalam mengetahui kewangan semasa syarikat. Laporan mingguan kewangan yang perlu dibuat menyebabkan kami lebih peka terhadap situasi kewangan semasa syarikat. Dari situ, kami dapat mengawal perbelanjaan syarikat dan dapat merancang strategi pemasaran dengan lebih berkesan. Hasilnya, jualan syarikat semakin bertambah.”

Demi memastikan kualiti pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada para pelajar dan calon, YEG Academy telah meningkatkan tahap kerjasama dengan pelbagai institusi professional seperti Innovative International College (IIC), Akademi Mutawwif Training & Consultation, MEATECH Technical Training Centre, Ranaco Marine Sdn Bhd, MAHSA Universiti dan Pelita Akademi Sdn Bhd.

“Bagi pendapat kami, program pendidikan yang kami berikan kepada rakyat Malaysia bersifat eksklusif dengan membuka peluang kepada sesiapa sahaja tidak mengira tahap ekonomi seseorang. Program-program kami diinovasi mengikut permintaan industri semasa demi memastikan graduan yang lahir dari program diploma kami mempunyai kualiti yang tinggi untuk terus berkhidmat dalam industri masing-masing. Lebih menarik, para pelajar yang menyertai program-program kami akan dapat membina pengalaman pembelajaran yang luar biasa kerana peluang praktikal yang menarik dan penglibatan para pemain industri yang berpengalaman sebagai tenaga pengajar,” jelas Hakim.

“Kami berkolaborasi dengan IPT dan industri yang terpilih dan kami menginovasi modul program pendidikan Diploma kepada “Work Base Learning” iaitu “Belajar berasaskan Industri atau Kerja” yang memberikan “Win-Win Situation” kepada pelajar dan industri. Pelajar-pelajar ini akan praktikal selama 18 bulan di industri dan terus dibayar gaji setiap bulan semasa tempoh pengajiannya,” sambung Hasan.

YEG ACADEMY’S BREAKTHROUGH

Selepas berilmu dan dibimbing, banyak perkara yang diubah dan ditambah baik dalam syarikat Hakim dan Hasan. Setiap minggu mereka ada menetapkan perjumpaan seminggu sekali untuk setiap jabatan dalam syarikat bagi memperoleh maklumat terkini perkembangan kerja di etiap jabatan. Dalam pada masa sibuk dengan syarikat, Hakim dan Hasan sentiasa memberi ruang dan masa untuk menghadiri sesi pembelajaran yang disediakan oleh RichWorks.

“Di YEG Academy, kami menekankan konsep “complete ecosystem” dalam setiap program yang ditawarkan. Maksud “complete ecosystem” ini adalah kami menggubal dan merevolusi program Pendidikan sedia ada kepada modul yang baharu di mana pelajar setelah tamat belajar, akan peroleh pekerjaan. Peluang kerja ini adalah wajib disediakan oleh institusi yang kami berkolaborasi. Selain itu, modul pembelajaran adalah yang terkini selaras dengan kehendak industri.”

“Kami juga sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dalam circle Titan untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi strategi. Usaha ini memberikan kesan positif kepada saya dan menyebabkan saya lebih bersemangat dan mengelakkan putus asa.”

“Semasa peringkat awal, 1 On 1 pertama kami bersama Datuk Wira, kami amat gementar dan teruja kerana ini kali pertama kami berjumpa secara privasi. Datuk Wira amat memahami dan mudah mengenali potensi perniagaan kami. Kami sangat kagum dengan cara Datuk Wira mengolah strategi untuk perniagaan kami.”


Menurut Hakim dan Hasan, sebelum mereka menyertai RichWorks, kewangan perniagaan mereka sekadar cukup-cukup makan dan seperti tidak ada masa hadapan. Namun, setelah dibimbing bersama dengan RichWorks, kewangan mereka bertambah kukuh dan jualan meningkat dengan banyak.


“Datuk Wira mengajar kami untuk fokus kepada kekuatan kami dan dari situ kami terus berkembang maju. Dahulu sebelum menyertai RichWorks, pekerja kami kurang dari 10 orang. Setelah menyertai RichWorks, Datuk Wira berjaya membuat kami nampak dan faham strategi dan potensi perniagaan kami. Dan menyuruh kami berani untuk tambah pekerja. Untuk itu, sekarang kami telah mempunyai seramai 60 orang pekerja dalam pelbagai kepakaran. Untuk menjadi key leaders, kami menyaring dalam aspek attitude dan kemampuan melaksanakan tugas secara cepat dan teratur. Key leaders perlu selari dengan culture and values kami.”

HAKIM & HASAN DAN YEG ACADEMY

Semangat Hakim dan Hasan dalam dunia pendidikan sememangnya memberi inspirasi kepada ramai orang. Perjuangan mereka untuk kerana ingin memperjuangkan nasib anak muda dalam dunia pendidikan masa hadapan tercapai kerana YEG Academy telah berjaya menghasilkan lebih 9,000 orang pelatih untuk kursus jangka pendek penerbangan, haji umrah, oil and gas dan maritim. Selain itu terdapat lebih 900 orang pelajar dalam diploma MQA pelbagai bidang.


Sekarang Hakim dan Hasan merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks kerana jualan sudah mencecah sebanyak RM11,100,000 juta. Pencapaian yang sangat menakjubkan, sudah tentunya YEG Academy akan semakin membesar ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan visi mereka untuk menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia disamping membantu golongan muda terutamanya M40 dan B40 mendapat peluang pendidikan berkualiti demi memastikan masa depan yang lebih terjamin.

Artikel terbaru

Leave a Reply